Wednesday 16 January 2013

Nampak simple tapi awesome


بسم الله الرحمن الرحيم



tunjukkan wajah bahagia

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria."
(Riwayat Imam Muslim)
jika membalas pesanan mesej atau apa2 jua pesanan yang tanpa sebarang emotion smiley icon pun teman2 dah ingat kita ni moody..Lihat betapa besarnye impak senyuman biarpun smiley icon akan tetapi ia dapat hidupkan suasana senyuman di kawasan persekitaran anda  ^_^





berjabat tangan

Hadis Nabi s.a.w bermaksud:
"Tidak ada 2 orang Muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampunkan dosa mereka sebelum berpisah."
(Riwayat Imam Abu Daud)
lelaki & perempuan yang bukan mahram dikecualikan untuk berjabat tangan dengan meriahnya melainkan suami isteri.
yang dah kawin takpe sebab Allah ada peruntukkan ganjaran khas pahala & pengguguran dosa bagi mereka yang dah berkahwin




ungkapkan rasa cinta

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(Riwayat Imam Abu Daud & Al-Tirmizi, hadis sahih)
jangan malu untuk bagitau ibu, ayah, isteri, suami, cikgu-cikgu, adik-beradik, sahabat yang kita cintakan dia, sayangkan dia kerana Allah. tak rugi.
cube bayangkan di suatu saat kita tengah sedih, keseorangan, ada problems. tibe-tibe hp berbunyi.
"Eh, sms masuk la!! Dah lama tak dapat sms!"
Inbox: I Love you for the sake of Allah  ^__^




saling memaafkan orang lain

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar & memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)."
(Surah al-Syura, 42: 43)
siapa yang sepanjang kehidupan dia kat atas dunia ni tak pernah buat salah? tak pernah lupe?
sebab tu Allah hadiahkan solat taubat bagi kita si pendosa. berapa ramai hamba Allah yang melakukan dosa termasuk saya setiap hari?
Allah maafkan juge walaupun kita asyik ulang, ulang & ulang. tapi lain pulak ceritanya bila kita sesame manusia.
Kenapa ye?hmmm



saling membantu

Dalam Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, nescya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia & di akhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia & di akhirat. dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya."
(Riwayat Imam Muslim)
kenapa mengharapkan pemberian jika kita lokek untuk memberi? untuk menerima sesuatu, berilah sesuatu. Allah dah janji buat hamba hamba-Nya, takkan berkurang apa yang ada pada kita jika kita memberi. Allah akan tambahkan melalui dengan cara yang lain. Allah akan bantu kita dengan cara yang lain. Allah akan mudahkan dalam situasi yang lain. Cara yang tidak disangka-sangka. Cume kita je tak sedar Allah sudahpun membalas kebaikan kita tu




saling berkunjung

Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis kudsi yang bermaksud:
"Allah SWT berfirman:
'Pasti akan mendapat cinta-Ku orang yang saling mencintai kerana Aku. Kedua-duanya saling brekunjung kerana Aku & saling memberi kerana Aku.'"
(Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta')
bukan hari raya je hari untuk kunjung-mengunjung. setiap hari pun boleh. tapi bukan setiap masa.baek trs je duk sana..haha
bayangkan kalau hari raye setahun sekali je baru kita nak berpusu-pusu, berbondong-bondong, berasak asak nak p melawat rakan taulan, saudara mara kita,
dengar dengar Allah dah jemput dia dulu. last jumpa, setahun yang lepas. dah terlambat. rajin rajinkan tanya kabar kenalan kita dari seluruh pelusuk dunia ok !  ^_^




saling memberi hadiah

Sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta & menghilangkan kekotoran hati."
(Riwayat Imam al-Tabrani)
walau sekecil-kecil, semurah-murah pemberian, si penerima akan menghargai sebaik yang mungkin. kadang-kadang si pemberi bagi coklat M&M, si penerima simpan bungkusan tu siap simpan dalam diary lagi. kadang-kadang si pemberi bagi pencil 2B sempena nak menyambut 'kemeriahan' exam. si penerima tak gune pun. si penerima simpan dalam laci dengan penuh cermat. betapa si penerima menghargai pemberian si pemberi. agak hebat penangan pemberian hadiah kepada orang lain kan.... ^_^




menyebarkan salam

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Demi Zat yang diriku di tangannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang membuat kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu."
(Riwayat Imam Abu Daud)
bile lalu kat tepi-tepi jalan, ringankan hati, ringankan bibir untuk bagi salam kat pakcik makcik (untuk didikan diri saya sendiri juge). insyaAllah, dalam hati pakcik makcik tu, berbunga-bunga kebahagian. tersenyum senyum tak sangka ada lagi remaja remaja yang bersopan santun lagi berbudi bahasa. ini tak. yang lumbe motor tu, disembur sembur asap motor kepada mereka yang berjalan kaki..



mendoakan orang yang bersin

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Jika salah seorang daripada kamu bersin, hendaklah dia mengucapkan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) & saudaranya atau orang yang bersamanya (yang mendengar) mengatakan kepadanya Yarhamkallah (Lelaki) / Yarhamkillah (Perempuan) (semoga Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu). Jika salah seorang mengucapkan Yarhamkallah/Yarhamkillah, maka orang yang bersin tersebut hendaklah menjawab Yahdiikumullah wa yuslihu baalikum (semoga Allah SWT memberikan petunjuk & memperbaiki keadaanmu).'"
( Riwayat Imam Abu Hurairah)

Tak susah mendoakan kebahagian buat orang lain. Tak rugi. Harta tak berkurang. Malah malaikat juga turut mendoakan untuk kita sebagaimana kita mendoakan untuk mereka yang lain juge.



Rujukan: Solusi Isu 33
*digubah oleh blogger.


Sweetnya Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger