Wednesday 5 June 2013

oh anak ku sayang...


Oh anakku sayang..Ana merasa terpanggil untuk menulis entri ini kerana..hrmm entah..ana rasa seperti mahu berkongsi ilmu dengan para ibu bapa di luar sana..Tak kisah lah anda adalah ibu bapa  yang sudah mempunyai anak ke atau pasangan suami isteri yang sedang menantikan cahaya mata ke atau para remaja sekalipun,kalian boleh baca entri ini..Sekiranya bagi para pembaca yang terdiri dari kalangan yang masih belum menimang cahaya mata atau para remaja yang masih  belum berkahwin,anda dialu-alukan untuk membaca kerana ini juga memberikan anda semua pengetahuan serta mempersiapkan diri anda sebelum bergelar ayah dan ibu..Persiapan itu penting sebelum menimang cahaya mata.Para ibu bapa yang sudah mempunyai anak juga digalakkan untuk membacanya..
ok,first thing first,nak cakap sikit...ana ini pun masih belum berkahwin..Jadinya,pengalaman yang ana ada pun tidak lah banyak.Sekiranya ada yang sudi sharekan sebarang pandangan dan idea,ana amat mengharap bantuan serta idea bernas dari kalian semua.Boleh tuliskan sebarang cadangan atau idea serta komen mahupun kritkan di email ana Kawaii_ovikate@yahoo.com..
so nak jadikan ceritanya,ana ini berumur 20 tahun,alhamdullillah baru menyambut ulang tahun 11 mei yang lepas..Ana ini sukakan kanak-kanak.kalau jumpa nak kecil sahaja atau bayi,ana akan bermain dengan mereka..tak kisah lah kenal atau tidak,ana akn tegur dan bergaul dengan kanak-kanak ini.Pernah suatu ketika itu,ana pergi hospital untuk temankan makcik ana buat check up untuk bayi dia,jadinya,sementara tunggu nombor giliran dipanggil,ana pun duduk-duduk lah disitu,melihat kanak-kanak yang mempunyai pelbagai ragam.Seronok.Sambil duduk-duduk,melihat telatah mereka,ana baca lah brosur keluarga dan bayi yang terdapat disitu.Kebetulan yang duduk di sebelah ana,adalah seorang ibu mengandung.Muka ibu tersebut,ana ingat lagi,penat dan pucat.Barangkali,dia letih.Memandangkan ana ini seorang jenis peramah,serta suka sangat dengar serta mnyertai sekali perbualan orang tua-tua,ana terbawa tabiat ana tu.ha..nak tahu apa yang jadi...Ana tegur lah ibu ini tadi..Mula-mula mestilah kenalkan diri kan.Takkan lah pula nak terus serang,tanpa ucap salam.Alhamdullillah,ibu ini peramah juga orangnya.Akhirnya kami bersembang.Ana tanyalah pelbagai soalan.Dah namanya peluang.Termasuklah dari sudut kandungan yang ibu ini kandung.haha..boleh tahan tak ana..ha...tak sia-sia kan duduk sekali dengar orang tua-tua bersembang,pelbagai input ana boleh dapat serta ana boleh guna pakai untuk dijadikan modal bersembang dengan ibu ini.Syukur,sambil duduk bersembang,dapat tambah ilmu lagi.YEAH!..ini yang ana mahukan..Pengalaman orang lain menjadikan ana lebih matang dan mula memikirkan strategi untuk menghadapi masa hadapan apabila ana berumah tangga kelak.Oleh sebab sifat ana yang gemar untuk mencorakkan masa hadapan yang ana inginkan,ada antara mereka yang menggelarkan ana ini pelik.Pelik tak pelik,nak kata apa pun,tak kisah lah.Asalkan hati ana bahagia.Ana tahu apa yang ana lakukan dan ianya tak salah serta tak menyusahkan orang lain.That more important.Ana rasa apa yang ana lakukan,ianya tidak mengundang apa-apa masalah.Ana sekadar mencorakkan masa depan ana ingnkan melalui pangalaman yang ana timba dari sekarang.Sekurang-kurangnya,sekiranya tidak menajadi,ana mempunyai back up plan.Bak kata pepatah,sedia kan payung sebelum hujan.Ana mahukan yang terbaik untuk diri ana,keluarga ana serta anak-anak ana.Jadinya,mulai sekrang lah,ana mula merancang.Selebihnya,ana serahkan dan tawakal kepada Allah.Jadi atau tidak,semuanya Yang Maha Kuasa yang menentukan sepenuhnya.Merancang juga satu usaha.Ana sendiri pernah terbaca dalam sebuah buku motivasi,apa kata pakar motivasi ini? Dia mengatakan insan yang bijak dan cemerlang,adalah insan dimana dia kan merancang kehidupannya dari sekarang.Sekiranya anda berumur 20 tahun,fikirkan perancangan anda untuk 10 tahun yang akan datang.Itu orang yang bijak dan sentiasa inginkan kejayaan serta kebahagiaan.Jadinya,ana mahukan bahagia.Ana pilih untuk merancang serta mempersiapkan diri dari sekarang.Anda bila lagi..?

ok,kita continue,hidup aku ini memang tak pernah lekang dengan kehadiran anak-anak kecil..Walaupun adik-adik ana telah besar semuanya,tapi Mama ana ada menjaga sepupu ana sejak darii mereka bayi lagi.Ada lelaki,ada perempuan.Masing-masing berumur 5 tahun serta 4 tahun.Kalau balik kampung di Kelantan ,tak usah cakaplah,ana akan jumpa kanak-kanak kecil dari semua peringkat umur.Lengkap.Maklumlah,ramai sepupu.Kadang-kadang,ana pening lalat lah juga.Haha,nak control dan menjga mereka semua.tapi,tidak mengapa.Pengalaman berharga menjadi ibu buat sementara buat diri ana.

Masuk hari ini,dah 3 minggu,ana tidak berada di rumah umi dan abah..Sepanjang 3 minggu,hari-hari diisi dengan tinggal bersama keluarga makcik ana di Tasik Puteri di Rawang.Pakcik ana yang ajak ana untuk tinggal bersama mereka buat sementara waktu.Memandangkan,pakcik ana akan bertugas di Sarawak selama 3 minggu,jadinya dengan kehadiran ana di dirumahnya,sekurang-kurangnya,dapat menemani makcik ana dan anak nya sepanjang peninggalan pakcik ke Sarawak untuk bertugas.Tidak lah makcik ana merasa kebosanan.Orang kata,adalah juga teman untuk bawa berbual.


Pada mulanya,agak bosan lah juga tinggal di sini.Tiada siapa yang ana kenal.Memandangkan makcik ana seorang guru yang mengajar di sesi petang,kami akan dapat berjumpa pada pagi dan malam hari sahaja.Tepat jam 12.00 tenggah hari,makcik akan ke sekolah.Anaknya pula,baru berumur 1 tahun 5 bulan,akan dihantar ke pengasuh.Jadi ana seorang sahaja berada di rumah.Kelapangan waktu yang ada,ana tidak sia-siakan.Walaupun jauh dari keluarga,ana tetap menghubungi umi untuk menanyakan prihal adik-adik dirumah.Lebih-lebih lagi,adik ana yang kedua,Muhammad Fahmi sudah mula memasuki universiti dan mengambil jurusan Kejuruteraan (Engineering).Alhamdullillah,rezeki adik dapat mnayambung pelajaran.Setiap hari,akan menelefon Fahmi untuk menanyakan khabar dia dan memberikan nasihat.Tambahan lagi,adik Fahmi tidak pernah ada pengalaman untuk tinggal di asrama.Jadinya,dia mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan panggilan yang ana buat,sekurang-kurangnya,dia akan merasakan ada ahli keluarga yang masih ambil berat terhadap dirinya walaupun dia jauh dari kami.Menuntut ilmu semestinya memerlukan pengorbanan.Bila sudah besar,harus lebih berdikari.Masa yang selebihnya,ana habiskan dengan manghafal Al quran.Suasana yang tenang,membuatkan ana berasa lebih selesa.Tiada siapa yang mahu mengacau serta menganggu.Kalau di rumah pasti ada masa-masanya untuk menghafal kerana umi menjaga anak-anak kecil.Disebabkan anak-anak yang umi jaga rapat dan manja dengan ana,mereka mahu ana menghabiskan masa bermain dengan mereka.Tidak mengapalah.Ana sendiri tidak kisah malah ana menyukainya...Sudah menjadi rutin ana dalam melayani telatah kanak-kanak.Bagi ana,yang penting,bahagikan masa dengan baik.Hidup ana bahagia.Hari ana dipenuhi dengan warna-warna ceria yang mereka corakkan.Penat itu sudah semestinya dalam menjaga serta melayani mereka semua tetapi bagi ana sendiri,anak-anak kecil ini pembawa rahmat serta rezeki dari Allah.Mereka adalah kiriman dari Allah buat ana,untuk ana menjaganya serta didik mereka mengikut acuan islam.
lagipun,Nabi Muhammad SAW amat menyukai serta menyayangi anak kecil.Nabi Muhammad begitu baik dalam layanannya kepada kanak-kanak.Bagi ana,baginda sendiri telah mempamerkan asas pendidikan buat kanak-kanak.Sesungguhnya kanak-kanak yang lahir, fitrahnya suci dan baik dan Nabi sendiri memelihara kesucian dan ketulenan ini.Antara contoh,belaian kasih baginda kepada kanak-kanak.Baginda,Nabi Muhammad SAW suka menghidu,mendakap serta mencium mereka.Pernah Al aqra bin Habis melihat baginda juga beberapa orang badwi berkata kepada baginda," ya Rasulullah,kamu mencium kanak-kanak kamu?
Nabi menjawab," ya".Lalu mereka berkata,"sesungguhnya kami tak mencium kanak-kanak kami".Rasullullah saw bersabda lagi,apa yang kamu akan buatkn untuk kamu andai allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu.."
Oleh itu,ibu,ayah serta sahabat-sahabat yang disayangi,Nabi sendiri mencium cucu-cucunya serta anak kecil.Kita?Cuba fikirkan.Sabda nabi membuktikan bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang.Ramai yang tidak tahu bahawa ini adalah satu ibadah serta kebaikan iaitu mencium dan kanak-kanak.Contohi lah sikap Nabi dalam melayani anak-anak kecil ye,kerana sesungguhnya Nabi adalah qudwah terbaik untuk kita jadikan ikutan.


Tambahan lagi,Nabi SAW suka mendukung kanak-kanak.Kerap kali dilihat,cucu baginda Hassan dan Hussin atau kedua-duanya di atas bahagian belakang Rasulullah.Para sahabat sekalian,bermain penting ye untuk pembesaran kanak-kanak..Ianya juga baik untuk jiwa dan tubuh badan.Nabi selalu bergura dan bermain dengan kanak-kanak.Pernah baginda mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak sehingga kanak-kanak tu ketawa dan bermain dengannya.

Memandangkan,kehidupan ana,kebanyakkannya penuh dikelilingi dengan kanak-kanak.Jadi ana sendiri mula menyedari akan tanggungjawab ana untuk terus menuntut ilmu bagi memahami mereka..Ana mula meneliti dan belajar sedikit demi sedikit melalui bahan bacaan,banyak bertanyakan orang yang lebih tua dan lebih berpengalaman...insyaALLAH,hajat di hati ana sendiri ingin menyambung ijazah dalam Pendidikan Khas Kanak-kanak seterusnya ana boleh menjadi guru dan menjaga anak-anak yang kurang upaya.Mungkin ini satu mencabar.Tapi bagi ana sendiri secara peribadi,kanak-kanak yang kurang upaya ini juga merupakan satu anugerah dari Allah yang tidak ternilai.Mereka juga berhak untuk mengecapi bahagia seperti orang yang normal.Mereka adalah insan-insan yang amat teristimewa di hati ana dan ianya tanggungjawab ana untuk turut sama membantu anugerah yang kurang bernasib baik dalam merasai kasih sayang seperti insan- insan yang lain.

jadi  di bawah ini ada sedikit info...mudah-mudahan ianya membantu dalam mengawal kanak-kanak yang berumur 1 hingga 5 tahun..

A. PERKEMBANGAN FIZIKAL 
1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fizikal di bawah pengawasan ibubapa. 

2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka. 

B. PERKEMBANGAN MENTAL 
1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu.. 
2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya. 
3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian. 
4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat. 

C. PERKEMBANGAN EMOSI 
Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang. 

D. PERKEMBANGAN SOSIAL 
1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri. 
2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain. 
3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang". Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah. 

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL) 
1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll. 
2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah. 

AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI 

Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di tahap ini ialah: 

1. PERMAINAN BLOK 
Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka. 

2. PUZZLE 
Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun 
dengan mudah. 

3. MELUKIS 
Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak masih belum melukis dengan sempurna. 

4. MENAMPAL 
Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal "mata ikan" pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri, misalnya gambar 
seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya. 

5. MEWARNA 
Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan mereka terhadap warna. 

Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun. Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang perkembangan anak-anak.



IMPORTANT !!!

JOM,sama-sama kita menimba ilmu...
menambah ilmu menjadi ibu bapa Mithali..^_^




SEMINAR IBU BAPA MITHALI 2013

Tarikh: 15 - 16 Jun 2013
Masa: 8.00 pagi - 5.30 malam
Yuran: Individu (RM190), Berpasangan (SuamiIsteri; RM350)
Tempat: Dewan Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya

Promosi untuk pendaftaran awal sebelum 10 JUN 2013....!!
Makanan, nota dan sijil disediakan!!

Website : www.k-fiqh.com
Tel : 03-61774612
Tentatif : http://k-fiqh.com/tentatif/ <http://k-fiqh.com/tentatif/>
Pendaftaran : http://k-fiqh.com/daftar-ibubapa/
Lokasi : http://k-fiqh.com/lokasi/



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger