Thursday 6 June 2013

Kemanisan yang dijaga...SubhanAllah..

terdengar suara lolongan dan hilai tawa dari kumpulan remaja yang berkerumun.Suara mereka benar-benar mengusik kedamaian insan yang lain.Lirihnya hati ini tatkala menyedari mereka anak gadis permata agama.Lagak mereka sudah tidak umpama seorang wanita.Pakaian mereka menyerupai lelaki,rambut mereka terdedah dan kontot,tingkah laku mereka juga  yang kasar dan menjengkelkan.Bebas bergaul tanpa garis dan sempadan syarak.Hilang sudah sifat muslimah yang seharusnya membaluti tubuh remaja ini.Hilang dbawa pergi kerana dangkalnya didikan agama dan terpedaya dengan indahnya dunia.....

SIRNAKAH SIFAT KEIBUANMU...?

Jika kita renungi pribadi wanita,pasti terbayang di minda bahawa insan bernama wanita akan dihiasi dengan sifat-sifat kelembutan dan keibuan.Wanita yang kita kenali bersifat penyayang,lembut bicara serta sejuk mata memandang.Realiti masa kini telah meragut semua itu.Ramai wanita remaja leka serta tidak tahu peranan besar bakal dimainkan oleh mereka iaitu melahirkan dan mendidik generasi ! lantas mereka melupakan agama dan ajaran yang dibawa.

APAKAH NILAIAN DIRIMU...

 Dijadikan dirimu wahai mawar berduri begitu unik...
dihadiahkan Allah dengan keindahan...
keindahan penciptaan dan keindahan peranan...
Bukan sekadar menghiasi dunia penuh nista...
Dengan kemanisan dan kecantikan paras rupa..
Namun dibahumu terpundak amanah nubuwwah...
Melahirkan mujahid pewaris risalah...

PASTIKAN LANGKAHMU...

Renunglah kembali tujuan penciptaan..
bagi menilai suci  dan tulusnya keikhlasan dan keimanan...
Hanya reda Allah puncak harapan..
Bekalan menelusuri imtihan dunia yang tidak terduga..

DIRIMU AMAT BERHARGA...

Setiap ciptaan Allah tiada yang sia-sia...
Walaupun karat hidupmu menghiasi lakaran kehidupan..
Jadikan Allah pendorong perubahan..
Hiasilah dirimu dengan watak insan pilihan..
Seorang wanita yang memiliki sifat keibuan...
Lembut pada pandangan mata namun tegas pada agama..

SYUKURILAH...

Betapa dirimu adalah perhiasan dunia..
Sebutir mutiara bernilai idaman hati setiap insan..
Namun ingatlah,
Hiasan ini akan kekal indahnya jika dijaga rapi
Jika dibaluti dengan keimanan di dada..
Dan diletakkan di tempat yang sempurna..
Lerailah jiwa,
Andai dirimu tidak terpelihara!
kerana medan didikan mujahid terpundak dibahumu..!




Kembalilah kepada fitrahmu duhai hawa...
indah dn manisnya dirimu terletak kepada ketaatan terhadap yang Esa..
Hargailah ketinggian penciptaan dirimu kerana islam menjulangmu sebagai tapak semaian untuk melahirkan insan pembela agama...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger