Wednesday 9 January 2013

Batasan Aurat Mengikut Islam


Batas-Batas Aurat Dalam Islam


Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yang ada pada badan manusia yang wajib ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan untuk melihatnya(bukan mahram)".

Perbezaan batas-batas aurat bagi seseorang ialah kerana hubungan keturunan dan kerana tali ikatan akibat perkahwinan,seperti mertua,menantu,ipar duai dan sebagainya serta kerana penyusuan..




AURAT-AURAT KETIKA BERSENDIRIAN


Para alim ulama mazhab telahpun mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza bagi aurat ketika bersendirian,baik lelaki mahupun perempuan.


Bagi Imam Hanafi dan Imam Hambali,mereka berpendapat bahawa aurat ketika bersendirian adalah sebagaimana yang telah di larang terhadap seorang yang mukallaf(orang yang telah dituntut untuk beramal dengan suruhan dan meninggalkan segala bentuk larangan) daripada mendedahkan auratnya dihadapan orang yang diharamkan untuk melihatnya.Makanya dengan itu jualah di larang kepada kita supaya jangan mendedahkan aurat ketika bersendirian sekalipun.Kecuali apabila kita berada di dalam keadaan dharurat atau di dalam keadaan terpaksa membukanya.seperti mana yang kita semua sedia maklum tentang keadaan ketika kita sedang qodho hajat atau ketika sedang mandi.Maka apabila ketika sedang kita di dalam keadaan yang dharurat,bolehlah kita membukanya.



Manakala sementara bagi pendapat dan pandangan Imam Maliki dan Imam Shafie,aurat ketika kita sedang bersendirian adalah tidak diharamkan mendedahkan auratnya bahkan hanyalah makhruh sahaja kecuali pada ketika kita sedang di dalam keadaan yang dharurat.Makanya apabila kita sedang di dalam keadaan dharurat,diharuskan kepada kita untuk membukanya.



BATAS-BATAS AURAT KAUM LELAKI


Di dalam hadis riwayat Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Abu Daud,dan Imam At-Turmuzi dinyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telahpun bersabda yang maksudnya:


"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lainnya,demikian jugalah wanita juga tidak boleh melihat aurat wanita yang lainnya juga.tidak boleh 2 orang lelaki berada(tidur) di dalam 1 selimut,demikian jugalah bagi wanita dilarang berbuat yang demikiannya".


Para alim ulama’ mazhab mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang cukup berbeza-beza mengenai had serta batas-batas aurat lelaki.Sama ada melihat atau di lihat oleh orang lainnya.


Bagi pendapat dan pandangan hukum Imam Hanafi dan Imam Hambali "lelaki diwajibkan untuk menutupi auratnya di antara pusat hinggalah melebihi paras lutut daripada dilihat oleh lelaki atau wanita yang bukan mahramnya kecualilah kepada isterinya.Isteri boleh(harus) melihat aurat suaminya,kecuali pada kemaluannya dan demikian jugalah bagi suami kepada isterinya.Ini adalah kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makhruh hukumnya.


Manakala bagi pendapat dan pandangan hukum menurut Imam Maliki dan Imam Shafie; "Aurat kaum lelaki ada 2 keadaan.(1).Auratnya dengan sesama lelaki dan wanita yang mahram dengannya.(2).Auratnya dengan wanita yang bukan mahram dengannya.Keadaannya dengan golongan yang pertama,iaitu dengan lelaki dan wanita yang mahram dengannya adalah di antara atas pusat hinggalah melebihi paras lutut sahaja.Manakala dengan golongan yang ke 2,iaitu sesama dengan wanita yang bukan mahram dengannya adalah seluruh badannya itu aurat bagi mereka.Ertinya di sini adalah seluruh tubuhnya adalah dilarang untuk di lihat oleh kaum wanita yang bukan mahramnya.Kecuali bagi Imam Maliki yang membolehkan hujung-hujung aurat lelaki boleh di lihat oleh wanita yang bukan mahramnya apabila aman daripada fitnah.Sementara Imam Syafie mengharamkan melihat dengan mata"(Rujuk kepada kitab Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib Al-Arba’ah).




BATAS-BATAS AURAT PEREMPUAN

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
  1. Suami
  2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa3.Ayah mertua4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan5. Anak-anak suamiDalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami karena wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa7. Anak saudara lelaki karena mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya8. Anak saudara dari saudara perempuan9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama10. Hamba sahaya11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh,wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.


Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger