Tuesday 12 February 2013

Awwaluddin Makrifatullah.Bahagian ke-2



Seperti yang dijanji di bahagian entri yang pertama,saya akan menyambung entri yang kedua dengan tajuk " jangan datang di antara dua kekasih ..." Sebelum ini,pembacaan di entri pertama,kita berhenti dengan doa yang selalu meniti di bibir Rabiatul Adawiyyah.
Oleh itu,saya akan berbicara dengan lebih lanjut dengan kita menghayati kisah-kisah tokoh-tokoh yang lain,bagaimana mereka meletakkan kecintaan mereka yang tinggi kepada Allah SWT.

Pasti saudara dan saudari pernah mendengar kisah pengorbanan suci Nabi Allah Ibrahim a.s ,bukan...? Begitu berat cubaan yang menimpa diri baginda.Begitu berliku dugaan yang harus ditempuhi.Namun baginda tetap tabah dalam setiap dugaan yang menimpa dirinya.Mengapa..?
Mari kita jawab sama-sama,"kerana baginda sudah mengenali Allah SWT."Baginda yakin bahawa Allah SWT sekali-kali tidak akan menzalimi manusia.Kerana
 " Apa yang baik menimpa kamu adalah datang dari Allah dan apa yang buruk yang menimpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri..." (surah an-Nisa' : 79)

Nabi Ibrahim a.s adalah seorang hamnba yang begitu tinggi cintanya kepada Allah SWT.Hinggakan semasa baginda hampir dibakar oleh Raja Namrud,Jibrail datang menawarkan bantuan,lalu baginda berkata kepada Jibrail," siapakah yang berkuasa menyalakan api ini...?"
"Dialah satu-satunya yang mengetahui segalanya tentangku,aku tidak akan meminta pertolongan apa-apa darimu,jangan datang di antara dua kekasih! "Lalu Allah menyejukkan api itu untuk Nabi Ibrahim sebagai imbalan cinta dan keyaakinan baginda yang langsung tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT.

Teman-teman,
Dugaan terhadap Nabi Ibrahim a.s tidak terhenti di situ.Nabi Ibrahim a.s tidak mempunyai anak walaupun sudah lama menginginkannya.Bukan AlLah SWT tidak mendengar doa baginda,tetapi Allah ingin menguji cinta hambanya itu.Setelah sekian lama,baginda dikurniakan Nabi Ismail a.s menjadi putera baginda.Nabi Ibrahim a.s berasa teramat gembira dan bersyukur.

Rujuk surah As-Shaffat : 101
" Maka kami berikan dia berita gembira dengan anak yang amat sabar ( Ismail) "

Belum sempat baginda melihat anaknya itu membesar di depan mata,Allah SWT mewahyukan Nabi Ibrahim a.s untuk meninggalkan isterinya,yakni Siti Hajar serta anaknya,Nabi Ismail a.s di sebuah gurun yang tandus yang tidak berpenghuni.Demi cinta yang tinggi kepada Allah,Nabi Ibrahim a.s menurut perintah Allah tanpa ada sedikit pun bantahan atau sebarang keraguan.Sebaik meninggalkan keluarganya di sana,Baginda berdoa kepada Allah SWT....

Rujuk Surah Ibrahim : 37

" Ya Tuhan kami,sesungguhnya aku telah menmpatkan sebahagian dari keturunanku di lembah yang tiada tanam-tanaman,dekat dengan rumah Engkau hormati.Ya tuhan kami, ( demikian itu) agar mereka mendirikan solat,maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah rezeki kepada mereka dari buah-buahan,mudah-mudahan mereka bersyukur..."

Wahai teman-teman,lihatlah bagaimana hebat kesetiaan Nabi Allah,Ibrahim a.s meskipun dihujani ujian yang sedemikian hebat,baginda sedikit tidak pun merungut dan berputus asa dari rahmat Allah SWT.Lalu beberapa tahun selepas itu,sesudah Nabi Ismail a.s dewasa.Nabi Ibrahim a.s dipertemukan semula dengan keluarganya.Itulah detik paling membahagiakan dalam hidup baginda,Nabi Ibrahim a.s amat mencintai Nabi Ismail a.s dengan sepenuh jiwanya.Mereka diperintahkan agar membina Kaabah yang kita tawaf hari ini sebagai lambang cinta suci.

Belum pun sempat puas Nabi Ibrahim a.s bermesra dengan puteranya itu,satu lagi ujian datang menimpa,kali ini lebih berat.Maka ketika anak itu sampai pada umur sanggup berusaha bersamanya,( Ibrahim) berkata,
" Maka ketika anak itu sampai pada umur sanggup berusaha bersamanya,(Ibrahim) berkata," Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu.Maka fikirkanlah bagaimana penadapatmu," Ismail menjawab,(Ismail) " Wahai ayahku! lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu,Insya-ALLAH engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." ( surah As-Saffat : 102)

Berat hati Nabi Ibrahim a.s untuk melaksanakan satu perintah yang saya yakin tiada mana-mana bapa di dunia ini yang sanggup melakukannya.Namun,kerana cintanya pada Allah SWT,melebihi segalanya,Nabi Ibrahim a.s lakukan jua.Tatkala baginda membaringkan Nabi Ismail a.s,Allah memanggil baginda dengan panggilan  penuh kasih sayang dari yang Maha Pencipta..

"Serta Kami menyerunya,"Wahai Ibrahim,sesungguhnya engkau telah menbenarkan mimpi itu,demikianlah balasan bagi orang-orang yang yang berbuat baik.Sesungguhnya ini hanyalah satu ujian yang nyata..."
( Surah As-Saffat 104-106)

Subhanallah,demikianlah hebatnya cinta hamba kepada Tuhannya.Sebenarnya,simbolik kepada kisah ini adalah Allah SWT mengkehendaki Nabi Ibrahim a.s menyembelih cintanya yang berlebihan selain kepada Allah SWT.Lantaran terlalu kasih kepada Nabi Ismail a.s cinta baginda menjadi terlalu mekar kepada putera baginda itu.Jadi kerana itulah.Allah SWT mengarahkan Nabi Ibrahim a.s agar 'menyembelih' cinta itu kerana tiada cinta yang mampu menandingi cinta kepada Allah SWT.Lihatlah bagaimana Allah mendidik kita melalui ayat di atas,cintanya seorang ayah yang berlebihan terhadap anak kandung yang mampu menggugat cintanya kepada Allah SWT,diperintahkan agar cinta itu dikorbankan.Bagaimana pula dengan manusia yang cintanya tertumpu pada perhiasan dunia semata-mata hingga mengabaikan perintah Allah SWT..?Bagaimana pula dengan cinta sesama manusia sehingga meminggirkan batas larangan Allah SWT..? Mari kita renung dan pejam mata sebentar serta menghayati di mana kedudukan cinta kita di sisi Allah SWT.

Saudara saudari teman seperjalanan,anda masih bersama saya lagi,bukan..? Kalau terdapat cinta yang berlebihan terhadap sesuatu yang selain dari Allah SWT,Awas! Marilah kita meninggalkan sahaja cinta itu,agar Allah SWT gantikan kepada kita cinta yang lebih suci seperti mana Allah menggantikan kibas yang besar untuk Nabi Ibrahim.Tiada cinta yang tulus selain cinta dari Allah.Walaupun,kita mencintai seseorang,janganlah cinta ini kita utamakan.Cinta Allah,kita letakkan sebagai cinta keutamaan Utama.Kita sering leka,kita mengenali ornag kita sayang lebih dari kita mengenali ALLAH dan Rasul kita sendiri.Mulai dari saat ini,ubah persepsi,mari kita kenali pencipta kita dahulu..Mari kita kenali Rasul kita dahulu.Pasak di dalam diri,cinta Allah tidak pernah akan mengecewakan dan pesan buat diri juga,Cintailah sesorang yang membawa kita untuk lebih dekat mencintai Allah..

Setelah pelbagai ujian telah berjaya dilepasi Nabi Ibrahim a.s dengan cemerlang,tibalah masa untuk Allah memberikan sesuatu kepada baginda.

" Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengaan beberapa kalimat( perintah dan larangan),lalu Ibrahim menunaikannya,Allah berfirman,"Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam kepada seluruh manusia...."
(surah al-Baqarah :124)

Tidak cukup dengan itu,ALLAH SWT memuliakan lagi Nabi Ibrahim dengan mengisytiharkan...

"Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya.." ( surah an-Nisa :125)

Semoga kisah ini menjadi teladan kepada kita dan menambahkan lagi semangat kita untuk meneruskan perjalanan ini.Apakah hikmah di sebalik kisah ini..? Adakah tempat sebagai kekasih Allah SWT sudah pun penuh kerana telah ditempah Nabi Ibrahim dan  Rasullullah SAW..? Tidak saudara dan saudari,sesungguhnya kasih ALLAH SWT tidak berbelah bahagi kepada hamba-hambaNya yang mendambakan kasihNya kecualilah kepada orang-orang yang zalim.Firman Allah SWT,didalam surah Al-Baqarah ayat 124 yang pada akhir ayat Allah SWT sebutkan,

                "... dan janjiKu ini tidak mengenai orang-orang yang zalim.."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger