Wednesday 6 February 2013

Dengarlah Wahai Temanku Sayang..




Temanku,
ALLAH menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu yang berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil SifatNya,
Kelalaian dibalas dengan kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang untuk membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
'Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian'
(surah al-tin :4)

Sedarlah temanku,
kita musafir di dunia,
Kita akan pulang KepadaNya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
"Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang yang berilmu beberapa darjat"
(surah al mujadilah :11)

Temanku,
Renunglah sebiji cawan,
Jika tidak dituangkan air,
Molekul udara akan memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi dengan iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlukan pengisian,
Dengan agama dan ilmu,
Agar hidup dekat dengan Nya
Barulah hatimu tenang dan bahagia..

Katahuilah temanku,
kemuliaan manusia bukan pada luaran,
tetapi pada hati yang takutkan tuhan,
Oleh itu tekadlah keyakinan,
Kau ummat pilihan,

You are the best ummah (Ali Imran: 110)
'Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi ALLAH adalah orang yang paling bertaqwa'
(Al-Hujurat :13)

Jelaskan visi perjalanan,
'Ya Tuhan Kami,berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.'( Al-Baqarah : 201)

Jadikan ilmu sebagai bekalan,
'Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan'( Surah Al-Alaq 1-2)

Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
'Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat pada langit,bumi dan gunung-ganang,maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinyadan dipikullah amanat itu oleh manusia.Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak mahu melaksanakannya)' (Al-Azhab: 72)

Ketinggian seseorang kerana iman,
'Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman' (Ali-Imran)

Lantaran carilah reda Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha tanpa istiqomah dan bermalas-malas atau berusaha penuh yakin,
asas kejayaan,
'Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri' ( Ar-Ra'd :11)
Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan oleh ALLAH dan rasulNya kepada mereka dan berkata :cukuplah Allah bagi kami,Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia Nya dan demikian pula rasulNya,sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada ALLAH (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)'
(At-Tawbah : 59)

Temanku,
kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu disisiNya,
Jika kau reda,sabar dan terus berusaha,
Tapi,kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dariNya,
Malah kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mampu mara berlari kencang,
mencipta taufan,
Berjuanglah temanku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimuliakan,
jika tidak di dunia,
nun di syurga.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger