Sunday 6 January 2013

Tenangnya,setiap saat ALLAH berada di hati..


Assalamu'alaikum w.b.t...
Alhamdulillah...

Ana jenis sukakan kesempurnaan,tapi,apa-apa yang dibuat nak lengkap,sempurna,tapi usaha ke arah kesempurnaan yang dicitakan tu yang bermasalah.Hanya kehendak,tapi usaha tiada.

Salah satu yang Ana sangat cita-citakan adalah,setiap yang dilakukan,tidak lupa ada Allah bersama.Dari tidur malam,hingga keesokannya,hingga malam balik,Allah sentiasa dihati.Even mandi,niat kerana Allah,dari adat sudah bertukar jadi ibadah.Senangnya dapat pahala.


Nak sempurna maksud ana,contohnya sebelum tidur malam ni,baca surah Al-Mulk dan 10 ayat awal dan 10 ayat akhir dari surah al-Kahfi,sebelum lelapkan mata pula,baca surah al-Fatihah,3 qul,selawat 33 kali (Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar) dan mengucap syahadatain (2 kalimah syahadah) takut kita xsempat mengucap,takut kita mati semasa tidur.Kemudian,tak lupa doa tidur.Dan sapukan dari kepala hingga ke kaki.Kemudian tidur mengiring ke kanan.MasyaAllah,ini sunnah Rasulullah.Ini baru tidur.

Kemudian,dalam jam 3 pagi,bangun untuk solat sunat Taubat,Hajat dan Tahajjud.Baca al-Qur'an,kemudian study.Masa ni,senang masuk apa yang kita baca.Bila mahu istiqamah dalam hal-hal sebegini,masyaAllah..!Rasa tenangnya hidup..hal-hal dunia di turunkan ke no-2.

Jika terasa hidup ni kerana Allah semata,segala kerja akan lebih bersemangat,sebab kita mesti nak buat terbaik untuk Allah.Study kerana Allah,bukan kerana exam.Segala perbuatan kerana Allah.Malunya bagi result yang rendah pada Allah,malunya bila tertidur dalam kelas,Allah tengok setiap apa yang kita lakukan,rasa malu bila usaha seciput ni nak tunjuk pada Allah.Ya Allah malunya,malunya pada Allah..

Bila masuknya waktu Subuh,solat sunat sebelum Subuh.Solat-solat sunat Rawatib (solat2 sunat sebelum dan selepas solat fardhu) mampukah kita buat semuanya?Istiqamah dalam melakukannya?Buat sikit-sikit,asal berterusan itu lebih baik.Pesanan itu selalu kedengaran.InsyaAllah.

Selepas solat Subuh,baca al-Ma'thurat,al-Ma'thurat (zikir-zikir dari hadis dan AQ) yang dikumpul oleh as-Syahid Imam Hasan al-Bana.Dibaca setiap selepas Subuh dan petang selepas Asar/Maghrib..

Teringat masa di sekolah menengah,xtahu langsung apekah al-Ma'thurat??Rupanya bacaan zikir-zikir ni,Ada banyak di jual kedai-kedai buku Islamik insyaAllah.Cuma adakah kita amalkan atau tidak?

MasyaAllah baru suku hari,dah banyak pahala boleh kita dapat.Telitinya agama Islam,indahnya Islam,lengkapnya Islam,Islam itu syumul.(merangkumi kesemuanya) ada panduan dalam menjalani kehidupan seharian kita,tapi susah sekali kita nak amalkan.

"Al-Islamu ya'lu wa laa yu'la 'alaihi"
Ertinya : " Islam itu tinggi dan tiada yang dapat menandingi ketinggiannya.

Dan as student,pasti banyak cabarannya juga,takut nak present,takut nak bercakap depan orang ramai,tak yakin dengan diri sendiri,nak study xde mood,tertarik lihat ajnabi,ramai yang kapel,dan so on.Banyak cabaran even ketika di alam pengajiaan,apatah lagi bila keluar dari situ nanti?Kekuatan tu hanya dari Allah boleh kita mintak.Nak jadi pelajar yang bijak dalam setiap yang dilakukan,jaga hati kawan-kawan,pun salah satu cabaran.Islam is the way of life.Islam adalah cara hidup.

Jika betul-betul seseorang itu memahami tentang Islam,dia akan berjaya dari setiap segi kehidupan dia.MasyaAllah..!!
Kerana itu,kita tidak akan pernah bosan dan stress bila banyak masalah dunia hempap pada kita.Kerana kita ada Allah..! Allah pujuk dalam al-Qur'an,"La Tahzan,Innallaha ma'ana".."Jangan kamu bersedih,sesungguhnya Allah ada bersama kita"..

Tenangnya jika Allah setiasa di hati..
Sama-sama kita aslih nafsak,wad'u ghairak...(perbaiki diri dan ajak orang lain)..
Tak perlu tunggu sempurna diri,baru ajak,tapi ajaklah dia besama-sama kita untuk jadi baik kerana Allah..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger