Monday 14 January 2013

Kasih ibu,kasih ayah




Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN. Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.

"SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

"Ibu kamu," jawab Nabi.
"Dan siapa lagi?" "Ibu kamu," Nabi mengulangi.
"Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi.
"Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga.
"Dan selepas itu?"
"Selepas itu ayah kamu." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.


Di dalam berapa surah Al-Quran adalah ditekankan mengenai dengan keperluan tuntutan anak kepada ibubapa tetapi penekanan adalah kepada ibu:
"... Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan..." (Surah Luqman, ayat 14), "... Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf, ayat 15).


Di dalam Al-Quran, seorang anak yang salleh yang tidak mempunyai bapa tetapi hanyalah seorang ibu ialah Nabi Isa AlaihiSalam. Siapa yang telah dikatakan sebagai taat kepada ibunya dan tidak menjadikannya sebagai seorang yang sombong takabbur ataupun celaka..." (Surah Maryam, Ayat 32).

Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)


Bersyukurlah andai mereka masih kita punyai....
Tabahkan hati andai mereka telah pergi...
Sesungguhnya, tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini.....
Hargailah mereka, hormatilah mereka, maafkanlah mereka...andai ada yang membuat kita terasa.

Sesungguhnya, Allah jualah yang lebih mengetahui dengan mengurniakan insan-insan mulia seperti mereka buat kita semua....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger