Thursday 24 January 2013

SAHABAT..






Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
[cebisan lirik lagu Lagu Sahabat - Najwa Latif]


Alhamdulillah. Segala puja pujian bagi Allah Yang Maha Esa. Maha Cinta. Yang telah mengurniakan pelbagai hadiah. Kenikmatan. Tidak mengira siapa, warna, usia, taat mahupun derhaka. Segala kenikmatan yang telah diberikan, tandanya Allah SWT kasih, Allah SWT sayang akan kita semua.




Alhamdulillah. Selawat dan salam bagi Rasulullah SAW yang telah bersabar, mengajar, dan mendidik kita dalam memahami erti kehidupan. Yang telah bersabar, dengan sebaik-baik sabar. Yang telah mengajarkan kita apa itu Islam, Iman, dan Ihsan. Juga, yang telah mendidik serta memperkenalkan kita bahawa hidup ini ada penciptanya, pemiliknya, dan tuan empunya. Allah azza wa jalla.


Insan.


Setiap daripada kita, mempunyai teman dan juga sahabat.


Tidak kiralah sahabat kita bagaimana. Samada tua, muda, cantik, kurang cantik, lelaki, perempuan, dan bermacam-macam lagi. Tuhan Maha Bijaksana. Dia tidak memberikan kita satu pilihan sahaja. Satu macam. Tuhan memberikan kita pelbagai. Banyak. Sehinggakan, hidup ini kita katakan warna-warni.


Hidup ini, berliku-liku. Dan dalam ketidaksempurnaan ini, Tuhan memperkenalkan kepada kita tentang pilihan.


Jika terdapat hidangan makanan dihadapan kita, satu hidangan yang baik dan satu hidangan yang kurang baik. Bagaimanakah pilihan kita? Andai kita memilih hidangan yang baik, mengapa? Dan andai kita memilih hidangan yang kurang baik pula, mengapa?


Pilihan itu ada pada diri kita. Kita sendiri menentukannya.


Masing-masing mempunyai alasan, sebab, dan jawapan. Tetapi, pada hari ini… majoriti daripada kita, inginkan yang baik-baik. Malah, ada yang lebih daripada itu. Yang terbaik! Kerana, kita berharap dengan apa yang kita dapat dan pilih itu mampu bantu diri kita dalam menuju kebaikan.


Kerana kita ingin menjadi insan yang baik. Manusia yang cintakan kebaikan, adalah manusia yang di hatinya mempunyai iman!


Dalam proses menjadi seorang insan yang baik, caranya perlulah ambil yang baik-baik serta memberi yang baik-baik. Kebaikan itu perlu di utamakan! Kejahatan pula, usah dibenci. Sebaliknya, kita perbaiki. Manusia kan, kurang sempurna. Tetapi, manusia adalah sebaik-baik ciptaan dari-Nya!
Sahabat Yang Baik


Dewasa kini, sahabat yang baik itu ada. Wujud. Walau tidak sebondong, kuantiti yang sedikit pun sudah memadai. Kekadang, yang banyak belum tentu menjadi dan berkualiti. Tetapi, yang sedikit itu tidak membuatkan hidup ini sunyi sepi. Sabahat yang baik, sedikit sebanyak terperciknya sifat soleh dan solehah.


Meski dia itu, terdapat kekurangan dan keaiban.. tetapi, dalam berjuta kekurangan, pasti adanya kelebihan. Mungkin, sahabat yang baik bagus dalam sesuatu bidang. Tetapi, dari bidang yang lain.. lemah. Ia bukanlah sesuatu perkara yang perlu diperbesarkan, perlu diungkit-ungkit.


Kerana, setiap orang tahu akan diri masing-masing. Asalkan, jangan kita mempertabiatkan diri dengan mencari kesalahan orang lain. Maka, jauhi. Takut nanti, Tuhan benci.


Nauzubillah!


Bersahabatlah dengan sesiapa pun. Tetapi, jika kita bersahabat dengan sahabat yang baik, soleh dan solehah, sudah pastinya kita tidak akan rugi. Pada sahabat yang baik itu, adanya nasihat yang boleh kita ambil dan manfaat. Pada sahabat yang baik itu, adanya kekuatan yang kadangkala kita terasa diri ini hampir tumbang.


Pada sahabat yang baik itu, adanya kecantikan dan keindahan yang menterjemahkan kasih sayang daripada Tuhan. Pada sahabat yang baik itu, adanya kerinduan kita sebagai insan yang ingin pulang ke kampung halaman. Jannah. Dan pada sahabat yang baik itu, adanya bibit-bibit iman yang membuatkan kita ini teguh dan tidak berputus asa dalam mengharungi kehidupan.


Tetapi…


Sahabat yang baik, tidak semestinya yang seusia dengan kita. Tidak semestinya berjiran dengan kita. Tidak semestinya satu tempat kerja, belajar, dan organisasi dengan kita. Tidak semestinya yang ada di alam maya. Tidak semestinya yang lepak di gerai mamak bersama-sama. Tidak semestinya yang bersolat berjemaah sama-sama. Semua itu tidak semestinya. Kerana, sahabat yang baik adalah sahabat yang rapat dan dekat dengan kita.


Mereka yang rapat dan dekat itu adalah ibu dan ayah kita!


“Ya Allah, Tuhan yang telah mengurniakan kami ibu dan ayah. Yang telah mengurniakan kami kasih dan sayang-Mu kepada ibu dan ayah. Sesungguhnya, kami ini tidak pandai berdoa sepertimana ibu dan ayah. Kami ini, tidak setabah ibu dan ayah tatkala ujian menghujani diri. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan dan keredhaan-Mu kepada ibu dan ayah. Satukanlah kami di akhirat nanti sebagaimana engkau satukan kami pada hari ini. Sesungguhnya, engkau adalah sebaik-baik raja. Maha Raja.”







[ sumber ]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger