Monday 28 January 2013

Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar)










Waktu dibaca :

Selepas subuh dan selepas asar.


Kelebihan sesiapa yang mengamalkannya :

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (Riwayat Imam al-Bukhari ).

Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

Hadith Sayyidul Istighfar ini meliputi makna taubat dan terdapat pula hak-hak keimanan. Di dalam hadits ini juga terkandung kemurnian ibadah dan kesempurnaan ketundukan serta perasaan sangat-sangat memerlukan bantuan Allah. Sehingga bacaan zikir ini melebihi bacaan istighfar lainnya kerana keutamaan yang dimilikinya.

Kita lihatlah kehidupan Nabi SAW yang setiap waktunya selalu diisi dengan istighfar bahkan sampai akhir hayat hidupnya pun Baginda tidak lepas dari amalan tersebut. Sebagaimana Baginda SAW selalu mengakhiri amalan-amalan seperti solat, haji, solat malam dengan istighfar, beliau juga mengakhiri hidupnya dengan istighfar sebagaimana yang diberitakan oleh isteri baginda yang terdapat dalam Sohih Bukhari bahawa Aisyah RA berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW (ketika menjelang kematiannya) sedang bersandar padanya. Lalu beliau mengucapkan,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى وَارْحَمْنِى وَأَلْحِقْنِى بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى “

Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku dan kumpulkanlah aku bersama orang-orang soleh.” (HR. Bukhari no. 5674)

Jadi sahabatku, jika Nabi SAW yang sudah dijamin dosanya yang telah lalu dan akan datang akan diampuni, bagaimana lagi dengan kita yang tidak dijamin ini?

Sesungguhnya kita sebenarnya yang lebih perlukan untuk bertaubat dan beristighfar setiap saat kerana dosa kita yang begitu banyak dan tidak pernah bosan-bosan kita lakukan. Nauzubillah.

Waallahua’lam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger