Tuesday, 1 January 2013

duhai hati......


wahai hati..apa perkhabaran dirimu sekarang?
Sihatkah dikau, segarkah dikau menempuhi hari-harimu yang semakin sukar ini?

Aku tidak tahu mengapa aku kerap mengingati dirimu kini,
Katanya kau semakin berubah,
Jika dulu engkau sentiasa sibuk dengan zikrullah,
Kedengarannya kini engkau semakin culas dengannya.
Mengapakah begitu wahai hati…?

Jika dulu dirimu sentiasa kelihatan di Masjid,
Di awal waktu, berpakaian suci dan bersih,
Begitu bersegera bertemu Rabbmu Yang Maha Agung.
Namun mengapa kini engkau jarang ke sana?
Jarang sekali.
Cukup jarang…

Kemana dirimu di waktu subuh?
Ketika setiap hamba menyahut seruan Ilahnya,
Mengorak langkah ke masjid, memperbanyak fikir dan zikir.
Kemana dirimu wahai hati.

Jika dulu setiap kata-katamu diselangi dengan ayat-ayat Allah,
Rasa takut dan gerun akan azab dan seksanya,
Mengapa kini cukup mudah engkau mengeluarkan kata?
Cukup mudah engkau bermadah walau songsang maksudnya walau sesat tujuannya.

Wahai hati…
Kesibukan apakah yang melanda dirimu?
Adakah kamu sibuk dengan pelajaranmu
hingga kamu tiada masa untukNya?
Apakah kamu asyik pula memikirkan soal duniamu,
Hingga kamu tidak lagi seronok bersama Rabbmu.
Atau mungkin dirimu terlalu hanyut dalam rasa cinta dan perasaan.
Hingga Dia engkau ketepikan.

Namun sedarkah dirimu,
Pelajaranmu untuk siapa?
Urusan dunia mu menuntut redha siapa?
Dan cinta dan perasaanmu, atas dasar apakah ia dibina?
Insaflah dikau wahai hati.
Insaflah dikau seketika ini dan selamanya…

Duhai hati…
Aku sebenarnya takut.
Aku sebenarnya risau.
Aku sebenarnya gerun.
Aku tidak mahu engkau terus-terusan begini.

Kerana…
Rosak dirimu maka akan rosaklah seluruh diriku.
Sedang baiknya dirimu maka akan eloklah diriku.
Bersegeralah engkau kearah keampunan dan maghfirahNya wahai hati.
Kerana di situ masih ada tempat buat dirimu,
Mencari REDHA ILAHI........

Yang Daku .....


 YANG daku CARI..

yang DICARI, walau bukan Putera Raja.. asal Sedap di pandang Mata...

yang di IMPI, biar Tak punya rupa KACAK, biarlah Putera yg berAGAMA...

yang diNILAI bukan Sempurna Sifat jasmaninya, ASAL rehat Rohani & sempurna Hatinya...

yang diHARAP bukan JIHAD pada Semangat, asal perjuangannya ada MATLAMAT...

yang Datang Tak Perlu Rijaal/mujahid yg gemilang, kerana ana srikandi/annisa yg penuh dengan KESILAPAN...

yang diTUNGGU bukan kemesraan dalam hubungan, TAPI! ikatan yg Halal yg penuh senyuman & pengertian...

yang diNANTI bukan lamaran permata, cukuplah dengan AKAD dan janji yang SETIA!

yang AKAN TERJADI ANDAI TAK SAMA dgn kehendak hati, ana REDHA dengan ketetapan Ilahi, kerana itu ketentuan sejak Azali...

~ "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMU petunjuk, ketaqwaan, kesucian diri dan kekayaan jiwa". [HR. Imam Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah]

p/s : utk akhi wa ukhtiku yg dirahmati Allah yg mencari & menantikan cinta yg halal, BERSABARLAH dan berikhtiarlh melaui Ta'aruf [No Pacaran!]... kerana engkau akan mendapatkn pasangan yg sesuai dgn karakter & sifatmu, yg akan saling melengkapi & saling mengasihi...

YAKINLAH! "semua akan indah pada waktunya" okkey?!  insyaALLAH...

Seorang suami bernama Muhammad...


Jika ingin membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita. Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Oleh itu, apabila dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai di seantero dunia.

Perkara yang pertama dan utama dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja… sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksu, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!

Siapa wanita yang paling cantik...?


Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi


Marhabah cinta..

Ketika aku bermohon kepada Allah kekuatan....,
Allah memberikan aku kesulitan agar aku menjadi kuat...

Ketika aku bermohon kepada Allah kebijaksanaan...,
Allah memberikan aku masalah untuk aku selesaikan...

Ketika aku bermohon kepada Allah kesejahteraan...,
Allah memberikan aku akal untuk aku berfikir...

Ketika aku bermohon kepada Allah keberanian...,
Allah memberikan bahaya untuk aku atasi...

Ketika aku bermohon Allah sebuah cinta...,
Allah memberikan aku orang-orang yang bermasalah untuk aku hulurkan tangan bagi menyampaikan bantuan....

Ketika aku bermohon kepada Allah bantuan...,
Allah memberikan aku kesempatan...

Aku tidak pernah menerima apa yang aku pinta...
tetapi aku menerima segala apa yang aku perlukan....

Ketika satu pintu kebahagian tertutup...
pintu bahagia yang lain masih terbuka luas untuk ku...

Tetapi....

Aku sering kali terpaku terlalu lama pada pintu bahagia yang tertutup sehingga aku tidak melihat pintu-pintu bahagia yang lain ...

Mungkin Allah menginginkan aku bertemu dengan beberapa orang yang salah,sebelum aku bertemu dengan orang yang tepat....

Aku harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaanNya...

Cacatan buat Muslimah Agama..

Muslimah sejati tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona...,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu....

Muslimah sajati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya...,
tetapi dilihat melalui keikhlasannya ketika dia memberikan segala kebaikan itu....

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya....,
tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan...

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari keahliannya berbahasa...,
tetapi dilihat memalui bagaimana cara dia berbicara dan berhujah kebenaran...

Muslimah sejati bukanlah dilihat melalui kekhuwatirannya digoda ditepi jalanan...,
tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda...

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia harus jalani....,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaanya kepada illahi...
dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang telah diberikan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger