Monday 11 February 2013

Halaqoh Cinta Kita


Bersama-sama adik-adik seusrah


Tanganku laju menulis setiap bait-bait ayat cinta di atas sekeping kertas buat adik-adik usrah yang amat ku sayangi.Bait-bait ayatku ini adalah untuk menaikkan motivasi adik-adik kesayangan dan juga tidak ketinggalan pesanan buat diri.Tangan ku menarikan pena,mencipta madah buat bidadari,mencurahkan idea yang ada di dalam kotak minda.
" Perjuangan seorang Dai'e"adalah tajuk puisi..Catatan ini adalah hadiah buat adik-adik yang tersayang sebelum mereka pulang untuk bercuti.Sekurang-kurangnya,usaha kecil ini,allah pandang dan masuk ke dalam saham akhirat ku kelak..Peringatan ikhlas buat srikandi islam untuk sentiasa kekal  dan cekal dalam urusan mereka berdakwah kepada orang ramai  dalam kehidupan seharian..Sedang aku menulis,kekhusyukkan ku melayang seketika..Teringat usrah yangku hadiri malam tadi...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedang aku menyiapkan tugasan,satu mesej masuk ke dalam peti masuk telefon bimbitku..

" Assalamualaikum,wahai mawar berduri,penyeri agama..Ana berharap dirimu sihat disamping mendapat lindungan dari illahi.Sudah lama kita tidak bertemu,dan bertanya khabar antara ahli-ahli usrah.Rasa rindu sudah menguasai hati.Bagaimana dengan ukhti? Sudah semestinya merasai hal yang sama.Oleh itu,niat ana mengirimkan mesej ini,kerana untuk memberitahu,InsyaALLAH,ana ingin mengadakan usrah dengan adik-adik kesayangan pada hari ini.Jika ukhti tidak keberatan untuk ikut sama,sudi-sudilah datang ke pusat taqwa untuk turut menyampaikan peringatan.Tiada tajuk khusus yang ana tetapkan.Ianya hanya sekadar perkongsian kalamullah.Kita akan baca dan dan menghayati maknanya bersama-sama.InsyaALLAH..."
-Ukhti Aisy-

"Aduh,ku melihat jam di dinding.Kalau mahu memberikan usrah malam ini,aku harus fikirkan tajuk dan mencari isi.Sedangkan masa yang ada,tidak mencukupi untuk aku melakukan sebarang persediaan.Ayat apa yang aku mahu sampaikan pada adik-adik usrah hari ini...?"aku bermonolog sendirian sedang akal fikiran ku ligat mencari penyelesaian..

seusai menunaikan solat menghrib,aku termenung sendirian..Masih dalam kebingungan..Aku mula mempersiapkan diri untuk ke usrah tanpa ada sebarang persediaan.Aku menyarungkan tudung dan meletakkan telengkung ke dalam beg serta bersama buku cacatan." Ya,allah,aku bertawakal kepadaMu,permudahkanlah segala urusan hambaMu ini ",doakan sebelum aku keluar dari rumah.Semoga urusan ku berjalan lancar hendaknya.

Selepas menunai solat isyak berjemaah,adik-adik berkumpul seperti biasa di perkarangan pusat taqwa.Semua nya bagaikan tidak sabar untuk mendengarkan isi-isi usrah yang bakal disampaikan.Buku cacatan beserta sebatang pen,dikeluarkan oleh mereka semua untuk mencatat ilmu-ilmu yang kakak naqibah mereka akan sampaikan.Syahdu rasa hati,melihat hati mawar-mawar agama yang tulus setia dengan menghadiri usrah walaupun pelbagai rintangan terpaksa dilalui terutama dari segi masa sebagai seorang pelajar.Hati mereka sudah bertaut untuk mendengar ilmu-ilmu allah..Aku tersenyum sendirian.Moga allah memberkati usaha dan pengorbanan dari mereka.
Sahabat handai membuka perjumpaan usrah dengan ummul kitab al fatihah dan meneruskan  usrah dengan  menyampaikan isi.Seterusnya,giliran aku untuk menyampaikan butir bicara.Aku bangun dan mata ku memandang semua adik-adik usrah dengan pandangan harapan..Tiada sebarang teks yang aku sediakan.Tiba-tiba mulutku menuturkan kata :

Disinilah...
Aku menyahut Kalam-Mu Ya Allah.....

adik-adikku sayang,rujuk surah An Nisa ayat 63,

Maksudnya
"Dan berilah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka
perkataan yang berbekas pada jiwa mereka"(surah An -Nisa)

Tajuk yang kak ingin sampaikan adalah mengenai "Halaqoh cinta kita..."


 Hati itu fitrahnya putih nan bersih,
kan hitam ternoda lantaran dosa,
kikislah aibnya agar kembali jernih,
pertahankan kesucian dalam halaqah cinta...

Moga halaqoh ini menusuk jiwa.
Memandu islah diri sentiasa.


Halaqoh beerti bulatan.Segelintir masyarakat memanggilnya dengan nama lain usrah yang bermaksud keluarga.Kalimah usrah lebih menusuk kerana menyebabkan pendengarnya merasai keakraban yang mendalam malah kadang-kadang terasa lebih akrab daripada hubungan keluarga.Ada juga yang memberikan nama halaqoh ini dengan nama smart group,study circle dan sebagainya.Walaupun namanya pelbagai,maksudnya tetap sama,iaitu ikatan hati-hati individu muslim yang beriman kepada allah dan berusaha tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran agama islam.
Halaqoh sebagaimana diunjukkan oleh rasulullah saw dirumah Al Arqam bin abi Al-Aqram berfungsi sebagai tulang belakang gerakan dakwah baginda dalam menyampaikan wahyu.Baginda berjaya membentuk halaqoh  yang telah mendidik hati para anggota menjadi manusia yang taat kepada Allah,berhubung langsung dengan Al-quran,berqudwahkan utusan allah dalam kehidupan seharian,berfikiran dan bertindak selari dengan petunjuk tuhan,bermulazamah dengan al-quran dan al sunnah rasul junjungan,ikhlas dalam amalan dan sebagainya.Inilah tujuan halaqoh yang cuba dihidupkan balik oleh mata-mata perjuangan baginda hingga ke akhir zaman...

Halaqoh ini adalah halaqoh cinta kita...
jika sepasang kekasih berdating di taman,
kita tak sabar-sabar berdating dalam halaqoh..

Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah..
kita berhibur dengan madah kalamullah..

jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas ransangan nafsu,
kita berkasih atas landasan ukhuwufillah,bebas dari dorongan nafsu semata...

jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan pencipta kita..

jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati...
kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,saling nasihat menasihati agar makin berkualiti..

Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini allah yang punya...

jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,keluarga dan maruah demi cinta,
kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung Nya,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger