Sunday 13 January 2013

dirimu berkahwin bukan kerana perempuan itu..





Pukul 6.50 pagi
Dia merebus air di dalam kendi. Di sebelahnya pula dinyalakan api untuk memanaskan kuali.
"Masak apa Mir?" Izzuddin tercegat di pintu dapur sambil memegang tasbih kayu Kokka. Dia baharu sahaja pulang dari masjid. Amir putar arah & memandang ke wajah Izzuddin. Teman sebiliknya segak di dalam jubah & serban putih.
"Goreng telur & buatkan kopi. Kenapa?"
"Buatkan untuk ana sekali," Izzuddin tersengih.
"Ana sudah agak!"
"Bertuahlah perempuan yang bersuamikan Ustaz Amir. Rajin sungguh memasak," Izzuddin menanam tebu di bibir.
"Memasak adalah tugas lelaki. Lagipun bila sudah kahwin, tugas suami memang banyak. Memasak, membasuh, menjahit, mengemas rumah, semuanya tugas suami. Malah Nabi tak pernah minta Sayyidatina Aisyah menjahit pakaiannya. Keberadaan isteri cuma membantu meringankan bebanan suami. Tidak perlu dipersoalkan tentang perkara itu. Malangnya, ramai lelaki tersalah konsep," Amir sengaja buka sesi ceramah pagi.
"Saya sudah tahu," Izzuddin membela diri. Dia tidak mahu Amir memanjangkan kalam.
"Sudah tahu, tidak apa. Siapa lagi yang mahu makan?!" Amir angkat suara sambil tangannya membalikkan telur di dalam kuali.
"Ana mahu jugak! Buatkan ana sekali!" Sahut Zaid & Hakim serentak.
"Beres! Ana buatkan untuk semua. 5 minit lagi, siap! Kita makan berjemaah!" Amir menjawab lantang. Biar semuanya dengar.

"Mir, boleh ana tanya soalan peribadi?" Halif bertanya tiba-tiba.
"Apa dia?"
"Enta masih ada perasaan sayang terhadap dia?"
"Siapa yang enta maksudkan?" Amir buat-buat tidak faham.
"Siapa lagi? Orang itulah...."
"Dia? Erm... Lif, kalau sudah kenal mestilah sayang. Sayang bukannya boleh dibuang begitu sahaja," Amir menjawab sambil matanya memandang ke luar tingkap. Beberapa penumpang Arab yang lain tidak mengendahkan perbualan Amir & Halif.

"Selepas kita mengambil masa mengenali seseorang, kita pasti akan menyayanginya. Sekalipun perhubungan kami sudah berakhir, tetapi sayang tetap sayang."
"Banyak pengorbanan enta pada dia? Enta selalu belanja dia makan?"
"Belanja makan apa pula? Enta ni... Hehehe! Sejujurnya, kami tidak banyak kenangan. Agama larang kita couple macam pasangan Barat. Jadi, ana bataskan pertemuan antara kami. Termasuklah berbual di telefon juga ana tetapkan masanya. Kami banyak berutus surat. Bukan mudah Lif. Ia memerlukan ketegasan & prinsip diri yang teguh."
"Memang susah. Tambahan pula, remaja zaman sekarang kalau bercouple mesti pegang-pegang tangan atau jalan berdua-duaan. Orang zaman sekarang kalau tinggal berdekatan, mana ada bercinta melalui surat kecuali segelintir sahaja," Halif menyelitkan bicaranya.
"Itulah masalahnya tetapi ana sudah cuba susunkan hubungan kami supaya berdiri atas dasar nasihat menasihati kerana agama."
"Berutus surat? Rajin enta menulis," Dahi Halif berkerut.
"Ya. Kami banyak berutus surat. Jika dia cuba bertanya hal-hal perasaan, ana cepat mengingatkannya bahawa hidup adalah untuk hakikat & kenyataan. Bagi menghadapi hakikat & kenyataan, kita memerlukan ilmu & kesabaran. Bukannya rasa & angan-angan."
"Enta tak rasa macam tegas sangat? Sesetengah orang anggap cara macam ni terlampau syadid (keras/tegas)"
"Soal syadid ataupun tidak, itu perkara kedua Lif. Kita perlu kembali kepada agama. Islam larang kita menghampiri zina, oleh itu mana-mana perbuatan yang menjuruskan ke arah zina perlu dijauhi. Pertemuan, perbualan & percampuran yang tidak disyarakkan perlu dijauhkan sama sekali. Biarlah nampak syadid pun, namun itulah yang paling selamat dalam menjauhi fitnah."
"Susah juga mahu ikuti apa yang agama suruh. Maklumlah zaman  dah berubah..
Halif, remaja memang mudah ditipu oleh perasaan sendiri. Dalam usia muda sepatutnya mereka menjaga kesucian diri & membina karisma sebagai bakal ibu atau bakal bapa. Bagi membina karisma mereka memerlukan ilmu & panduan agama. Malangnya, mereka sibuk dengan perkara yang tidak perlu.. Kemudian, apabila rumah tangga didirikan, kebanyakan mereka hilang arah. Tidak tahu hendak bawa keluarga ke mana. Saat itu baru tercari-cari rujukan. Masa itu sudah dikira terlambat."
"Macam tu rupanya. Wawasan enta tu terlalu jauh!"
"Lebih jauh sesuatu wawasan, lebih baik. Kita lelaki Lif. Kita adalah bakal suami & bakal seorang bapa. Kita adalah pemimpin kepada keluarga. Kita juga adalah khalifah di muka bumi. Kita perlu mengajarkan isteri perkara-perkara yang benar-benar diperlukan dalam menempuh kehidupan. Kita perlu mendidik anak-anak kita dengan didikan yang betul. Bukan perkara yang dirasakan indah & mengasyikkan sedangkan tidak memberi apa-apa manfaat."


"Begini sebenarnya Amir," Abah membuka suaranya yang tertahan.

"Amir kena faham beberapa perkara, selaku anak lelaki tunggal dalam keluarga Amir kena bersedia untuk ambil tanggungjawab menjaga ibubapa di hari tua. Kak long ada suami, dia tidak boleh berkhidmat sepenuh masa untuk mama & abah. Begitu juga Erma, dia juga akan mempunyai suami & perlu berkhidmat untuk suaminya. Itu adalah aturan yang ditetapkan oleh agama. Tiada orang yang lebih layak mengambil tanggungjawab ini melainkan anak lelaki abah seorang sahaja. Kami mahu Amir fikirkan hal ini dengan baik. Ia berkait rapat dengan pemilihan seorang isteri, kerana ia melibatkan masa depan. Abah yakin, Amir faham."
"Memandangkan mama & abah akan menempuh usia tua, Amir bertanggungjawab menjaga mama & abah."

"Tidak ramai ibubapa yang berpeluang untuk memberitahu perkara ini kepada anak lelakinya. Sebab itu ramai anak-anak selepas berkahwin tidak mengendahkan ibubapa. Abah percaya, Amir bukan begitu." Garis di dahi abah bergalur terang. Amir diam. Seketika kemudian, dia mengangguk.

"Panjang umur Amir, Amir sempurnakan niat mama & abah."

Perbualan tamat di situ.

"Siapa?"
"Seganlah nak bagitahu."
"Siapa pun yang kamu suka, ibu mahu kamu fikir panjang-panjang. Banyakkan berdoa. Minta sisih jika itu mainan perasaan."
Dan aku tak rasa pesanan ibu itu cukup. Justeru, sebelum cuti musim sejuk aku yang lepas itu berakhir, aku ada berbincang dengan pensyarahku di University of Yarmouk. Namanya adalah Dr. Mehmed Towalbeh. Seorang pensyarah yang baik & peramah. Dia juga seorang yang alim tetapi bersahaja. Antara pensyarah yang masyhur di Jordan ini.
Aku mengutarakan masalahku ini. Aku risau, ini adalah mainan perasaan sahaja. Walaupun aku saban malam selepas dinasihatkan Sharafie, mendirikan solat istikharah untuk memohon jawapan, namun aku masih tidak mendapat jawapan yang sebenarnya. Tetapi, aku suka dia. Maka, hal inilah yang aku cuba bincangkan dengan Dr. Towalbeh.

"Anakku, muhasabahlah dirimu. Perempuan baik untuk lelaki yang baik. Jika kau inginkan perempuan yang baik, maka perbaikilah dirimu. Allah jugalah yang memberikan kamu apa yang kamu pinta. Maka, jadikanlah cintamu kepada Allah sebagai pokok yang membuahkan cinta-cinta yang lain. InsyaAllah, kamu tidak akan kecewa bila silap, & kamu akan rasa bahagia bila betul."
Ketika itu, aku seakan-akan terasa seperti dipancur siraman dari langit. Kata-kata Dr. Towalbeh penuh makna. Cinta kepada Allah-lah yang akan membuahkan cinta yang lain.

"Kamu berkahwin, bukan kerana perempuan itu. Tetapi kamu hendak memenuhi amanah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam & arahan Allah azza wa jalla. Kamu berkahwin untuk membina ummah, mengembangkan lagi bilangan umat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang faham akan Islam. Sedarlah, bila kamu menjadi suami, ketua keluarga, maka sesungguhnya kamu bertanggungjawab ke atas mereka."
Ya Allah, kata-kata itu menyedarkan aku kembali akan konsep bait-al-Muslim yang sebenar. Bukanlah siapa perempuan yang kita pilih menjadi masalah, tetapi bagaimana kita mmembangunkan diri kitalah yang menjadi asas kepada keluarga yang diredai Allah.
Kita berkeluarga, untuk mengejar redha Allah sebenarnya. Memandu isteri, anak-anak, untuk hidup menjadi hambaNya yang baik. Maka, pembinaan diri sendiri itu yang perlu diutamakan. Bukan mencari siapa perempuan yang ingin dikahwini yang kita kena dahulukan.

"Kalau kamu faham apa yang kukatakan ini, maka binalah diri kamu mulai hari ini. Kemudian, dengan yakin, kamu lamarilah dia. Tak semestinya dia itu jodoh kamu, tetapi kalau kamu silap, kamu tidak akan kecewa. Sebab kamu faham bahawa kamu  bukan berkahwin kerana dia."
Aku mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Towalbeh. Perkongsiannya memang benar-benar menghidupkan jiwaku & menjelaskan pemahamanku.

"Aku doakan kamu dapat apa yang kamu mahu, & Allah merahmati kamu & keluargamu."
Semenjak itu, aku terus-terusan berusaha mempertingkatkan diri. Daripada segi emosi, rohani & jasadi. Daripada kata-kata Dr. Towalbeh itu, aku nampak perkahwinan itu bukan sekadar cinta lelaki & perempuan, tetapi cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, cinta kepada perjuangan hendak membawa Islam, cinta kepada anak-anak yang bakal lahir, cinta kepada keluarga sendiri & keluarga mertua & pelbagai lagi cinta yang bersangkut paut dengan perkahwinan sebenarnya.
Aku perlu nampak bahawa aku sekurang-kurangnya bakal menjadi ketua & pendidik, kepada isteri & anak-anak. Justeru, aku perlu letakkan diri aku pada tahap yang kompeten untuk itu. Aku terus berusaha. Aku anggap, semester terakhir aku di University of Yarmouk ini sebagai masa aku meningkatkan segalanya.
Pada masa yang sama, Istikharah memang tidak pernah aku lupakan.
Saban malam, bersyahdu dengan Ilahi memohon kebenaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger