Monday 11 February 2013

Coretan hati ( 1.0) : Bersediakah aku ke alam itu..?



Sepanjang apa yang aku ingat, "memori berkenaan pernikahan" pertama aku adalah pada ketika aku berumur sekitar lima tahun.Main "masak-masak" dengan rakan lelaki di rumah lama.Pada waktu itu,aku menjadi isteri,dan seorang pelajar lelaki menjadi menjadi suami.Itu adalah apa yang aku ingat sewaktu zaman kanak-kanak berkenaan nikah,dan rumah tangga.Cuma mungkin ketika itu,aku tidak pernah mengetahui istilah-istilah yang dinyatakan.
Namun,bukan itu yang menjadi pencetus kepada kesedaran aku dalam isu ini.Faktor yang 'menolak' aku memulakan satu kembara yang panjang,menyelam dalam isu cinta dan pembinaan rumahtangga ini adalah apabila pada suatu hari aku membaca novel islami mengenai baitul muslim.Dari situ kembara diriku bermula.

Faham sebelum bercinta.

Berlainan dengan ramai remaja pada hari ini yang bercinta dahulu sebelum memahami.Pada aku Allah aturkan bagi mendapat kefahaman dahulu sebelum mencintai.Aku kira semua orang sepatutnya begitu.

Menjemput kefahaman terlebih dahulu,berbanding menerjah ke alam itu secara melulu.
Sepanjang umur saya 16 dan 17 tahun,aku sering mengkaji persoalan berkenaan :

Apa itu cinta..?
Bagaimana patut bercinta..?
Mengapa perlu mencari pasangan yang ciri-cirinya yang telah islam tetapkan..?
Mengapa penting membentuk diri sebelum pernikahan..?
Anak-anak nanti perlu diacukan bagaimana ..? dan apa kaitannya dengan diri kita..?
Apakah hubungan antara rumah tangga yang kita bina dengan islam dan umat...?

Itu antara persoalan-persoalan yang aku cuba selesaikan ketika umurku masih dalam belasan tahun.Golongan veteran menjadi sasaran.Diriku menanyakan pelbagai persoalan dan cuba mengambil sebanyak mungkin pengalaman dari mereka.Tidak cukup dengan itu,aku mula memberanikan diri bertanya dan bersembang dengan abah dan mama aku sendiri.Kadangkala,aku sengaja menembak soalan seperti,"Abah,macam mana boleh berkahwin dengan mama...?"

Semua itu adalah untuk aku memahami jawapan untuk 'bagaimana' dan 'mengapa' dalam isu percintaan dan rumahtangga.Memahami cinta yang sebenar.Realistik.Bukan dalam bentuk yang digambar-gemburkan seperti didalam novel,atau kata-kata 'sempurna' yang biasa didengari.Hal ini kerana aku pada usia itu mula menyedari yang hidup ku di atas dunia,bukan dalam syurga.

Akhirnya,dalam kembara mencari kesedaran,aku mula melihat betapa besarnya perkara ini.Pada ketika usia ku mencecah sekitar umur 19 tahun,aku memahami perkara ini,yakni cinta,pernikahan dan rumah tangga,tidak boleh dilaksanakan sambil lewa.Tidak boleh dilalui sambil lewa.
Hal ini kerana pada ketika itu,aku mula melihat hubungan dua manusia,lelaki dan perempuan yang mahu bersatu menjadi keluarga adalah asas kepada pembinaan ummah itu sendiri.
Aku pada usia itu memandang,sekiranya aku merosakkan perjalanan cinta,mengisinya dengan perkara Allah murka,membinanya sambil lewa tanpa ada kesungguhan,aku sebenarnya sudah menyumbang kepada kerapuhan ummah!!!

Ya.Aku pada usia itu melihat sedemikian rupa.
Dengan kesedaran sedemikian,aku mula merancang masa hadapan aku.
Perjalanan cintaku.
Rumah tanggaku.

Salahkah aku dalam merancang masa hadapanku sendiri...?

Sedar bermaksud,sebelum ini kita lena,lalai ataupun alpa.Maka kita 'tersedar'.Terjaga.Mula sensitif dan peka.Sebab itu,kesedaran adalah penting.Namun,apakah kita hari ini sedar.Ramai yang sekadar seronok dan teruja dalam menerjah cinta,pernikahan dan rumahtangga.Sibuknya hanya dalam isu hubungan lelaki dan perempuan.Bagaimana cinta sebelum kahwin halal atau tidak...?istikarah bagaimana..?Bagaimana perhubungan antara tunag dengan tunang dan sebagainya.Walau bagaimanapun,tiada yang menyedari perkara ini hakikatnya lebih besar daripada semua itu.

PEMBINAAN UMMAH!!!

Mereka yang tidak menyedari,dia menyibukkan diri dengan perkara-perkara kecil.Bagi yang menyedari,dia akan menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang besar.
Cinta bukan kerana wajah.Cinta bukan kerana harta.Cinta bukan kerana dunia.Cinta ini mesti ku bawa hingga ke syurgaNya.Cinta ini haruslah memberikan manfaat kepada AgamaNya.

Pada diriku,cinta yang buta adalah yang hanya dipandu perasaan.Manakala cinta yang celik adalah yang dipandu keimanan.Apabila dipandu dengan keimanan,maka matlamat cinta bukan semata-mata perkahwinan.Bahkan,matlamatnya adalah rumahtangga yang dihiasi keredhaan Tuhan.Hal ini kerana cinta yang sebenarnya adalah membawa ke syurga.Ini kerana,sekiranya benar cinta,maka pastikan kita memberikan kepada diri kita masa,dan mempersiapkan diri kita dengan perancangan.Jangan sesekali kita terburu-buru dan tergesa-gesa.Semuanya perlu dipertimbangkan.Ini supaya kita tidak tertipu dengan perasaan kita.Cinta ini bukan sekadar rasa-rasa ataupun cuba-cuba.Mustahil sekiranya mahu ke syurga,cukup dengan sekadar rasa-rasa!Masa itu penting.Jangan berang apabila ada yang memberikan teguran kita ini masih muda.Walaupun nasihat itu bukan setiap masa relevan,kita sendiri perlu bijak menilai diri."Apakah aku telah memberikan diri ini satu jangka masa bagi berusaha mencapai kematangan...?"

Perancangan itu perlu ada.Sekiranya benar cinta itu mahu ke syurga,semestinya bukan semborono sahaja.

Ikuti entri yang seterusnya membincangkan mengenai hal ini dengan lebih mendalam iaitu " SEJAUH MANA PERSIAPAN DIRI DALAM MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA"




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger