Wednesday 5 June 2013

Bedah Buku : Risalah Hati Raja Sehari Karya Ustazah Fatimah Syarha


Risalah Hati Raja Sehari ianya merupakan novel Fiqh Kontemporari.Kisah ini membumikan ilmu Fiqh dalam bentuk realiti.Ianya memaparkan seorang watak yang bernama Qani'ah Syumaila.Didalam novel ini,ianya menuntut watak utama untuk menyelesaikan konflik yang terjadi akibat perbezaan pandangan dalam dunia fiqih.Berpaksikan pada ilmu yang dimiliki,Qani'ah Syumaila berpegang pada pandangan Iman Hassan Al Banna,kita tidak datang untuk menyatukan pandangan tapi,kita datang untuk merapatkan barisan.Sikap yang sebeginilah yang menjadi dunia ini lebih aman dan tenteram.Teguh dengan kesatuan.Bertolenrasi pada perbezaan.

Novel ini juga mengajar kita untuk bersikap berlapang dada apabila terjadinya perbezaan atau khilaf di dalam bidang Fiqh.Setiap pandangan yang diutarakan mempunyai hujah yang tersendiri.Novel ini mengajar kita agar tidak memaksa orang lain untuk mempunyai pandangan yang sama dengan kita.Manusia tetap mempunyai keterbezaan dalam fikiran meskipun sesama adik beradik kembar seiras.Kita harus mempunyai sikap berlapang dada,moga ianya menjadikan kita lebih bahagia.

Keseluruhan novel mengambil latar masa selama satu hari,iaitu kesemuanya adegan yang berlaku adalah berkaitan dengan perkahwinan.Disini kita melihat kebijaksaan Qani'ah dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan mengamalkan sikap berlapang dada dan terbuka.Pembacaan novel ini sesuai bagi setiap peringkat umur lebih-lebih lagi bagi para remaja yang ingin melangsung perkahwinan mahupun bagi para remaja yang sedang melakukan persediaan ke arah itu.Salah satu novel yang mengajar kita,bagaimana cara atau kaedah untuk melangsungkan perkahwinan selaras dengan syariat agama islam yang telah ditetapkan.Novel yang berbentuk santai dan ringin.Mudah untuk difahami serta dilengkapi dengan glosari,indeks serta rujukan-rujukan hadis yang menjadi rujukan oleh pengarang.

Apa pesan al Imam Hassan Al Banna?

“ Saudara-saudara sudah tenggelam di dalam lautan fitnah permusuhan dan pepecahan selama lebih delapan tahun.Sudah cukuplah derita dan kerugian yang dialami.Kaum Muslimin memang ‘berbeza’ dalam masalah-masalah khilafiyah dan ‘furuiyyah’ ( isu-isu fiqih) sejak beratus tahun dahulu dan mereka ‘akan terus’ berbeza pendapat.Allah Taala menyuruh kita untuk saling mengasihi dan menyayangi antara sesama kita dan membenci perpecahan dan permusuhan.”

Rujukan :Fiqh Al-Awlawiyat,Yusuf Al –Qaradhawi

Berbahagialah menjadi orang yang “ menerima’ dan ‘ menghormati’ perbezaan serta  mensyukuri persamaan.

Gelisahlah menjadi orang yang asyik “ mengutuk perbezaan” dan tidak mensyukuri persamaan.
          

Watak Utama : Qani'ah Syumaila.
Qani'ah Syumaila seorang gadis yang meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan cintanya.Dia ingin memastikan hari pernikahannya yang berlangsung patuh dengan piawaian Allah SWT.Watak utama yang berpegang pada ilmu dan hujah,dia melalui hari penting dalam hidupnya tanpa sebarang goyah.Walau bagaimanapun,pelbagai tomahan dan label dilontarkan kepadanya oleh mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza.Tetapi,itu tidak menjadikan mujahidah islam ini lemah.Seorang wanita yang mempunyai keindahan dalam akhlak,dia menengani isu-isu yang Allah benarkan kita berbeza dengan tindakan yang adil serta bijak.Strateginya,memenangi hati sebelum memenangi hujah.Mari kita terokai apakah perkara-perkara yang menjadi penulis ketengahkan dalam novel ini agar kita semakin mempelajarinya seterusnya menambah ilmu pengetahuan kita

1.kupasan mengenai memakai inai yang bercorak.

Mengenai pemakaian inai bercorak ini merupakan isu khilaf.Bila namanya adalah fiqih.sudah tentu banyak pendapat.Dan ini adalah satu rahmat.Kita harus berlapang dada dalam menerima sebarang pendapat selagi mana ianya tidak mencanggah dengan ajaran agama islam.InsyaALLAH,semuanya dalam daerah pahala.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak.Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau yang belum selagi mana ianya tidak menimbulkan fitnah.

2.Walaubagaimananapun, kadar pemakaian inai ini di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja,manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

3.Mengenai corak atau ukiran yng digunakan pula,corak dan ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan,manakala corak-corak haiwan,lambang dewa-dewa atau ajaran atau ajaran apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

4.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan da juga tujuan untuk perubatan.



Isu Tabarruj dalam persandingan.

Didalam  novel ini,kita dapat lihat akan ada perbahasan mengenai isu tabarruj dalam persandingan.Mari kita ikuti dialog Qaniah bersama sahabatnya  dan dalami apa maksud tabarruj  yang sebenarnya.Apakah piawaian pakaian wanita yang Islam gariskan.
Situasi yang dihadapi oleh Qaniaah :
“Kakiku menyusun langkah dengan persalinan jubah putih daripada Damsyiq.Aku membelinya sendiri ketika menuntut ilmu di sana Harganya dalam batas mampuku.Cuma RM 80 nilai ringgit Malaysia.Kuhias sedikit labuci berwarna emas padanya.Berkilau indah bercium cahaya waktu Dhuha.Kakiku sedikit bertumit namun tidak terlalu tinggi kerana ian hanya akan menyeksakan langkahku.Tada bunyi keterlaluan.Bunyi derapan langkah yang biasa.Langsung tidak mengubah cara berjalanku.Aku tenang dengannya..
Zahira yang berjalan jauh di belakang tiba-tiba berjalan laju untuk menyamai rentakku..Dia membisikkan sesuatu.
“Qani’ah,saya harapkan majlis walimah awak boleh menjadi contoh kepada rakan-rakan kita.Tapi...” kritik Zahira
“Saya hanya mampu pastikan ia patuh syariah.Nilaian oran lain,dalam kausa Allah belaka.Hidupkan inikan pentas ujian,”Jawabku,bukan dalam nada berbisik.
“ Pakaian awak ini,” kata Zahira.
“Kenapa? Tutup aurat sempurnakan? Tudung labuh lagi,” jawabku
“ Awak rasa pakaian awak yang labuci ini patuh syariah? Lontar Zahira.
“ Apa salahnya labuci? Ia sudah menjadi kebiasaan pada jubah wanita di Malaysia,” kataku sambil menghala telunjuk ke jubah ibuku.Kemudia melalukan jariku ke jubah Zahira sendiri.
“ Tapi saya dengar lelaki yang dduduk-duduk atas motor tu kata, ‘Tak padan dengan ustazah.Tabarruj juga’.” Beritahu Zahira
Aku mengherdipakan pandangan kepada lelaki yang dimaksudkan.Pakcik kampung sebelah.

INFO FIQH.

Wanita dalam fikih Al Qaradhawi

Pandangan Prof Syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi tentang islam dan wanita di sampaikan ke tengah-tengah masyarakat dengan pandangan yang moderat dan komprehensif,jauh dari sikap fanatik yang membabi buta.Beliau berusaha menyeimbangkan anatara ketetapan syariat islam dengan perubahan zaman,mempertahankan hal-hal lama yang bermanfaat dan menyambut hal-hal baru yang maslahat.Di sini,ada keunikan dan keistimewaan yang mengagumkan.

Tabarruj Dalam Fiqih al Qaradhawi.

Firman Allah SWT  yang bermaksud...

"Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang yang jahiliyyah dahulu." ( surah al-ahzab: 33)

Akhlak wanita muslimah berbeza dengan wanita bukan muslimah atau wanita pada masa sebelum islam.Wanita muslimah mempunyai akhlak menjaga diri,menjaga kehormatan dan mempunyai rasa malu (Akhlak lelaki muslim juga seharusnya begini).Sebaliknya akhlak wanita non muslimah dan wanita jahiliah berdandan tanpa batas dan tanpa aturan moral.Erti berdandan disnin ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.

Ilustrasi makna tabarruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu :
a) Bercampu bebas dengan lelaki
b)berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
c)mengenakan tudung tetapi tetapi tetap menampakkan aurat kecantikan tubuh badannya.

Tabarruj Pada Pandangan Ulama-Ulama lain.

Syeikh Az-Zamakhasyari : Hakikat tabarruj ialah sengaja menampakkan apa yang seharusnya ditutup.Untuk wanita yag dimaksud tabarruj wanita ialah wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram.

Mujahid : Maksud tabarruj ialah,”wanita yang keluar dari rumahnya berjalan dengan kumpulan lelaki.”

Qatadah : Yang dimaksudkan dengan tabbaruj ialah,” Jalan lenggang –lenggok dan genit.

Mutaqil : “ Tabarruj ertinya mengenakan tudung penutup kepala tetapi tidak merapatkannya sehingga menampakkan kalungnya,anting-antingnya dan lehernya.

AGAR TIDAK DISEBUT TABARRUJ JAHILIAH YANG PERTAMA

Agar tidak disebut wanita yang mutabarrijah (wanita yang bertabarruj),wanita muslimah hendaklah melakukan hal-hal dibawah ini :

-Menundukkan pandangan. ( lelaki juga harus begini).Firman Allah SWT,’ Katakanlah kepada wanita beriman,hendaklah mereka menanahan pandangannya,” (An-Nur : 31)
-Tidak bergaul dengan lelaki layaknya satu jenis.
-Pakaian yang dikenakan sesuai dengan syariat islam iaitu :

a)menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan

b) tidak tipis atau pendek sehingga menampakkan kulit di balik pakaian

c) tidak ketat-walaupun ianya tebal-sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya.

d)tidak mengenakan baju  dan celana lelaki.Rasulullah melaknat lelaki dan wanita yang menyerupai lawan jenisnya.

e)tidak mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir,yahudi dan penyembah patung.

Hendaklah menjaga kewibawaannya.Tidak dengan  ‘sengaja’ menarik perhatian kaum lelaki dengan memakai minyak wangi.Wanita pada zaman jahiliah suka menarik perhatian lelaki dengan menyembunyikan gelang kaki yang dipakainya.Perbuatan ini haram sebagaimana dengan firman Nya kerana membuatkan lelaki gelisah dengan khayalannya.Perbuatan ini juga menunjukkan wnita itu mempunyai niat buruk sengaja memancing ghairah seksual lelaki.

INFO
25 TIPS PAKAIAN MUSLIMAH.

1.Usah berpakaian tapi telanjang.
“ Ada 2 golongan penghuni neraka yang belum pernah ku lihat....dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang”. ( Hadis Riwayat Muslim)

2. Tiada pakaian menutup aurat,Tak boleh keluar rumah.
Dari Ummu Athiyah dia berkata : ‘Aku bertanya kepada rasulullah SAW ,” seorang perempuan yang tiada baju ( menutup aurat) tidak boleh keluar ‘? Jawab baginda, ‘Siapa yang ada baju ( menutup aurat),pinjamkanlah untuknya .” ( hadis riwayat Bukhari dan muslim)

3. Elakkan buka tudung ,Elakkan buka betis di hadapan lelaki asing.
Dari Fatimah binti Qais diriwayatkan bahawa rasulullah SAW berkata, “ Sesungguhnya aku tidak suka jika tudungmu terlepas atau terbuka kain yang menutupi kedua betismu.” ( Hadis Riwayat Muslim)

4. Minyak wangi ok. Tapi elakkan memakai minyak wangi yang mengghairahkan lelaki asing .
 Dari Abu Musa al – Asya’ ri,dia berkata bahawa rasulullah SAW bersabda, “ Apabila seseorang wanita  memakai minyak wangi,lalu dia melewati suatu kaum hingga mereka mencium aromanya,maka dia adalah wanita begini dan begini.Rasulullah SAW  menyatakannya dengan nada yang tinggi .” ( Hadis Riwayat Abu Daud)

Bukan tidak boleh langsung memakai minyak wangi.Riwayat-riwayat sahih melaporkan wanita sejak zaman N abi pun memakai minyak wangi di luar rumah.M inyak wngi nya  berwarna dan kurang berbau.Asalkan tidak mengghairahkan lelaki dan membebaskan kita daripada berbusuk-busuk,maka pakailah.

                                                                                                         
(bersambung di entri yang seterusnya ... )












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger