Monday 31 December 2012

membina NILAI IMAN pada jiwa anak

Pendidikan iman pada anak-anak seharusnya dimulakan pada tahap umur yang seawal mungkin.Tentu sahaja pendekatannya berbeza mengikut umur.Sebagai ibu bapa,kita harus memasukkan ini dalam perbualan seharian.Misalnya,ketika makan,ketika musafir,ketika kehilangan barang atau musibah dan sebagainya.Dalam situasi ini,anak-anak perlu tahu dan merasai betapa Allahlah penentu segala-galanya.Allah lah yang menyediakan rezeki untuk hambaNya,menjadikan alam ini indah terbentang dan mengatur setiap detik perjalanan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi.

Bukan setakat itu sahaja,anak-anak perlu dihubungkan dengan keredhaan dan kemurkaan ALLAH SWT,kesabaran,kesyukuran dan sebagainya supaya anak-anak dapat berfikir dan merasai setiap sesuatu di atas nilai iman.Persoalan redha dan murka ALLAH seharusnya menjadi agenda besar dalam jiwa mereka.



Satu kisah menarik yang saya ingin kongsikan bersama...
Beberapa hari yang lepas,ketika saya dan sepupu saya menonton cerita Ali Baba Bujang Lapok yang saya download dari youtube,sepupu saya yang berumur 5 tahun memberikan respon yang menyebabkan saya tertawa.Ketika penyamun ( P.Ramlee) mati dalam keadaan tersenyum,Ali Baba bertanya,"kenapa ante mati tersenyum?" lalu penyamun itu menjawab,"ana mati dalam iman".

Ketika itu sepupu saya yang berumur 5 tahun menggelengkan kepalanya dan berkata " tak patut dia mati dalam iman.." Saya yang mendengar dia berkata begitu menanyakan pada dia,atas alasan ape yang menyebabkan dia berkata begitu.Dia menjawab,"iyelah,dia kan penyamun.Tidak patut mati dalam iman.Jawapan yang diberikan oleh sepupu saya,membuatkn saya terkesima dan berasa senang hati.Alhamdullillah,akhirnya,dia memahami apa yang kami sekeluarga serta ayah dan ibu dia cuba mendidik dia selama ini..

Jiwa anak-anak perlu dibangunkan.
Antara perkara yang boleh kita lakukan kan pada anak-anak adalah pertama melalui didikan iman.
Sebagai ibu bapa kita harus mengajar anak-anak kita mengenai iman secara formal atau tidak formal,langsung atau tidak langsung.Sama ada dalam perbualan seharian mahupun mengadakan sesi khusus untuk membincangkan tentang sifat,kebesaran,serta keagungan ALLAH SWT.Hubungkan anak-anak ini dengan asma'-asma' ALLAH disamping kita sebagai ibu bapa harus memberikan penjelasan yang sesuai dengan umur mereka.Anak-anak seharusnya dapat merasai keseriusan ibu bapa dalam hal ini bahkan ianya bukan sekadar agenda tempelan atau sekadar memenuhi masa yang terluang.

Kedua,anak-anak perlu dihubungkan dengan contoh keimanan yang mulia dan tinggi di sisi ALLAH SWT.Berceritalah tentang keindahan budi Rasulullah SAW,kasih sayangnya pada umat,perjuangan dan pengorbanan baginda pada anak-anak.Disamping itu,hubungkan anak-anak kita pada kisah Nabi-nabi terdahulu,Para sahabat RA,Ulamak-ulamak serta Pejuang-pejuang islam.Biarkan anak-anak kita berangan-angan untuk menjadi segagah Umar RA,Khalid Al walid,atau sebijak Ali RA.Jangan biarkan anak-anak kita mengidolakan Power Rangers,Doraemon,Naruto dan lain-lain.

Ketiga,kita sebagai ibu bapa harus menjadi contoh amali kepada pendidikan iman ini.Akhlak,sikap serta ketenangan yang kita pamerkan seharusnya menggambarkan keimanan kita kepada ALLAH.Tidak seharusnya ibu bapa meremeh temehkan urusan ibadah dalam kehidupan seharian,bercakap kasar dengan anak-anak,tidak berakhlak,marah dengan membuta tuli dan melakukan perkara mazmumah yang lain.

Keempat,ibu bapa harus merawat keaiban anak-anak dan membangunkan potensi mereka.Setiap anak tentu mempunyai kelemahan diri dan kekuatan masing-masing.Ibu bapa perlu memerhati dan cuba memahami anak-anak mereka sehingga segala keburukan dan keaiban dapat dirawat dan potensi yang ada dapat dibangunkan.Sebagai ibu bapa kenali sifat anak-anak anda serta corakkan sifat mereka ini mengikut kehendak islam.Bukan itu sahaja,libatkan anak-anak dalam urusan keluarga.Jangan kita meminggirkan mereka.Anak-anak perlu diajak berfikir dalam membuat keputusan-keputusan keluarga.Sekurang-kurangnya anak-anak ini diberi peluang dan ruang untuk mereka meluahkan idea dan pandangan meskipun idea yang mereka lontarkan tidak logik.

Hikmahnya,mereka akan merasa pandangan mereka dihargai dan didengari serta mereka juga dapat merasa kebersamaan mereka dengan ahli keluarga yang lain  dalam melayari kehidupan berkeluarga.Bukan itu sahaja,perkara ini juga,kadang kala dapat mempercepatkan kematangan anak-anak.ini sahaja yang dapat dikongsi kan dari saya..
semoga ianya bermanfaat dalam kita melayari hidup sebagai ibu dan bapa pada anak-anak yang bakal kita lahirkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger