Monday 11 February 2013

Aku lebih rela menjadi Fatimah.



Aku bersama keluarga pulang kerumah selepas kami menziarahi seorang bayi.Didalam kereta,aku melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap.Hatiku terdetik dan aku terus berfikir apa yang telah aku dengar melalui perbualan di kalangan orang-orang tua.Adakah ini realiti..? Ramai pasangan masa kini,suami sanggup memadukan isteri..Hatiku bimbang memikirkan nasib ku nanti apabila menjejakkan kaki ke alam baru,alam yang penuh cubaan yang datang bertalu-talu..Adakah aku juga akan mengalami nasib yang sama seperti mereka..? Apakah kasihku yang setia akan dibahagi-bahagikan oleh suami..?persoalan demi persoalan menerjah diriku..
 Selepas menunai kan solat Maghrib,aku meneruskan pembacaan buku yang baru ku pinjam dari perpustakaan.Tajuknya " Buatmu Hawa".Aku bertekad untuk melengkapi diri dengan ilmu sebelum aku bergelar seorang isteri,pendamping seorang suami..Hatiku tenang.Persoalan terjawab.Islam memberikan hak juga kepada seorang isteri yang tidak rela untuk dimadukan.Baru ku fahami,untuk mengelakkan hal ini terus berlaku,islam memberikan kebenaran pada seorang isteri untuk meletakkan syarat taklik supaya tidak dimadukan.Aku tersenyum riang.Islam ini adil.Islam tidak kejam..Islam meraikan  keadaan kedua-dua belah pihak.
Bukan bermaksud,aku mengharamkan poligami.Bukan bermakna aku tidak mempercayai kesetiaan seorang suami..Bukan  juga bermakna aku tidak menghormati wanita yang dimadukan.Mereka antara wanita yaang cekal.Syarat taklik ini sebagai jaminan buat diriku supaya kasih ku tidak dibahagikan.Aku mengaku,diriku perempuan yang mempunyai sifat cemburu.Kasihku tulus buat yang suamiku yang satu.Aku lebih rela menjadi Fatimah bukannya Aisyah.Aku memahami perasaan wanita yang dimadukan.Puisi khas buat mereka.Semoga dirimu redha akan ketentuan Tuhan......

Bibirmu terkunci,
senyuman terpaksa,
demi maruah seorang suami,
kau diamkan segalanya..

Tangismu hiba malam gelita,
Batinmu mengadu pada Yang Esa,
Kau tidak mahu mengaibkan sesiapa,
Agar orang yang melihat tiada apa-apa.

Meskipun rahsiamu kemas tersimpan,
Allah tidak rela engkau menangis sendirian,
Kisah keluarga nabi,Allah dedahkan,
sebagai tauladan sepanjang zaman.

Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit menguruskan kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.

Terima kasih buat mu Nabi
Atas kebaikan cara,kemulian tujuan,
Atas kelembutan dan keadilan,
Wujudkah lelaki kini sebaik nabi?

Aku belajar dari kepahitan mereka,
Bukan memilih kepahitan untuk belajar,
Terima kasih tuhanku tidak memaksa,
menjaga agamaku daripada tercalar.

Pernikahan bukan medan percaturan,
poligami bukan cuba-cubaan,
tanpa keperluan ia bukan pilihan,
hanya ruksah ketika tiada jalan.

Syarat taklik akan ku pateri,
kerana tiada lelaki sebaik nabi,
dan aku tidak akan sebaik Aisyah,
Aku lebih rela menjadi Fatimah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger