Sunday 10 February 2013

Duhai Pencari..




Duhai pencari....
Tanyakan pada hati,
Apa yang sebenarnya kau cari,
Tanyakan juga padanya,
Di mana carianmu itu tersembunyi,

Walau belum ditemu,masih lagi mencari,
Walau jauh berbatu,lagi mendaki,

Buat dirimu duhai pencari,
Yakinlah pada apa yang kau cari.
Sandarkan citamu pada daya,
labuhkan layarmu pada cinta,
Apa yang kau cari itu,pasti akan kau jumpa,
Yang  tak kelihatan itu,tak semestinya sedang bersembunyi,
Yang tak kelihatan itu,tak semestinya tidak menanti,
Kerana mencari yang tidak nampak itulah sebenarnya pencarian,
mencari yang nampak itu sebenarnya hanyalah ujian,

Selangkah dirimu mencari,seribu langkah sedang kau hampiri,
janganlah berhenti pada helah dan dunia,
kerana yang kau cari itu abadi,
yang kau lihat itu adalah fana,

jangan kau gentar pada sunyi,
kerana sunyi itu mengajarmu rindu pada yang dicari,
jangan kau peduli pada caci,
kerana caci itu menguatkan cintamu pada yang dicari.

wahai pencari,teruskan mencari kerana yang dicari itu sedang menantimu,
dalam keadaan reda dan meredai....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger