Sunday 6 January 2013

Hadirku pelengkap semangat perjuanganmu

Aku bukanlah Siti Hajar yg kuat ditinggalkan
Nabi Ibrahim demi perjuangan.
Namun,aku berusaha mencontohinya,
Hanya ingin membina mahligai d jannah..
Takkkan ku sanggup melepas & membiarkan sang bidadari syurga merampas milikku dengan sewenang-wenangnya..


Biar harta dunia berkurangan, asalkan ia di belanjakan atas jalanNya...
Biar aku sedikit terabai, asalkan si dia x mengabaikan usaha agama..
Biar aku mengurus istana sendirian, asal fikirnya sentiasa kerana agama, x mengapa..
Biar aku di tinggal-tinggalkan, asalkan pemergiannya kerana ummat tercinta..
Biar aku sedikit kesusahan di dunia, kerana mengejar ganjaran akhirat aku rela..
Biar seksa kerna melahirkan aku rasa, asalkan lahirnya para da’ie, aku redha..
Biar segala urusan datang menduga, malam markas dan ghash x kan aku biarkan si dia leka..
Biar kesempitan masa bersama, mesyuarat mingguan aku pastikan si dia ada..
Biar sibuk dengan urusan dunia, dengan izin Allah amalan sunnah di rumah sentiasa aku jaga..
Biar si dia syahid tika menyebarkan agama, insyaAllah aku sentiasa sedia terima..
Biarkan segala kepahitan perjuangan di telan bersama..demi Allah, segalanya di rasa seperti gula..
Apabila aku redha & rela, kelak 500 tahun persiapan aku lakukan menunggu si dia seorang suami yg amat ku cintai d syurga.
Asbab perpisahan didunia,mujahadah kerana agama,maka Allah satukan aku dan dia di sana...Aamiin ya Rabbana....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger