Solat bukan hanya terletak di fikiran sahaja. Tetapi solat
juga terletak pada perasaan.
Jom sama – sama mencari KHUSYUK di dalam solat.
Pengertian khusyuk :
1. Khusyuk ialah
menghadirkan sepenuh ingatan di dalam solat.
2. Khusyuk ialah
tetapkan hati di dalam solat.
3. Khusyuk ialah
tetapkan seluruh pancaindera di dalam solat.
4. Khusyuk ialah
memperlahankan bacaan (membaca dengan tenang) di dalam solat.
5. Khusyuk ialah
jiwa dan roh kepada solat.
6. Kyusyuk ialah
tenang, tenteram, perlahan, penuh penghayatan, serta ketundukan yang disertai
perasaan takut kepada Allah SWT dan merasai selalu diawasi-Nya semasa solat.
7. Khusyuk ialah
akur, tunduk atau patuh semasa solat.
8. Khusyuk ialah
menghadirkan hati kepada Allah SWT di dalam solat.
9. Khusyuk ialah
tunduknya hati, fikiran, emosi dan seluruh pancaindera semasa solat (ingat pada
Allah SWT).
Tips untuk mendapat khusyuk :
1 Menjaga makan
dan minum. Ini kerana khusyuk itu berkaitan dengan hati. Oleh itu, hati meski
dipelihara kesuciannya. Dan hati juga akan dibawa ketika solat. Jadi, makan dan
minumlah daripada sumber yang halal lagi baik. Jangan solat dalam keadaan lapar
dan haus. Makan dan minumlah dalam kuantiti yang sederhana dan bukan berlebih –
lebihan.
2.Mengambil wudhuk
dengan tenang dan sempurna. Iaitu mengerjakan wudhuk sesuai dengan ketentuan –
ketentuan yang telah digariskan oleh syariat serta hayati.
3. Membersihkan
diri (bersugi). Bersugi dan bersiwak, dalam konteks sekarang bererti menggosok
gigi sebelum mengerjakan solat.
4. Selesaikan
dahulu hadas kecil dan hadas besar sebelum solat.
5. Memakai pakaian
yang menutup aurat, bersih dan kemas, selesa dan wangi. Jika seseorang ingin
mendirikan solat dengan pakaian yang kotor serta tidak selesa, maka ia akan
menjejaskan, serta menyulitkan solatnya.
6. Solat dalam
suasana yang selesa dan bersih. Pastikan tempat solat suci daripada benda –
benda atau perkara – perkara yang dapat menganggu ketika mendirikannya. Cuba
dan usaha menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan
mengkhayalkan pemikiran semasa solat. Jauhi juga menghadap apa – apa gambar
atau tulisan yang menarik perhatian untuk dilihat dan dibaca. Jauhi juga
daripada solat di tempat yang bising dan hingar – bingar.
7. Ilmu. Adalah
lebih baik jika amal itu disertai dengan ilmu.
8. Mengurangkan
pergerakan anggota – anggota seperti tangan, kaki dan tumpukan mata ke tempat
sujud.
9. Panaskan badan
sebelum solat dengan membaca surah – surah atau isti’azah dalam hati ketika
terasa minda tidak fokus kepada solat.
10. Meletakkan sutrah
penghadang di hadapan tempat solat agar tiada orang yang lalu – lalang di
hadapan ketika sedang mendirikan solat.
11. Mendirikan solat
pada awal waktu supaya tidak gopoh ketika masa hampir luput.
12. Mendirikan solat
secara berjemaah (bagi lelaki). Wanita digalakkan solat berjemaah.
13. Azan dan iqamat
terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun sekurang –
kurangnya iqamat sahaja.
14. Menjaga mata
daripada melihat perkara yang terlarang oleh Islam.
15. Fokus mata ke
tempat sujud, dada ke arah kiblat, hati pada Allah SWT.
Langkah menuju khusyuk :
1. Mencari pengertian (faham). Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan (rukun fi’li) di dalam solat. Apabila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah al-Fatihah misalnya, makna setiap kalimatnya perlu diketahui satu persatu.
2. Pemusatan
fikiran (fokus). Menghindarkan gangguan hal – hal lain sehingga fikiran,
perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus sepenuhnya kepada makna bacaan
dan perbuatan dalam solat. Mungkin telah memahami makna bacaan, tetapi oleh sebab
tidak fokus, seseorang yang membacanya hanya umpama orang mengigau di dalam
tidur.
3. Membesarkan
Tuhan (rasa haibah). Apabila orang yang kenal Allah SWT mengucapkan kalimah,
“Allahuakhbar” misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar)
malah hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah SWT yang telah mencipta
alam semesta, akhirat dan segala makhluk. Pada ketika itulah terpancarnya rasa
– rasa yang seni dan indah dalam fikiran dan jiwa yang tidak mungkin terjadi di
luar solat.
4. Kagum dan takut
akan keagungan Tuhan (rasa khauf). Rasa takut dan kagum kepada Allah SWT ini
tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara – perkara yang lain. Kita
takut kepada ikan piranha kerana keganasannya, tetapi kita takut kepada Allah SWT
kerana kehebatan-Nya.
5. Mengharap kepada
Tuhan (rasa raja’). Ia adalah pengharapan seorang hamba untuk mendapat
keampunan, kasih sayang dan syurga Allah SWT. Jika rasa takut sahaja dibiarkan
mendominasi jiwa dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap
Allah SWT. Padahal dalam realitinya, Allah SWT lebih suka mengampunkan dosa
berbanding mengyeksa hamba-Nya yang berdosa.
6. Rasa malu dan
hina diri (rasa haya’). Untuk merasa hina dan malu, carilah maksud yang
tersirat di sebalik perbuatan rukuk dan sujud. Dengan rukuk kita menyamaratakan
posisi mulut, perut dan dubur persis haiwan berkaki empat! Sewaktu sujud, kita
meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada di atas (sentiasa
dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud). Manakala dubur yang
sentiasa disorokkan di bawah, ketika sujud telah dijongketkan ke atas sebagai
cara meleburkan kesombongan dan kebesaran diri!
Impak solat yang khusyuk :
Solat yang khusyuk akan;
1. Mengingatkan
jati diri sebagai hamba Allah SWT (rasa kehambaan).
2. Membina rasa
bertuhan (bergantung dan berharap) kepada Allah SWT.
3. Bertaubat atas
dosa – dosa.
4. Menyuburkan hati
dengan iman dan tauhid.
dari:
http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/memburu-khusyuk-di-dalam-solat/#ixzz2Jqp6CSnE
No comments:
Post a Comment