Monday 31 December 2012

Memperkasakan diri dengan bersikap Asertif



Aku tertarik dengan sebuah buku yang sebentar tadi aku pinjam dari perpustakaan.Tajuknya menarik dan membuka minda ku  untuk berfikiran ke arah yang lebih positif.
Ini adalah sebahagian kupasan  dari aku mengenai buku yang telah dibaca oleh ku.

Ramai di kalangan pelajar khususnya,didapati sukar untuk menyatakan perasaan secara jujur dan terbuka kerana mereka kurang asertif.Misalnya,sukar untuk menyatakan 'TIDAK' pada keadaan yang sepatutnya sehinggakan mereka tidak secara sengaja terjerumus dengan panagihan rokok sehinggalah ubat terlarang iaitu dadah contohnya dan pelbagai aktiviti sosial yang lain,asalnya berpunca daripada kurang bersikap tegas diri.


Kata-kata dari insan yang bernama Shauqi Bey :
"bersungguh-sungguhlah menegakkan pendirianmu selama hidup.Ketahuilah bahawa kehidupan itu hanya berharga dan bermakna,bermula dari keyakinan yang tegas dan tetap serta usaha yang bersungguh-sungguh"

Isu mengenai kurang sifat asertif ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa.Sebagai contoh,mereka tidak berani menolak kerja yang datang bertimbun,tidak berani untuk membantah,bnyak mememdam rasa dan tidak tahu bagaimana menyatakan perasaan atau pendapat.Kebanyakan mereka bermasalah untuk membina hubungan,sukar untuk mendapat pekerjaan pada peringkat awalnya,tidak dapat berhubung dengan rakan sekerja dengan baik dan mengalami masalah yang lain...

Dari tadi asyik sebut perkataan asertif...tapi tak paham pun makna asertif itu apa...?
Tiada gunanya juga kalau hanya tahu sebut,tapi tidak dapat gambarkan maksud disebalik perkataan asertif..



sabar...sabar...
Jom !! kita selami apa maksud asertif..

Asertif ini boleh ditakrifkan sebagai sesuatu kebolehan untuk meluahkan perasaan,pendapat,kepercayaan, dan kehendak secara berterus-terang,terbuka,jujur dan dalam pada masa yang sama pendapat yang diluahkan tidak menyakitkan hati mana-mana pihak atau mengancam hak orang lain..

sekarang dah faham sedikit kan  maksud asertif dan anda semua dah dapat  kan gambaran mengenai sikap ini...
harus diingatkan,faham dengan jelas tau..Bila tidak faham,itu yang menimbulkan pelbagai persoalan.

jom...scroll down..untuk  tahu lebih lanjut perbezaan asertif dengan sikap agresif..

Ramai yang masih ragu-ragu antara asertif dan agresif.

Buat pengetahuan kalian semua,sikap asertif dan sikap agresif ada beza nya...
ianya TIDAK SAMA....

Agresif ialah menunjukkan perasaan,sikap atau tingkah laku menyakitkan,mencederakan,menjatuhkan maruah,memalukan dan berdendam dengan orang lain..Kebiasaannya,perasaan marah adalah unsur penting untuk menghasilkan tingkah laku sikap agresif ini...
Namun,sikap asertif lebih kepada menjaga hak orang lain disamping tidak mengorbankan diri sendiri.Di mana kemahiran untuk menyuarakan hak sendiri atau apa yang sepatutnya itu adalah sesuatu keperluan asasi untuk setiap manusia....

Bak kata HAMKA ;
"Berani menegakkan keadilan,walaupun mengenai diri sendiri,adalah puncak segala keberanian.

Ibnu Maafa pula kata ;
"perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun diucapkan oleh orang kaya mahupun orang miskin kerana mutiara berharga tetap tidak jatuh harganya walaupun penyelamnya orang yang hina"



Apa faedah jika kita bersikap ASERTIF..?
  • Membina kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik
  • menggalakkan keyakinan diri sendiri
  • meningkatkan penghargaan kendiri
  • membantu diri untuk memperolehi penghormatan dari orang lain.
  • memperbaiki kemahiran dalam membuat keputusan.
Mesti kalian nak tahu bagaimana untuk membina kemahiran ASERTIF...

Kemahiran asertif bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.Kadang-kadang,ia terhalang dengan perasaan rendah diri,segan dan bersikap tidak kisah terhadap sesuatu.Contohnya,situasi yang beratur di depan kaunter tiket bas,tiba-tiba ada orang yang cuba memotong barisan anda..Anda mungkin tergamam dan tidak tahu apa yang sepatutnya harus dilakukan...Mungkin anda membiarkan sahaja keadaan itu berlaku,bagi mengelakkan masalah timbul dengan orang berkenaan atau macammana....? tepuk dada tnya hati ye...

Tips untuk cuba bertegas diri...
  • cubaan berterus-terang,jujur dan terbuka terhadap perasaan,pendapat dan kehendak anda,dengan permohonan yang munasabah dengan cara yang terus dan jujur.Hasilnya anda akan  merasa berpuas hati dan gembira dengan perasaan yang telah diluahkan tanpa rasa kesal atau teragak-agak.Contohnya: "saya mewakili pengawal lain,untuk mendapatkan hak bayaran tuntutan perjalanan kami selama sebulan yang masih belum dibayar oleh pihak tuan.."
  • Jangan biarkan kawan anda mendesak anda untuk menerima tingkah laku,nilai,atau ideanya sebagai tingkah laku,nilai atau idea anda.Biarkan mereka belajar untuk memahami fikiran anda serta perasaan serta kehendak anda.
  • Jadilah seorang yang jujur bila memberi atau menerima pujian.Jangan sesekali memandang rendah pada kepada pujian yang yang diperolehi dan jangan pula menganggap setiap pujian yang diperolehi harus dibalas semula.
  • Belajarlah untuk tidak menyatakan sesuatu yang tidak munasabah.Gunakan perkataan "TIDAK" sekiranya perlu dengan menjelaskan sebab anda membantah atau tidak bersetuju dengan perkara tersebut.
  • Elakkan menyoal "kenapa".Soalan "kenapa" ini membenarkan pendengar untuk cuba mempertahankan diri.Hal ini kerana pendengar biasanya tidak akan selesa dengan kita dan rasa terancam dengan soalan tersebut.
  • Kenalpasti dan hormati hak orang lain seperti kawan,rakan sekerja,rakan sebilik atau rakan sekelas anda.Contohnya,sekiranya anda bersedih dan kecewa dengan sikap mereka,gunakanlah perkataan 'saya' atau 'kita' untuk meluahkan perasaan anda berhubung dengan perkara tersebut daripada kita terus menggunakan perkataan "engkau" atau menunding jari menyalahkan mereka.
  • Apabila berkomunikasi dengan orang lain,gunakanlah nada suara dan gerakan badan yang bersesuaian dengan keadaan.
  • akhir sekali,sentiasa minta maklum bals daripada orang lain.
"tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidak meragukan.Sesungguhnya kejujuran,membuatkan hati rasa tenteram dan dusta membuat hati ragu-ragu." ( hadis shahih)




Oleh itu,marilah kita cuba aplikasikan bersama untuk memkasimumkan anugerah ALLAH menggunakan kuasa perasaan atau tingkah laku kita pada cara yang sepatutnya.
PERKASAKAN ASERTIF DAN elakkan agresif....selamat muhasabah diri...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger