Tuesday 1 January 2013

allah masih sayang pada ku...


Saya berharap. Saya sudah cukup kuat untuk mencari hanya cinta Allah.

Ada satu saat tiba-tiba diri terasa hampa. Rasa sedih. Rasa seorang diri. Rasa tidak difahami. Rasa tidak dimengerti. Rasa jauh. Rasa terbuang. Rasa tersisih. Rasa serba tak kena. Rasa tidak enak. Rasa berat. Rasa payah. Rasa gelisah. Rasa susah.

Adakah itu sebenarnya tanda-tanda diri merindukan Penciptanya?
Kerana kata-kata manusia sudah tidak lagi mampu tembus di hati.
Setiap pujukan mereka tidak lagi mampu menghilangkan resah hati ini.
Apa saja yang mereka usahakan untuk menggembirakan, masih tidak mampu mengisi kekosongan jiwa ini.

Inilah saatnya.

Apabila manusia sudah tidak mampu memberikan pertolongan tetapi hanya Allah sajalah yang mampu meredakan kesedihan.

Inilah waktunya.

Apabila manusia sudah tidak mampu berbuat apa-apa untk memberikan kelegaan tetapi hanya Allah sajalah yang mampu memberikan ketenangan.

Allah beri sedih. Allah ganti gembira.

Allah beri derita. Allah ganti bahagia.
Allah bagi sepi. Allah ganti riuh.
Allah bagi benci. Allah ganti cinta.

Setiap apa yang Allah beri. Setiap itu jugalah Allah akan ganti. Kalau sedih bukan selama-lamanya sedih. Kalau suka pun bukan selama-lamanya suka. Sebab hidup ini tidak ada yang tahan lama. Semua bersifat sementara. Cuba percaya walaupun payah. Cuba telan walaupun pahit. Cuba ludah biarpun sayang.

Wahai hati yang kosong.

Saratkan kekosongan dengan pergantungan kepada-Nya. Kalau Allah tinggalkan diri itu, nescaya diri itu termasuk dalam golongan yang rugi. Kalau Allah sudah tidak sudi, celakalah bagi diri itu kerana tidak berusaha meraih pegangan Allah yang selama ini setia DIA hulurkan.

Di atas nama cinta. Pada yang selayaknya. Kunafikan yang fana'. Moga dalam hitungan. Setiap pengorbanan. Agar disuluh cahaya redha-Nya. Biar sendiri hingga hujung nyawa. Asal tak sepi dari kasih-Nya. (UNIC-Atas Nama Cinta)


Saya perlukan pujukan= Bacalah Al Quran.
Saya perlukan perhatian= Lakukan solat malam.

P/S: Memberi rasa hampa dalam diri adalah cara Tuhanku menunjukkan kasih-Nya padaku. Aku tahu. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger