Tuesday 24 September 2013

Dalam Hatiku Cukuplah Ada Allah

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,

cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

Sajak Aminah Qutb buat suaminya.Aminah Qutb adalah adik kepada  Syed Qutb yang mati ditali gantung atas sebb ketajman mata penanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger