Saturday 5 January 2013

idea oh idea...

kak, rasa takut pula hendak berada di dalam sesebuah persatuan macam ni..Saya takut saya dipandang sebagai seorang yang tak berfaedah.Tak mendatangkan pembaharuan pun kepada persatuan.”

“kak, saya nak buat banyak program untuk lajnah semester hadapan. Saya berpendapat kita kena lebih ekstrim menarik perhatian mahasiswa dan mahasiswi untuk lebih dekat dengan masjid. Jadi saya merasakan program yang saya cadangkan ini akan dapat membantu mencapai tujuan tersebut.”

“kak, semalam dalam meeting, segala idea yang saya berikan tidak langsung diraikan. Dipertikaikan sehabis mungkin tanpa sempat saya menghuraikan idea tersebut. Rasa kecewa 
dengan sikap ahli mesyuarat yang tidak memberikan kesempatan untuk saya mengukuhkan idea saya. Mungkin lain kali saya tidak akan lagi memberikan idea. Biarlah apa mereka nak cakap kak. Saya dah serik.”

Ini adalah antara dialog yang sering diajukan kepada saya; selaku seorang kakak, senior dan mahasiswi. Kadang-kadang situasi ini turut saya hadapi terutama ketika berada dalam sesebuah pergerakan dan persatuan Islam. Idea dan pandangan yang diilhamkan oleh Allah S.W.T. ditolak mentah-mentah. Entah di mana silapnya sehinggakan orang lain merasakan bahawa idea yang dilontarkan tidak berguna, berat sebelah, ikut emosi dan berbagai-bagai lagi alasan yang menyebabkan idea itu terbang ditiup angin..Hilang…

Kadang-kadang saya merasakan bahawa idea yang dilontarkan adalah yang terbaik. Idea tersebut cuba dilontarkan dengan menggunakan ayat yang mudah difahami supaya maksudnya sampai kepada ahli mesyuarat yang lain. Terdetik di hati “alangkah baiknya jika mereka menerima dan jika ditolak, aku mengharapkan ia ditolak atas alasan yang kukuh.” Ayat yang biasa saya lontarkan selepas memberikan idea-ana buka kepada sahabat-sahabat lain untuk memberikan pandangan dan idea yang lain. Ana menerima semua idea dengan terbuka. 

Teringat pula kepada seorang sahabat yang lebih senior. Saya lebih suka pendekatan yang digunakannya apabila dia menerima banyak idea dari sahabat lain dan dia bertanggungjawab membuat keputusan. ‘Ana terima idea enti. Idea sebelum ini juga baik untuk kita praktikkan. Apa kata, kita ambil kedua-dua idea ini dan aplikasikan.” Ya Allah, hanya Dia sahaja yang tahu betapa gembiranya ketika ada orang yang meraikan idea dan pandangan kita. Alhamdulillah, ada yang Nampak idea itu sebagai sesuatu yang relevan untuk dipraktikkan. Bandingkan pula dengan situasi ini;

“Ana merasakan bahawa plan B patut kita laksanakan jika plan A tidak menjadi. Ana merasakan perlu dibuat plan B kerana sebab-sebab tertentu.” Tiba-tiba ada yang mencelah dan menyatakan bahawa idea kita ditolak. “Ana tak setuju pandangan itu. Rasa macam tak relevan.” Aduh, rasa macam remuk je hati. Kan ke lebih baik jika dia menyatakan begini “ Ana tak setuju cadangan enti tapi kan ke lebih baik jika kita buat macam ni…”. Yang mana anda lebih prefer-ditolak mentah-mentah ataupun ditolak dengan alasan dan cadangan lain?

Terdapat idea yang kadang-kadang ‘kontroversi’ namun kita perlu melihat semula kepada idea tersebut. Ia tidak akan ‘terkeluar’ tanpa sesuatu yang menyebabkan idea itu terhasil. Kadang-kadang kita perlu melihat kepada perkara yang sama daripada perspektif yang lain. Think outside the box. Jangan hanya selesa berada di tempat yang static hinggakan kita terlepas banyak idea dan pandangan yang bernas daripada sahabat-sahabat lain. Raikan pandangan dan idea kerana itu semua datang daripada Allah. Bermuhasabah diri jika idea dan pandangan kita ditolak kerana ada hikmahnya yang kita tidak tahu. Jadilah seorang yang berani untuk menerima pandangan dan idea yang bertentang. Jangan menolak dahulu sebelum menyatakan sebabnya kerana kita adalah manusia biasa yang tidak lari daripada penyakit hati. Takut ada yang terasa hati sehingga merasakan ideanya tidak berguna dan beriltizam tidak akan melontarkan sebarang idea lagi. Betapa ruginya!

Pesanan yang biasa dilontarkan kepada adik-adik yang tersayang-jadilah seorang yang berani menyatakan pendapat dan memberikan idea walaupun mungkin idea dan pandangan kita itu tidak bernilai di sisi orang lain. Semoga ada yang dapat menerima idea kita itu kerana manusia mempunyai satu sifat yang sama iaitu sentiasa teringat-ingat akan apa yang orang lain perkatakan kepada dirinya, seperti Firaun yang teringat-ingat risalah kebenaran yang disampaikan oleh Musa a.s.

Selamat bergerak kerja untuk Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger