Showing posts with label kisah dan tauladan. Show all posts
Showing posts with label kisah dan tauladan. Show all posts

Wednesday, 9 January 2013

Zaujah Solehah : Kisah Nabi Ibrahim dan Isteri Nabi Ismail



Apakah kita benar-benar faham apa itu ‘Zaujah Solehah’ atau Isteri Yang Solehah?


Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.






Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Sunday, 6 January 2013

Kenapa Awak Tak Rogol Saya?


Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

HIJAB AND NIQAB! MY RIGHT,MY CHOICE ,and MY LIFE

Heran...
Aku sangat heran!!
knpal bila aku pergi mana-mana je, mesti orang akan pandang aku? Aku ni cun ke? Err.. Memanglah aku cun.. 
Tapi apesal diorang pandang aku macam serigala lapar?
Patutnya kalau aku ni cun, pandanglah dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Ceywah...

Tapi kan.. Tapi...Tapi.. Aku ada tanya adik lelaki aku (tadika lagi budak tu), aku ni cun ke? Adik aku pun jawab la yang aku ni taklah cun mana. Dia kata biasa-biasa je. Lawa lagi cikgu sekolah tadika dia. Grrr! Pastu dia jeling kat aku atas bawah. Pastu kan, dia buat biji mata dia ke atas, mulutnya herot sedikit, tangan di bahu. Apakah maksudnya itu? Tapi aku rasa nak lempang pun ade bila dia buat gaya macam tu. Haha...!

Aku tengok depan cermin.
Rambut okay, baju ketat v-neck, lengan pendek paras bahu, seluar jeans ketat sebab style. Mekap takyah cakap la kan, bibir dan pipiku merah menggoda. Ok taknak cakap lebih-lebih. Then itulah gaya yang selalu aku pakai setiap kali keluar daripada rumah. Pegi mall, shopping complexs, hangout dengan kawan-kawan, tapi setiap kali tu jugak la aku berasa kurang selesa. Bukan kerana aku kurang selesa dengan apa yang aku pakai. Ok, baju aku ketat, memang kadang-kadang susah nak bernafas, tapi aku tak kisah sebab aku suke stylo. Tapi aku berasa kurang selesa dengan perhatian orang, terutama lelaki. Lelaki memandang aku macam tak pernah makan nasik, u know. Memula aku berasa sangat suka sebab aku berjaya menarik perhatian lelaki. Ramai jugak yang cuba mintak bb pin aku, tapi tak semua aku bagi. Aku tengok mana yang kacak je baru aku bagi. Haha! Tapi lama-lama, aku rasa sume tu sangat annoying......

Antara Manusia,Malaikat dan Syaitan..


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

KENAPA AWAK PAKAI TUDUNG BESAR,LABUH2 YEK?X RIMAS KE?


Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan...
 Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

 " Awak, boleh saya tanya?"

 "Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

 "Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

 Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

Tudung dan Baju Kurung Buat saya ingin Berubah..


Pada suatu hari , gadis A dgn gadis B ingin ke cafe di tmpt kuliah mereka. Mase nak pergi tu , gadis A nie pulak macam2 masalah pasal diri dia dan pakaiannya. Tersebut dialog perbualan mereka.

Gadis A : Alamak ! jerawat lah wak.. cmne nie? Malu lah saya nk kluar. -buat muka sedih dia tu-
Gadis B : HEHE , awak ni A(nme gdis tersebut).. erm , kalau taknk muka tu berjerawat , selepas solat , selawat banyak2 pas tu usap pada muka.. takyah pakai produk2 mahal2 sbb nak hilang jerawat tu. Selawat je , free.. dpt pahala lagi tu . - jawab dgn senyuman manis..-
Gadis A : Err?? ehmm.. hehe. ok. * what??! selawat? mcmne erk? -ckp dlm hati *

2 minit kemudian..
Gadis A : adoi~ rambut saya kusut lah.. mne sikat nie...awk tau tk?
Gadis B : ape lagi awak nie? sikat? mne lah sy tahu. sikat awak.. alah , awak pakailah tudung. x de sape yang boleh nampak rambut awak yg kusut tu. Lagipon , memakai tudung tu kan wajib. -senyum-
Gadis A : Errr??...yelaa awak.. * what? tudung? panas kau tau tak ! * -muka berkerut-

Saturday, 5 January 2013

Kisah disebalik cebisan kain yang menutupi....

Sebuah perkongsian pengalaman seorang pelajar IPT

Dewan kuliah besar pauh putra tiba-tiba sunyi dan senyap setelah seorang professor menolak pintu.

Aku yang sedang membelek-belek jadual waktu mengangkat wajah.

Menyoroti langkah pensyarah ke bahagian hadapan dewan sambil membetulkan dudukku.

Aku capai buku nota kuliah di dalam beg galas yang berada dihujung kaki.

"Assalamualaikum dan selamat pagi..welcome back to a new semester.

Tahniah kerana anda menjadi pelajar saya dan selamat datang ke kuliah pertama untuk subjek thinking skill"

Ujar lelaki yang usianya dalam lingkungan 40-an.

Diari seorang suami..




Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.


Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger