Saturday 8 June 2013

Yang dicapai,Bukan Kejayaan...


"Nur akan ambil apa untuk sem 5 nanti..? Kerjaya  mahupun akademik...?",tanya sahabat baik ku.

"Erm..ermm..InsyaALLAH,nur akan sambung sem 5 ini dengan mengambil kerjaya perniagaan,"balasku.

" Eh,kerjaya perniagaan..Serius ke ini Nur..?Kenapa pilih kerjaya perniagaan..? Dari bidang sains bertukar ke perniagaan...Hrmm,rasa macam ada tak kena sahaja bila bertukar bidang..," kata sahabatku.
   
Aku tersenyum.Aku sendiri sudah menjangka kan persoalan ini akan ditanya.Mahu tidak mahu,aku tidak boleh mengelak dari menjawabnya.

" kenapa pula terkejut..?Bagi Nur sendiri,bila melakukan pertukaraan dalam bidang,ianya bukan menjadi satu permasalahan.Lagipun,Nur sudah memikirkannya masak-masak.Tambahan lagi,Nur bukan menukar bidang Nur secara total.Cuma bidang perniagaan ini,adalah tambahan subjek.Nur akan belajar juga Sains." balasku sambil mengukirkan senyuman.

"Tapi kenapa perniagaan..Kalau,teknologi makanan ke,kerjaya am ke, atau Nur ambil bidang komputer,ianya tidak lah menjadi satu tanda tanya tau Nur sendiri teruskan dalam akademik sahaja,pilih sahaja Biologi mahupun Fizik...? tanya sahabatku lagi.

"Nur sendiri rasa,Nur tidak akan ubah apa yang Nur telah pilih.Bagi Nur,perniagaan ini bukan lah satu bidang yang kita boleh hanya pandang sebelah mata.Nur faham apa yang Tiara cuba untuk sampaikan.Mesti orang lain juga akan tertanya-tanya kenapa Nur pilih perniagaan.Anggapan mereka ,mungkin,mereka mengganggap yang pointer Nur  tidak lepas untuk Nur mengambil bidang akademik.Sebenarnya Tiara,ini bukan soal pointer Nur lepas atau tidak untuk Nur sambung ke bidang akademik.Alhamdullillah,pointer Nur lepas dan mengizinkan Nur untuk terus sambung dalam bidang akademik.Namun,Nur sendiri merasakan,yang Nur terasa ingin ubah angin.Nur mahu mencuba sesuatu yang baru.Belajar benda baru dan Nur  rasakan,Nur ingin pelajari selok belok perniagaan.Apa-apa pun,semuanya berbalik kepada Allah..Nur serahkan semua pada Allah dan pada Allah Nur menyandarkan segala pengharapan.Semoga allah redha",balas ku.

Aku sendiri terntanya-tanya,apakah yang diharapkan oleh mereka.Mereka terkejut bila aku sendiri mengatakan aku akan meneruskan pelajaran dengan mengambil bidang perniagaan.Seorang pelajar fakulti Sains bertukar ke Fakulti perniagaan..Pasti ada antara mereka  yang mengatakan ini sesuatu yang tidak masuk akal.Ya,aku sendiri akui yang pernukaran ke bidang kerjaya adalah untuk para pelajar yang pointernya bawah 2.5  dan ramai antara senior ku mengatakan bila ke bidang kerjaya,kita mungkin akan dipandang rendah.Namun,bagiku,ianya tidak menjadi masalah.Sampai bila mahu maju sekiranya kita mendengar kata-kata negatif orang ramai.Aku sendiri telah memutuskan untuk memilih perniagaan walaupun pointer aku yang sebenarnya sememangnya melayakkan aku untuk ku meneruskan dalam bidang akademik.Aku yakin,apa yang aku mahukan.

Apakah perlu pointer serta pemilihan kursus menjad ukuran kejayaan seseorang....?


Rata-rata mahasiswa,pakar motivasi dan psikologi bercakap tentang kejayaan.Ibu bapa mahukan anak-anak berjaya.Ramai beranggapan kejayaan adalah apa yang dicapai atau diperolehi.

Hrmmm... Konklusi dari ayat di atas...yang aku paham...Ini menandakan kejayaan ( success) itu seerti dengan What we have ( apa yang kita ada)..

Betul ke definisi ini yang menjadi pegangan ramai ini...?

Aku sendiri merasakan ada yang tak kena dengan definisi kejayaan ini.Somthing wrong somewhere...

Anda bagaimana...?

Sekiranya definisi atas digunakan sebagai ukuran kejayaan,manusia-manusia berikut akan termasuk dalam golongan yang berjaya...:

-pertama,pencuri,perompak serta penipu yang mungkin mempunyai harta yang banyak hasil penipuan mereka akan dianggap sebagi orang yang berjaya...
-kedua,pekerja atau pegawai yang rasuah,naik pangkat denga politik kotor di tempat kerja juga akan dianggap sebagai orang berjaya..
-Mereka yang dilahirkan dalam keluarga orang kaya,tanpa usaha mereka mewarisi harta ibu bapa mereka juga dianggap berjaya.
-Orang-orang yang tidak solat serta ingkar dengan perintah Allah,selalu melakukan maksiat tetapi hartanya banyak,lulus setiap peperiksaan,mendapat dekan setiap sem,mendapat markah tinggi dalam peperiksaan serta ujian dengan cara menipu juga termasuk dalam kategori orang yang berjaya.
-Seseorang pelajar yang lulus cemerlang tetapi jahil agama,tidak solat,tidak menutup aurat juga dianggap berjaya.

Cuba renungkan......

Ini bermakna definisi diatas bukan definisi kejayaan yang sebenarnya.Definisi yang dipegang oleh orang ramai selama ini adalah definisi yang salah...

Definisi kejayaan yang sebenar...

Dalam buku " Profile of Success" yang telah ditulis oleh seorang penulis barat menyebut : Success ( kejayaan) = What we do ( Apa yang dilakukan )

Ia bukannya apa yang dicapai atau dimiliki.Ini adalah peraturan alam yang bukan sahaja telah disebut di dalam Al quran tetapi telah diterima sendiri oleh orang yang bukan islam.

Itulah sebabnya Allah mengukur kejayaan manusia berdasarkan perbuatan ( apa yang dilakukan)
bukan pada apa yang dicapai...

Bukti...? 

Ini dalilnya.....

firman Allah didalam surah Al Mulk 67:2

(Allah) yang mencipta mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya ( yakni perbuatannya bukan pencapaiannya).

 Pemahaman yang silap tentang kejayaan boleh mempengaruhi seseorang.Itulah menjadikan manusia sering stress apabila melakukan sesuatu kerja.Mereka tahu mereka hanya berkemampuan ( yang diberi oleh Allah) mengawal usaha mereka bukannya hasil,tetapi mereka dinilai oleh manusia berdasarkan hasil.
Inilah yang membuatkan manusia selalu bimbang dan risau sekiranya usaha mereka tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Cuba tanya kan kepada mereka....
Siapa yang memberikan rezeki..? siapa yang membayar gaji...? Mereka pasti menjawab majikan atau pihak pengurusan ( manusia)...

Ana nak tanya sikit kepada anda sekalian yang bijak-bijak ini...?

Adakah apa yang diperkatakan ini benar...?
Adakah di dalam Al quran,Allah menyebut manusia memberikan rezeki....?

JOM-JOM lihat Firman Allah didalam Surah Saba' 34:24

' katakanlah (Muhammad) siapakah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi...? (Yakni yang memberikan gaji kepadamu). Katakanlah Allah...

Kalau begitu,untuk apa kita berjaya jikalau pencapaian bukanlah menjadi ukuran.....?
pernah anda tertanya-tanya tak...?

ha,ini jawapannya...

Apa yang manusia ada,capai,miliki memang bukan ukuran kejayaan.Kejayaan adalah kurniaan Allah yang diberikan semata-mata untuk menguji manusia.

Contohnya: 
Nabi Sulaiman a.s memohon dikurniakan satu kerajaan yang besar.Setalah memperolehinya,baginda tidak menabik dada atau berkata " aku mempunyai kerajaan yang besar,aku telah berjaya.."

Sebaliknya,baginda dengan rendah diri dan tawaduk berkata...
"....( semua kelebihan yang aku ada) ini adalah daripada kurniaan Tuhanku ( semata-mata) untuk menguji aku ( yakni usahaku),apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmatnya).... ( An -Naml 27;40)

Qarun dikurniakan Allah ,harta yang banyak.Dia mendabik dada sambil menyatakan kejayaannya.Lebih hebat lagi,dia mensyirikkan Allah dengan mengatakan bahawa apa yang diperolehinya adalah hasil usahanya sendiri.

Firman Allah ( AL QASAS 28 : 78)

" dan Qarun berkata : sesungguhnya aku diberi ( memperoleh harta itu) semata-mata kerana ilmu ( usaha) yang ada padaku."

Kesimpulannya....

Jangan terlalu bangga,gembira dengan apa jua kelebihan dari segi harta,ilmu serta kemasyhuran,pangkat yang kita miliki kerana semua itu adalah ujian dari Allah,bukan ukuran kejayaan. Inilah yang ditegaskan oleh Allah di dalam surah At Taghabun 64:15

" Sesungguhnya harta-harta dan anak-anak kamu ( bukan ukuran kejayaan) tetapi (semata-mata) ujian ( yang sepatutnya dipergunakan menurut peraturan Allah)."

Sekiranya manusia faham benar-benar konsep kejayaan ini,mereka akan hidup lebih tenang.Tidak akan merasa susah hati sekiranya berusaha tetapi tidak memperoleh apa yang di hajatkan...
Begitu juga,tidak akan terlalu seronok atas apa yang mereka miliki,malah mungkin lebih bimbang disebabkan takut akan kelebihan yang diberikan oleh Allah itu menjadikan dia lupa dan takabur.


~ di kesempatan ini,insyaALLAH,pada hari ahad ini,ana akan pulang ke universiti untuk menyambung sem 5..Mungkin lepas ini,ana menjangkakan ana akan kurang untuk menulis blog.Ana ingin tumpukan pada pelajran ana.InsyaALLAH,ana sendiri tidak akan menghampakan kalian.Sekiranya,ana mempunyai kelapangan,pasti ada sahaja entri baru yang ana akan tulis dan berkongsi bersama anda semua....Doakan ana ye...

~ di kesempatan ini juga,Ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat The really owner untuk blog ini iaitu Saudara Mohd Ameer Hakim Bin Abu Bakar kerana memberikan ana peluang dan ruang untuk ana menjadi rakan seperjuangan nya dalam memperkembangkan  blog ini dengan ilmu-ilmu untuk dikongsi bersama orang awam.Saudara Ameer sendiri telah banyak membantu ana dalam memgembangkan bakat ana dalam bidang penulisan dengan mewujudkan blog ini.Semoga Allah merahmati Saudara Mohd Ameer Hakim bin Abu Bakar serta sekeluarga serta menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman serta dikurniakan syurga firdausi..Dengan kewujudan blog ini,ana sendiri dapat berkarya dan meluangkan masa dengan orang awam untuk berkongsi ilmu..Ana menghargai peluang yang diberikan ini...Alhamdullillah...Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kebaikan Saudara Mohd Ameer Hakim.Akhir sekali,terima kasih sekali lagi ana ucapkan..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger