Sunday 6 January 2013

Naurah Haninnah...bunga yang dirindui

Wanita itu tidak berhias mendedahkan kecantikan....
tetapi..
kecantikan yang dimiliki hanya untuk tatapan suami...

tidak berjalan melenggok-lenggok tubuhnya.....
tetapi..
tenang mempercepatkan langkahnya penuh kesederhanaan..

tidak memakai pemakaian mengikut fesyen terkini..
tetapi....
menutupi tudung labuhnya membaluti perhiasaannya..
tidak memerdukan suara dihadapan ajnabi..
tetapi..
baginya suara itu sebuah mahkota yang perlu disembunyikan daripada 
diperdengarkan bukan mahram..

tidak memakai wangi-wangian yang bisa menaikkan aura nafsu lelaki..
kerana dia tahu adalah hanya layak untuk si suami...

Wanita itu bukan bunga yang boleh dicium oleh setiap kumbang...
tetapi
wanita itu seperti emas yang berharga dan mahal,
disimpan dan ditempat yang tertutup,
agar tidak dicuri orang,
walaupun dia jatuh ke lumpur,dia tetap berharga,
dan tiada berkurang sedikit pun nilainya.

Aku mahu menjadi wanita yang lembut...
yang mempunyai hati yang kuat..
yang tidak lari dari cabaran dunia,
tetapi,
menghadapinya dengan berani
dan bersandarkan keyakinan DIA sentiasa berada di sisi...

Aku tidak takut untuk menegakkan kebenaran,
Aku mengakui aku punyai hati yang bisa dilenturkan,
namun..
tidak mudah untuk dipatahkan..

Aku wanita yang mampu berpijak atas kaki sendiri..
akan ku kesat air mata yang mengalir ini..
dengan semangat yang baru..
semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembusNya,
Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu..
Aku wanita yang ditarbiyah...
Mampu mempertahan maruahku sendiri..
daripada tergadai oleh godaan duniawi..
Aku ada DIA..
Cukup!!!
Cukuplah ada DIA untuk ku...


          

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger