Thursday 28 March 2013

Wujudkah Allah ?



Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya. 

"Wahai ulama. Katakan kepadaku, apakah benar Allah itu wujud?"

Dengan tenang, lelaki tua membuka bicara.

"Anak muda, lihat pokok itu. Dari mana asal pokok itu?"

"Mestilah dari benihnya."

"Jika begitu, lihat pula dirimu. Dari mana asal dirimu?"

"Aku berasal dari ibubapa ku. Mereka melahirkan aku."

"Maka, kau bersetuju jika aku katakan bahawa setiap yang ada di dunia ini ada asal-usulnya, ada penciptanya?"

"Ya. Aku setuju. Aku setuju bahawa setiap yang ada didunia punyai asal-usulnya dan penciptanya. Tapi, aku nyata masih ragu-ragu. Jika benar Allah itu wujud, mengapa kita tidak mampu melihat-Nya?"

'Wahai anak muda, apa pegangan agamamu?"

Friday 22 March 2013

Saturday 9 March 2013

Layakkah Aku Untukmu


Dalam diam aku sendiri, aku tertanya-tanya. Layakkah aku untukmu?


Kaupinta ku menjadi suami, yang berbakti, yang berjasa, yang kenal hati budi dan yang mengerti, yang memimpin, yang menyayangi, yang melindungi, yang sama-sama mahu mencari reda Ilahi.


Sedang aku masih di awangan, dibuai nafsu yang tak kunjung puas, dengan dunia yang semakin mencengkam, dalam nurani yang semakin jauh, yang semakin parah melupai asal usul kedudukan diriku.


Kaupintaku menjadi imam, yang mengetuai, yang memberi didikan, yang mengajarkan, yang membetulkan dan yang menegur setiap tutur silapmu.


Sedang aku masih dihurung rasa jiwa yang penuh musibah, aku masih dibelenggu dosa-dosa noda hitam yang masih belum mampu aku tinggalkan, aku masih terikut-ikut dengan kepulan asap zulumat, yang terpalit pada wajah.


Kaupintaku menjadi kekasih, yang jiwanya tulus, yang jiwanya kudus, yang hatinya luhur, yang hatinya jujur, yang kasihnya dan cintanya untuk mencari cinta Ilahi.


Sedang aku masih terumbang-ambing dalam gelora dunia tanpa kusedari kusemakin hanyut.


Aku mencari cinta, yang bisa mendidik jiwaku, yang bisa mengubah rasa pada diri dan nurani. Apakah ada ruang untukku di hatimu lagi?


Aku tidak mahu lagi meragui dirimu pada insan lain, aku tidak mahu menekanmu untuk terus-terusan menyebut kau akan memilihku berbanding insan lain, justeru izinkan aku menyatakan rasa hatiku, agar kau tidak teragak-agak lagi untuk memilihku.


Tanyalah hatimu, layakkah aku untukmu?


Jika layak aku untukmu, bantulah aku untuk membimbingmu, bantulah aku untuk menampung segala kelemahanku, bantulah aku untuk berdiri tegak menjadi imammu.



Aku pasti...setiap pilihan Allah s.w.t adalah yang terbaik untuk kita...
Jadi, aku berharap aku adalah yang terbaik untukmu...
Insyallah...

Friday 8 March 2013

Neo Selawat acapella






Prelude (Choir): 
Allahuma shali ala Muhammad 
Ya Rabbi shali alaihi wasalim 
Allahuma shali ala Muhammad 
Ya Rabbi baalighul wasila 

Cannon and Contrapunct : 
Allahuma shali wassallim ala 
Sayidina wa Maulana Muhammad 
Adadama bi'iImillahi shalatan 
Da'imatan bidawami mulkilahi 

Keroncong : 
Ya Allah curahkan rahmat dan keselamatan 
Bagi Nabi junjungan kami Muhammad 
Selamanya di dalam keabadian 
Kekekalan kerajaanmu ya Allah 

English Version : 
Ya Allah please shower your blessing and your salvation 
To the Prophet Muhammad who we all adore 
May he always be under your sovereignity 
May he forever be under your loving care 

Interlude (Choir) : 
Allahuma shali wasalim wabarik alaik 
Allahuma shali wasalim wabarik alaik 
Allahuma shali wasalim wabarik alaik 
Allahuma shali wasalim wabarik alaik 

Over Tune (Mandarin Verson) : 
Ya Allah kei wo men tien an heu keu lien 
Ken lau se Muhammad yeh se aitha 
Hau hen chiu chai tien an the 
Allah teu keu lien wou men hau hen chiu 

Sunda Version:
Ya Allah lungsur keun rahmat sinareng salamet 
Kanggo Nabi junjungan kuring Muhammad 
Salawasna aya dina kawilujengan 
Salawasna ditang tayungan ku Allah 

Jawa Version:
Ya Allah Paringono rahmat lan keslametan 
Kagem Nabi junjungan kulo Muhammad 
Salaminipun wonten ing keselametan 
Salaminipun diwelasi Gusti Allah 

Minang Version:
Ya Allah curahkan jo kasalamatan
Taruntuak nabi piturui kami Muhammad
Sapanjang idui di dalam kabakaan
Salamonyo dalam kasiah sayang Allah 

Coda Fine F (Choir): 
Allahuma shali wassallim ala 
Sayidina wa Maulana Muhammad 
Adadama bi'ilmillahi shalatan 

Fermatta : 
Da'imatan.......bidawami..... mulkilahi


Thursday 7 March 2013

Salamun Salam





سلام سلام كمسك الختام



سَلاَمٌ سلام كَمِسْكِ الْخِتَامِ

Salam dan salam sebagai penutup yang baik

عَلَيْكُمْ أُحَيْبَابَنَا ياكِرَام
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia

ومَنْ ذِكْرُهُمْ أُنْسُنَا فِي الظَّلاَم
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman

ونُوْرٌ لَنَا بَيْنَ هذا الأَنَام
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat

سَكَنْتُمْ فُؤَادِيْ وربِّ العِبَاد
Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku

وأَنْتُمْ مَرَامِي وأَقْصَى الْمُرَاد
Kamu sekelian adalah maksud dan tujuanku

فَهَلْ تُسْعِدُونِي بِصَفْوِ الْوِدَاد
Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci

وهَلْ تَمْنَحُوْنِي شَرِيْفَ الْمَقَام
Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia

أنَا عَبْدُكُمْ يا أُهَيْلَ الْوَفَا
Aku adalah pembantumu wahai orang-orang yang mulia

وفِي قُرْبِكُمْ مَرْهَمِي والشِّفَا
Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku

فلاَ تُسْقِمُوْنِي بِطُوْلِي الْجَفَا
Maka janganlah kau sakiti aku dengan berjauhan dariku

ومُنُّوْا بِوَصْلٍ ولَوْ فِي الْمَنَام
Dekatkanlah aku denganmu walau hanya  dalam mimpiku

أَمُوْتُ وأَحْيَا عَلَى حُبِّكُم
Aku mati dan hidup dalam keadaan  mencintaimu

وذُلِّي لَدَيْكُمْ وعِزِّي بِكُمْ
Aku merasa hina dihadapanmu, dan bersamamu aku mulia

ورَاحَاتُ رُوْحِي رَجَا قُرْبِكُمْ
Ketenteraman jiwaku adalah berharap untuk dekat dengamu

وعَزْمِي وقَصْدِيْ إِلَيْكُمْ دَوَام

Azam dan tujuanku sentiasa padamu

فَلاَ عِشْتُ إِنْ كانَ قَلْبِي سَكَنْ
Aku tak akan hidup senang jika hatiku tenteram

إلَى الْبُعْدِ عَنْ أَهْلِهِ والْوَطَن
Dengan berjauhan dari orang-orang yang bersih hati dan tanah air mereka

ومَنْ حُبُّهُمْ فِي الْحَشَا قدْ قَطَن
Atau jauh dari orang-orang yang bertempat dalam lubuk hatiku

وخَامَرَ مِنِّي جَمِيْعَ الِْعظَام
Dan telah bercampur dengan seluruh badanku

إِذَا مَرَّ بِالْقَلْبِ ذِكْرُ الْحَبِيْب
Bila hati terdengar nama orang yang dikasihi

ووَادِي الْعَقِيْقِ وذَاكَ الْكَثِيْب
Dan lembah ‘Aqiq (satu lembah di Madinah) serta negeri itu

يَمِيْلُ كَمَيْلِ الْقَضِيْبِ الرَّطِيْب
Hatiku akan bergerak (kerana senang) sebagaimana dahan pokok yang bergoyang

ويَهْتَزُّ مِنْ شَوْقِهِ والْغَرَام
Dan akan bergetar kerana rindu dan cinta

لإِنْ كَانَ هَذَا فَيَا غُرْبَتِي
Kalaulah aku berjauhan darimu, aku akan merasa terasing

ويَا طُوْلَ حُزْنِي ويَا كُرْبَتِي
Alangkah sedih dan merananya aku

 وَلِيْ حُسْنُ ظَنٍّ بِهِ قُرْبَتِي
Aku memiliki prasangka baik, dari itu aku dapat mendekatimu

بِذُلِّي وحَسْبِيْ بِهِ يَا غُلاَم
Dengan aku merendah dan mengharap wahai tuan

عَسَى اللهُ يَشْفِي غَلِيْلَ الصُّدُوْر
Semoga Allah mengubati hati yang sakit

بِوَصْلِ الْحَبَائِبْ وَفَكِّ الْقُيُوْد
Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan

فَرَبِّي رَحِيْمٌ كَرِيْمٌ وَدُوْد
Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang

يَجُوْدُ عَلَى مَنْ يَشَا بِالْمَرَام
Yang memberi kepada siapa yang di kehendaki-Nya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger