Monday 21 October 2013

tips : Diet seimbang

Dah hampir seminggu aku di rumah..Jadinya,aku agak bosan lah juga duduk di rumah ini.Tak banyak yang boleh aku buat.Lepas habis melakukan semua kerja rumah,aku mula terfikir,aktiviti apa seterusnya yang boleh aku lakukan..? Dan nak tahu apa terjadi...owhh,after one hours there is nothing i can do..Well,adik-adik aku yang dulu nya aku anggap masih kecil ( agknyalah) semuanya semakin membesar dan mencapai usia akil baligh..They all become teenagers soon...Mereka nak buat perkara dengan sendiri tanpa ada bantuan dari aku and they love to hang out and spend their time with all their friends..YUCKS!.. jadinyamapa peranan aku kat rumah ini..I need back all my sisters and brothers..I miss the old of them..maybe,its take time for me to understand the really condition is and make it suit with my life..hope so,its doesnt take long time...Coz,all of this just play with my emotion and I hate to say this..



ok,done with that..InsyaALLAH,the problem will settle down soon.Memandangkan,tiada aktiviti yang boleh aku lakukan di rumah selain dari menyelesaikan kerja rumah serta menolong mama di dapur..Aku merasakan,I have gain my weight.! owh gosh..That,really make me headache..Berat badan dah bertambah..Inilah padahnya,kalau aku tak turun untuk pergi exercise or work out on something that can burn my cholesterol...Sekarang,mula lah nak risau..Actually,bukan lah gemuk sangat pun,tapi naik lah jugak sikit..grrrr,nasib baik perasan awal..Takkan nak tunggu sampai naik berat badan yang mendadak,baru nak exercise dan jaga pemakanan..So aku mula ambil langkah berjaga-jaga dari segi sudut pemakanan..Jom guys,lets see some tips that i want to show to you all,diet yang seimbang..jangan lah bimbang, i got these tips pun from Doctor..Kira expert lah kan..so rakan-rakan,yang mana rasa,korang masa cuti sem ini dah tambah berat badan,and u want to struggle maintain your body shape like old before,u all can try this tips..Hwaiiting and Good luck from me..!!!


Cuba amalkan panduan2 ini...

1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. (sunnah nabi,kunyah hingga 40 kali..)Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang...

2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .( good tips (y) )

4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup. ( agreed)

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice. ( lets try this,makann kesihatan)

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.( no junks or fast foods)

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.( this also please avoid this type of food)

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh. ( my habit early in the morning, awesome!)

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang.

11.  Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

Tuesday 24 September 2013

Dalam Hatiku Cukuplah Ada Allah

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,

cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

Sajak Aminah Qutb buat suaminya.Aminah Qutb adalah adik kepada  Syed Qutb yang mati ditali gantung atas sebb ketajman mata penanya.

Friday 6 September 2013

jalan CINTAku

Alhamdulillahilladzi 'afani
Mimmabtalaka bihi wafaddolanii
'Ala katsirin mimman kholaqtafdila

Biar jatuh kubangkit semula...Biar lemas kurenangi jua...
Biar payah ku terus harungi...
Biar tewas ku makin berani...

La ilaha illa anta
Subhanaka inni kuntumminzzolimin
I
nilah jalan cintaku....
Di laluan yang berliku...
Tidak mudah...
Kaki ini melangkah...

Inilah jalan cintaku...
Biarpun berjuta batu..
Tidak lemah...

Terus aku melangkah...

kumpulan nasyid : AIDIL
Composed: Hafiz hamidun

sujudku terakhir (kembali)


Telah lama ku tersasar....
trdampar dan alpa daku di dalam sedar..
nyaris tenggelam diriku...
hanyut diarus mimpi yang palsu..

tidak terhitung nikmatMu..
yang Engkau pinjamkan kepadaku..
Kiranya semua itu,ujianMu buat ku...

Sebelum buta mata dan hatiku ini...
dengan kesedaran diri,aku ingin segera kembali...
terimalah daku,wahai Tuhanku yang Maha penyayang..
kira ini sujudku yang terakhir....

Sunday 1 September 2013

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam


Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA

BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

Saturday 20 July 2013

Matikanlah aku dalam khusnul khatimah.


Memahami konsep dan falsafah islam dalam menghadapi penyakit.

Memahami konsep ini adalah penting dalam kehidupan muslim agar betul iman dan tindakan.Dalam menghadapi bahaya yang mengancam,islam melarang manusia untuk memusnahkan diri secara sia-sia.Diharamkan membunuh diri sendiri, atau orang lain,mencederakan diri atau orang lain.Semua itu dilarang dengan sebab yang sah seperti perang,bunuh bals,hukuman dan seumpamanya..

Firman ALLAH :

" jangan kamu campakkan diri kmu ke dalam kebinasaan" .surah al baqarah ayat 195

Firman NYA juga :

'Jangn kamu bunuh diri kamu sesunguhnya ALLAH sangat kasih kepada kamu" ( Surah AL Nisa ayat 29 )

Dalam erti kata lain,menyelamatkan diri daripada kemusnahn adalah tuntutan islam.Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri.Nabi SAW ketika berbicara mengenai Taun menyebut

"Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat.jangan kamu pergi kepadanya.Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ,jangan kamu keluar darinya." (Riwayat Al Bukhari dan muslim)

Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar.Hadis ini pernah dibca oleh  ' Abdul Rahman bin auf ' kepada khalifah ' Umar bin al khattab ketika beliau bercadang untuk pergi ke syam semasa wabak taun merebak di sana pada zaman pemerintahnya.Mendengarkan hadis ini,Amirul Mukminun membatalkan hasratnya.

Menyebut tentang kuarantin,kali ini allah mengurniakan ujian yang tidak pernah ku sangka-sangka kan.Pulang sahaja,dari kelas petang,semua ahli rumah ku sudah pun berkumpul di ruang tamu dan gaya mereka seperti sedang  menunggu rakan-rakan yang lain pulang dari kelas.Nampaknya,aku lah orang yang terakhir yang mereka tunggu.Hari itu aku pulang sedikit lewat kerana menyelesaikan tugasku di Pusat sumber.Aku melihat seorang lelaki sedang duduk di tempat kerusi sambil separuh mukanya ditutupi ' Mask'

Dipendekkan cerita,kami telah dikuarantin gara-gara penyakit berjangkit yang melnda rumah kami.Sebelumn ianya merebak ke pelajar yang lain,kami telah dkuarantinkan selama 14 hari.Kebetulan,hari itu,aku juga tidak sihat.Suhu badan ku pans.Batuk-batuk,selsema,pening kepala serta tekak ku mula loya-loya..Mataku mula merah-merah..

BICARA KESAKITAN

sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu

Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam, hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.
Kita selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.
Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.

REDHALAH YANG PALING UTAMA

Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah aku membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.
Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT?
Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?
Mengapa ada yang sihat tubuh badan tetapi bayak berbuat maksiat?
Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Begitu juga sebaliknya, aku perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.
Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri sendiri. 

Hanya dengan cara ini aku akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya aku menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. 

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Aku giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

SAKIT HANYA SEBAGAI SIGNAL DARI ALLAH

Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”

Sakit, mampu menjadikan aku beringat. Seakan-akan bila aku sakit, Allah SWT berbisik kepada aku: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Sakit adalah petanda bahawa aku adalah manusia,aku hamba yang hina serta serba kerdil.
Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, aku perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan diri. Didatangkan sakit, adalah untuk aku beringat betapa aku hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

Percayalah, akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.
Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Untuk itu, jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya aku ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila aku sakit, hakikatnya ALLAH sedang memberikan perhatian kepada diriku. Bukankah itu satu kemuliaan?

Allah SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30

Semoga aku tidak seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’. Sakit itu hanya sementara. Mungkin Allah suruh beringat sahaja. Bila dah beringat, Dia akan angkat penyakitnya.

I believe in Allah.sesungguhnya allah sebaik-baik penolong...allah,sebaik-baik pelindung serta aku menyandarkan segala pengharapan ku kepada ALLAH.Allah mengurniakn aku sakit yang tidak ku sangka-sangka kan untuk menghapuskan dosa-dosa masa lampauku yang lalu.ALLAH Maha ADIL lagi Maha pengasih.Walaupun diriku,dihidapi penyakit,tetapi ALHAMDULILLAH,aku masih diberikan kesmpatan untuk aku terus menghirup udara dan meneruskan kehidupan walaupun bukan seperti insan yang lain.Petanda,yang allah berikan kepada ku bahawa ajal itu,bila-bila masa sahaja..Sama ada cepat atau pun lambat.Dan aku masih mempunyai kesemptan dan peluang yang Allah kirmkan,untuk aku terus bertaubat dan menambah bekalan sebelum berjumpa dengan Nya.. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger