Saturday 20 July 2013

Matikanlah aku dalam khusnul khatimah.


Memahami konsep dan falsafah islam dalam menghadapi penyakit.

Memahami konsep ini adalah penting dalam kehidupan muslim agar betul iman dan tindakan.Dalam menghadapi bahaya yang mengancam,islam melarang manusia untuk memusnahkan diri secara sia-sia.Diharamkan membunuh diri sendiri, atau orang lain,mencederakan diri atau orang lain.Semua itu dilarang dengan sebab yang sah seperti perang,bunuh bals,hukuman dan seumpamanya..

Firman ALLAH :

" jangan kamu campakkan diri kmu ke dalam kebinasaan" .surah al baqarah ayat 195

Firman NYA juga :

'Jangn kamu bunuh diri kamu sesunguhnya ALLAH sangat kasih kepada kamu" ( Surah AL Nisa ayat 29 )

Dalam erti kata lain,menyelamatkan diri daripada kemusnahn adalah tuntutan islam.Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri.Nabi SAW ketika berbicara mengenai Taun menyebut

"Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat.jangan kamu pergi kepadanya.Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ,jangan kamu keluar darinya." (Riwayat Al Bukhari dan muslim)

Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar.Hadis ini pernah dibca oleh  ' Abdul Rahman bin auf ' kepada khalifah ' Umar bin al khattab ketika beliau bercadang untuk pergi ke syam semasa wabak taun merebak di sana pada zaman pemerintahnya.Mendengarkan hadis ini,Amirul Mukminun membatalkan hasratnya.

Menyebut tentang kuarantin,kali ini allah mengurniakan ujian yang tidak pernah ku sangka-sangka kan.Pulang sahaja,dari kelas petang,semua ahli rumah ku sudah pun berkumpul di ruang tamu dan gaya mereka seperti sedang  menunggu rakan-rakan yang lain pulang dari kelas.Nampaknya,aku lah orang yang terakhir yang mereka tunggu.Hari itu aku pulang sedikit lewat kerana menyelesaikan tugasku di Pusat sumber.Aku melihat seorang lelaki sedang duduk di tempat kerusi sambil separuh mukanya ditutupi ' Mask'

Dipendekkan cerita,kami telah dikuarantin gara-gara penyakit berjangkit yang melnda rumah kami.Sebelumn ianya merebak ke pelajar yang lain,kami telah dkuarantinkan selama 14 hari.Kebetulan,hari itu,aku juga tidak sihat.Suhu badan ku pans.Batuk-batuk,selsema,pening kepala serta tekak ku mula loya-loya..Mataku mula merah-merah..

BICARA KESAKITAN

sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu

Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam, hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.
Kita selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.
Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.

REDHALAH YANG PALING UTAMA

Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah aku membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.
Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT?
Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?
Mengapa ada yang sihat tubuh badan tetapi bayak berbuat maksiat?
Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Begitu juga sebaliknya, aku perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.
Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri sendiri. 

Hanya dengan cara ini aku akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya aku menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. 

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Aku giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

SAKIT HANYA SEBAGAI SIGNAL DARI ALLAH

Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”

Sakit, mampu menjadikan aku beringat. Seakan-akan bila aku sakit, Allah SWT berbisik kepada aku: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Sakit adalah petanda bahawa aku adalah manusia,aku hamba yang hina serta serba kerdil.
Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, aku perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan diri. Didatangkan sakit, adalah untuk aku beringat betapa aku hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

Percayalah, akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.
Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Untuk itu, jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya aku ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila aku sakit, hakikatnya ALLAH sedang memberikan perhatian kepada diriku. Bukankah itu satu kemuliaan?

Allah SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30

Semoga aku tidak seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’. Sakit itu hanya sementara. Mungkin Allah suruh beringat sahaja. Bila dah beringat, Dia akan angkat penyakitnya.

I believe in Allah.sesungguhnya allah sebaik-baik penolong...allah,sebaik-baik pelindung serta aku menyandarkan segala pengharapan ku kepada ALLAH.Allah mengurniakn aku sakit yang tidak ku sangka-sangka kan untuk menghapuskan dosa-dosa masa lampauku yang lalu.ALLAH Maha ADIL lagi Maha pengasih.Walaupun diriku,dihidapi penyakit,tetapi ALHAMDULILLAH,aku masih diberikan kesmpatan untuk aku terus menghirup udara dan meneruskan kehidupan walaupun bukan seperti insan yang lain.Petanda,yang allah berikan kepada ku bahawa ajal itu,bila-bila masa sahaja..Sama ada cepat atau pun lambat.Dan aku masih mempunyai kesemptan dan peluang yang Allah kirmkan,untuk aku terus bertaubat dan menambah bekalan sebelum berjumpa dengan Nya.. ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger