Monday 6 May 2013

Pesta Buku datang lagi!!

Alhamdullillah,segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam,bertarikh 4 Mei,aku ditemani adik kesayangan,berserta rakan-rakan sempat untuk menjejak kaki ke Putra World Trade Center untuk turut sama-sama menghadiri serta menjayakan Hari Pesta Buku.Kalau sekiranya,tahun lepas,diriku ditemani oleh rakan-rakan semasa aku bersekolah menengah,tetapi kali ini,aku bertandang ke Putra World Trade Center dengan ditemani rakan-rakan yang aku kenali semasa kecil lagi.Kami sama-sama membesar.Alhamdullillah,kami masih bersama hingga kini walaupun,kami bukan lagi tinggal di kawasan perumahan yang sama serta masing-masing telah memilih haluan sendiri.

Tepat pukul 6.00 pagi lagi,kami telah bersiap sedia untuk ke Putra World Trade Center.Seusai menunaikan solat Subuh,aku terus ke dapur.Apa tidak nya,semalam sempat juga untuk berbual dengan adik-adik usrah yang telah pergi ke Pesta Buku terlebih dahulu lalu mereka menitipkan beberapa pesanan.

rayyan: kak akan ke pergi ke pesta buku?
saya: haah,akak akan pergi keesokkan hari bersama rakan-rakan akak.Yan mahu ikut sama?
rayyan:owh ye ke.Eh takpe kak,yan dah pergi pada hari rabu yang lalu.
saya: banyak beli buku..mesti seronok.
rayyan: bolehlah.nak habiskan baucer buku sebenarnya.kak,ini yan nak pesan sedikit.Kalau akak mahu ke sana,sebelum akak bertolak,akak makesure akak bersarapan dahulu dan bawa sekali bekal,kalau boleh..sebab kan kak,kat sana makanan semua mahal dan banyak kedai yang tutup.
saya: owh ..lah ye ke..
rayyan : iye kak.Masa tu yan pergi dengan rakan-rakan,balik rumah dengan keadaan lapar.Kat sana burger dijual dengan harga RM 4 dan harga air pun mencecah harga Rm 3.Mahal kak.Baik akak bawa bekal sebab esok pasti ramai.
saya : owh..baik..Terima kasih ye yan.Nasihat yang berguna.Alhamdullillah,ada juga yang prihatin untuk memberitahu perkara ini.
Rayyan : takde apelah akak.Kena sampaikan sebab tak mahu perkara ini berulang lagi.Kasihan pada yang lain sekiranya mereka tidak tahu.

Sememangnya dari semalam lagi,aku bercadang untuk membawa bekal.Ini semua kerana sejak dari minggu lepas,perut aku memulas.Tidak tahu apa puncanya.Akhirnya,bila dapatkan rawatan doktor,rupa-rupnya,diriku aku keracunanan makanan.Oh ye,aku teringat,minggu sebelum nya,aku ada membeli makanan di pasar malam.Mungkin itu puncanya.Mulai dari itu,aku lebih berjaga-jaga dari sudut memilih makanan serta kedai makan yang ingin dimasuki.Tidak salahkan kalau aku cerewet dalam bab ini..? hehe
Sudah 2 kali,keracunan makanan ini.Pilihan yang terbaik,adalah masak sendiri dirumah dan bawa bekal.Itu lebih terjamin kebersihannya.Alhamdullillah,semua yang berlaku ada hikmahnya.Walaupun,aku sendiri tak berapa mahir dalam memasak ( masih dalam mencuba dan sedang belajar-belajar) aku bulatkan tekad untuk mahirkan kemahiran ini.Dikurniakan seorang mama yang penyabar,aku tidak kekok untuk menuntut ilmu dari mamaku.InsyaALLAH,aku sendiri menyimpan harapan bila kahwin nanti,aku akan pastikan suami serta anak-anak ku akan makan hasil masakan dari air tangan ku sendiri.Bak kata orang tua-tua,perut suami harus dijaga,baru disayangi sentiasa.kan..kan...hehe..^_^

Aku tidak membuang masa.Lalu aku memberikan perhatian penuh untuk memasak Bi hoon pada pagi tersebut untuk bersarapan dan dibuat bekal.Alhamdullillah,kerja aku dipermudahkan dengan hadirnya mama untuk membantu aku di dapur.Kerja-kerja memasak berlangsung dengan lancar dan cepat selesainya.Seterusnya,bila sudah menyiapkan bekal serta bersarapan,aku mula bersiap-siap.Aku memilih Jubah Cotton berwarna ungu..Warna yang menjadi kegemaranku.Ianya di sedondonkan dengan pemakaian tudung berwarna merah jambu.Alhamdullillah.Aku sendiri berasa selesa dengan pemakaian ku pada pagi tu.Bersederhana.Walaupun ada yang mengatakan jubah yang aku beli,agak besar,namun bagi diriku sendiri,biarlah besar.Aku lebih memilih apa yang telah ditetapkan oleh syariat.Pertama,ianya longgar,tidak mengikut bentuk tubuh.Kedua,ianya tidak jarang.

Ramai yang pergi ke pesta buku.Boleh dikatakan PWTC penuh dan sesak dengan manusia yang dahagakan ilmu.Ada yang bawa keluarga untuk bersama-sama mencari bahan ilmiah.Bagus.Ternyata.bila membaca sebenarnya,kita lebih berpegetahuan Rakyat Malaysia suka membaca.Satu perkembangan yang positif.Bila tiba di sana,kebetulan,dipentas utama,ada perbincangan mengenai buku " Risalah Hati Raja Sehari" dan buku ' Wanita Dambaan syurga".Terpandang wajah pengarang yang aku minati.Hati ku berbunga riang.

"Fatimah syarha lah.Jom kita duduk disini buat sementara waktu untuk dengar perbincangan ini ye." kata aku dengan riangnya.

" Siapa tu Fatimah Syarha..?tanya kawanku bernama Eiya.Eiya menunjukkan wajah tanda tanya.

" Owh,lah..Eiya tak kenal ke..?" balas ku
Eiya hanya menggeleng kan kepala.Aku tersenyum.

" Fatimah syarha ini seorang pengarang novel..Boleh kata dia terkenal lah juga.Bagi sesiapa yang meminati penuliasan novel yang ke arah islamik,mereka pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan karya dari kak ha dan suaminya Dr Farhan Hadi.Dia juga seorang ustazah,pakar motivasi serta seorang graduan master yang pakar dalam bidang Fiqh.Tambahan lagi,Kak ha mempunyai dua puteri yang comel.Nama anaknya yang pertama Al haura Maqsurah dan anaknya yang kedua bernama Al Qasiroh Thorfina.Buku-buku yang dikarangnya,lebih kepada fiqh cinta,fiqh kekeluargaan serta fiqh wanita."jawabku.

"Fiqh? apa tu..?tanya sahabat karib ku lagi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aku cuba mencari-cari jawapan terbaik untuk menjawab persoalan dari kawan.Dia seperti berkeinginan ingin tahu.Aku nampak ada sinar untuk aku melaksanakan dakwah kepada sahabat baikku.

"Owh Fiqh..Fiqh itu adalah salah satu bidang dalam agama ini..Pernah dengar tak,ada orang yang ambil jurusan syariah,usuluddin,pembacaan Alquran secara bersanad dan lain-lain lagi.Ha,fiqh tu samalah macam tu.Fiqh ini ada kaitan dalam menentukan hukum -hakam dalam agama ini.Tapi mereka tak lah menentukan hukum secara semborono tetapi mereka menentukan hukum masih juga berpandukan Al quran dan Sunnah serta tidak menolak qias,ijmak dan ijtihad.Fiqh itu sebenarnya adalah beerti kefahaman.Yakni kefahaman terhadap sesuatu perkara. Misalnya di dalam disiplin ilmu Islam ada disebut,Fiqh Mu’amalat (Kefahaman terhadap isu-isu sosial dan ekonomi), Fiqh Mar’ah (Kefahaman terhadap isu-isu wanita), Fiqh Zakat (Kefahaman terhadap ibadah zakat dan isu-isu sekitarnya) dan pelbagai lagi. Dengan kata lain, jika seseorang itu benar-benar memahami sesuatu disiplin ilmu itu, maka dia digelar sebagai fuqaha atau faqih dalam ilmunya. Nabi s.a.w pernah mendoakan kepada Ibnu Abbas dengan doa berikut: “Ya Allah kurniakan kefahaman kepada Ibnu Abbas di dalam urusan agamanya..” (Riwayat Bukhari dalam Fath al-Bari). Lalu beliau menjadi seorang antara sahabat Nabi s.a.w yang sangat faqih di dalam hukum-hakam Islam.Faqih juga digelar sebagai pakar. Seorang saintis yang pakar dalam ilmu kimia boleh digelar sebagai faqih terhadap ilmu Sainsnya. Begitu juga di dalam bidang-bidang lain. Setiap orang yang pakar di dalam urusan dan bidang ilmu masing-masing layak digelar faqih.Jika di dalam konteks ilmu Islam, fiqh lebih cenderung difahami oleh masyarakat sebagai menyelesaikan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan hukum-hakam agama dan yang berkaitan dengan urusan hidup dan sosial. Sehinggalah daripada itu timbul fatwa terhadap sesuatu perkara." jawabku.

Eiya hanya menganggukkan kepala dari tadi.Mudah-mudahan anggukkan dia dari tadi,menandakan dia faham apa yang cuba aku terangkan.Aku mengukirkan senyuman.

" murni seperti minat dengan bidang fiqh ini..? tanya eiya kepadaku
Diriku yang dari tadi sedang khusyuk mendengar perbincangan di pentas utama terpana dengan soalan yang ditanyakan..Aku mengukirkan senyuman buat dirinya.

"Alhamdullillah.Dari hari ke hari,murni semakin mendalami perkara-perkara mengenai agama ini.Bidang Fiqh ini juga tidak ketinggalan.Murni amat meminatinya.Pada mulanya agak pening juga untuk belajar.Tapi,Allah mempermudahkan urusan.Murni dikurniakan sahabat-sahabat dan para murobbi yang sentiasa mencintai ilmu .Murni banyak belajar dari mereka.Sekiranya ada perkara yang memnjadi kebinggungan,murni sendiri tidak teragak-agak untuk bertanya.Iyalah,ilmu murni tak lah meluas mana.Kalau belajar sendirian,bimbang sesat.Sebab murni pernah dengar orang kata,walauapapun,kita perlukan guru.Kalau belajar sorang-sorang,syaitan lah gurunya.Murni sendiri baru belajar,banyak perkara yang murni tidak tahu.Harus rujuk para ulama dan juga bermusyawarah dengan mereka yang berilmu untuk memantapkan lagi kefahaman.Membaca Kitab-kitab serta menghadiri daurah,usrah serta konvesyen juga salah cara untuk murni belajar.Nanti kalau kita berkelapangan,murni akan bawa eiya untuk menghadiri konvensyen,atau mana-mana daurah agama.Disana nanti,boleh lah kita timba ilmu sebanyak mungkin..Mahu?"tanya aku

"InsyaALLAH,boleh juga.,"jawab eiya
" Alhamdullillah,"balasku dengan hati riang.Aku melihat potensi dalam dirinya.Sekiranya dari sedikit demi sedikit,aku dedahkan sahabat ku ini dengan pendedahan sebegini,potensi tinggi untuk membentuk dirinya sebagai seorang mujahidah islam.Aku bersangka baik.Semoga Allah mempermudahkan urusan.Ameen..


Aku sendiri berkesempatan untuk membeli novel islamik karya Usatazah fatimah Syarha serta suaminya.Dua buah novel yang menjadi pengubat rindu.Lama sudah kak ha dan suami tidak menerbitkan novel.Penantian yang sungguh lama.Bila dapat membeli kedua-dua novel ini,ianya merupakan satu kepuasan.Aku menyukai corak penyampaian yang cuba diketengahkan oleh kedua-dua pengarang yang aku minati ini.Mereka menyamapaikan dakwah dalam bentuk penceritaan membuatkan para remaja lebih senang untuk memahami apa yang ingin disampaikan dan gaya penulisannya ringan dan santai.Pendekatan dakwah yang menarik.Sehingga ke hari ini,aku masih mengumpul koleksi air tangan kedua-duan pengarang ini.Aku tidak akan melepaskan peluang sekiranya da novel terbaru keluar.Aku sendiri akan pastikan yang diriku akan cuba untuk dapatkannya.Setiap nukilan dari kak ha dan suami bukan calang-calang novel.Novel yang diterbitkan disaratkan dengan ilmu fiqh.Sumber-sumber yang dijadikan rujukan juga adalah dari sumber yang shahih serta dari Ulama yang menjadi idola ku,Prof dr Syeikh Yusof Al Qaradhawi.Aku juga tidak jemu-jemu membaca karya-karya dari Prof dr Syeikh Yusof Al Qaradhawi serta ulama-ulama yang lain seperti Ibn Qayyim Al Jauziyah,Hassan Al Banna.

Agak terkilan sedikit,apabila ada beberapa buku yang aku sasarkan untuk beli di PWTC,aku tidak menjumpainya.Dengan keadaan sesak,penuh dengan limpahan manusia,ianya menyukarkan pergerakan diriku.Tidak mengapa,Aku sendiri tidak pernah berputus asa.Tidak jumpa di pesta buku,pastinya ada kaedah lain yang boleh aku gunapakai.Apalagi,beli secara online lah.hehe..

Buku yang menjadi sasaran ku seterusnya adalah buku dari Ibn Qayyim Al Jauziah iaitu,Panduan Cinta dan Rindu mengikut Al quran dan As sunnah.Buku ini telah dicadangkan sendiri oleh Ustazah Fatimah Syarha untuk aku membelinya.Selain tu,aku juga mencari Novel Mawar Berhunus duri karya Kak ha serta Buku Fiqh terkini Wanita Dambaan Syurga karya Ustaz Rohidzir serta Kitab Astagfirullah,ampunanmu ku harapkan Ya Allah karya Prof Syeikh Yusof Al Qaradhawi.

Nanti entri saya yang seterusnya mengenai " Bedah buku "NOVEL Risalah hati Raja sehari".. ^_^

Cincin Pertunangan ?

Sambil berjalan-jalan mencari buku yang menarik untuk dibeli,aku disapa oleh sahabat-sahabat dari para pelajar UITM.Rakan-rakan seperjuangan dalam menuntut ilmu,turut hadir ke pesta buku.Tak sangka dalam ramai-ramai orang,kami berjumpa.Takdir.Kami bersembang seketika dalam menanyakan khabar masing-masing.Dalam kami bersembang,rakan sekelas ku bertanya.

"Eh,dah pakai cincin di jari manis..Murni dah bertunang ke..? Sampai hati tidak jemput kami,"tanya sahabatku bernama Syida.
Aku hanya tergelak kecil.Tidak sangka tajam juga penglihatan rakan sekelasku ini.Aku tidak terkejut,kerana sahabat baikku,Eiya juga menanyakan hal yang sama semasa kami mula-mula jumpa.Aku sudah menjangka soalan ini akan ditanya juga.

"Mana ada lah Syida.Ini bukan cincin pertunangan.Cincin ini adik murni yang paling kecil berikan pada murni.Sebelum ini,adik murni ada bagi juga cincin untuk murni pakai.Tetapi,entah bagaimana,cincin itu hilang semasa murni tanggalkannya semasa ingin mengambil wudhuk di tempat kerja murni dahulu.Ini cincin yang kedua.Sebagai ganti.Untuk murni menghargai cincin pemberian adik murni ini,murni pakailah.lagipun,ianya murah.Kenapa syida? ianya nampak mahal dan seperti cincin pertunangan ke..? tanya ku

"Eh,betul ke ini,ke kau ingin berahsia dengan kami yang engkau sudah disunting orang?"tanya Syida,tidak puas hati.

"lah,tiada alasan untuk murni berahsia dengan kawan-kawan murni.Lebih-lebih lagi kalau ianya benda baik.Betul.Murni tidak untung taw kalau murni menipu kalian.Dapat dosa lagi ada," jawabku dengan tenang.

Syida hanya ketawa.

"iyalah.Aku sendiri kenal engkau siapa.Aku percaya.Kau takkan mahu tipu kami.Eh murni,lelaki yang sorang tu siapa.."?tanya syida.

"Owh,tu adik kedua murni.Tinggikan dia.Adik murni yang selalu menemani murni kemana sahaja murni pergi.Murni selesa keluar berjalan-jalan sekiranya adik murni yang Fahmi ini yang temankan.Murni rasa lebih selamat.Sekurang-kurangnya,rasa diri ini di protect oleh seorang syabab.Dialah hero murni.Sentiasa menjaga kebajikan diri murni sebagai kak longnya." jawabku sambil melontarkan pandangan ke arah adik ku yang sedang leka mencari buku.

" Nanti dah kahwin,suami murni pula  lah yang akan temankan murni ke mana-mana sahaja,dan menjaga murni pula...Aku ada bau nasi minyak ini...tak lama je lagi.." syida berseloroh.Kami yang semua berada di situ,ketawa dengan kata-katanya.

Aku tersenyum dengan telatah syida.
"Itulah yang diriku harapkan.Kata-kta itu satu doa.Mudah-mudahan..," monolog hati kecil ku.

                             

Selepas selesai membeli buku yang ingin di dapatkanTepat jam 12.30pm,kami berehat.Menikmati makan tenggahari.Bi hoon yang aku dan mama masak pagi tadi,alhamdullillah, habis.Perut juga sudah kenyang.Kami terus mencari surau untuk menunaikan solat Fardhu Zohor.Tanpa membuang masa,selesai sahaja menunaikan kewajipan,kami bercadang untuk pulang dan akan singgah di KL sentral.Di kl sentral,aku sempat membelikan hadiah hari jadi buat eiya untuk meraikan hari jadinya yang ke 20 tahun yang berlangsung 11 April yang lalu..hehe..Akhir sekali,kami pulang ke rumah masing-masing,dengan hati yang gembira.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger