Monday 31 December 2012

Memperkasakan diri dengan bersikap Asertif



Aku tertarik dengan sebuah buku yang sebentar tadi aku pinjam dari perpustakaan.Tajuknya menarik dan membuka minda ku  untuk berfikiran ke arah yang lebih positif.
Ini adalah sebahagian kupasan  dari aku mengenai buku yang telah dibaca oleh ku.

Ramai di kalangan pelajar khususnya,didapati sukar untuk menyatakan perasaan secara jujur dan terbuka kerana mereka kurang asertif.Misalnya,sukar untuk menyatakan 'TIDAK' pada keadaan yang sepatutnya sehinggakan mereka tidak secara sengaja terjerumus dengan panagihan rokok sehinggalah ubat terlarang iaitu dadah contohnya dan pelbagai aktiviti sosial yang lain,asalnya berpunca daripada kurang bersikap tegas diri.

membina NILAI IMAN pada jiwa anak

Pendidikan iman pada anak-anak seharusnya dimulakan pada tahap umur yang seawal mungkin.Tentu sahaja pendekatannya berbeza mengikut umur.Sebagai ibu bapa,kita harus memasukkan ini dalam perbualan seharian.Misalnya,ketika makan,ketika musafir,ketika kehilangan barang atau musibah dan sebagainya.Dalam situasi ini,anak-anak perlu tahu dan merasai betapa Allahlah penentu segala-galanya.Allah lah yang menyediakan rezeki untuk hambaNya,menjadikan alam ini indah terbentang dan mengatur setiap detik perjalanan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi.

Bukan setakat itu sahaja,anak-anak perlu dihubungkan dengan keredhaan dan kemurkaan ALLAH SWT,kesabaran,kesyukuran dan sebagainya supaya anak-anak dapat berfikir dan merasai setiap sesuatu di atas nilai iman.Persoalan redha dan murka ALLAH seharusnya menjadi agenda besar dalam jiwa mereka.

Saturday 29 December 2012

Ujian Hidup – IM Aran, Asyraf, Nuri, Abe, Azhar




Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Adat Jangan Bertentangan Syariat





Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup.

Amat menjengkelkan apabila ada lapisan masyarakat menjadikan adat sebagai perkara wajib hingga tuntutan agama diabaikan. Perkara ini dapat dilihat terutama dalam majlis yang membabitkan perkahwinan, menyambut kelahiran cahaya mata dan kematian.
"Sebenarnya, masyarakat perlu faham bahawa Islam tidak pernah menolak adat selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan masyarakat kerana wujudnya kekeliruan antara memahami adat dan tuntutan agama," kata Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Rugayah Tibek.

Menganiaya dan Hukumnya dalam Islam



Perbuatan menganiaya orang lain, termasuk dosa besar yang telah dilarang oleh Allah. Allah berfirman dalam Al-Qur’an : 

“Katakanlah : Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar (menganiaya).” (QS. 7 : 33) 

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.



1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Friday 28 December 2012

Oh Muslimah




Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
Tajuk Nasyid : Muslimah
Artis : Nazrey Johani
Album : Permata Hati

Friday 21 December 2012

MENGUMPAT..MENGATA..






Hukum mengata dan mengumpatRamai yang kurang senang bila dengar tentang HUKUM MENGUMPAT,ini kerana ramai yang suka mengamalkan tabiat nie,malah ada ketikanya dah menjadi amalan harian kan....Kadang kala aku sendiri TERbuat jugak,tapi sekarang dalam proses perubahan kearah kebaikan...:)



Sekadar renungan untuk semua berkaitan Hukum Mengumpat atau ghibah.Ianya ada berkait rapat dengan kehormatan dan keperibadian seseorang. Ianya bukan sahaja menimbulkan keaiban kepada ORANG yg DIUMPAT malah menampakkan KEAIBAN dan KEBURUKAN SI PENCERITA.


Allah swt telah menetapkan nas yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam Firmannya :-


Thursday 20 December 2012

SEJARAH PERMULAAN DAN AKHIR ZAMAN

PART 1



PART 2



BANGSA MELAYU DAN YAHUDI : WATAK AKHIR ZAMAN


Wednesday 19 December 2012

kekejaman di Syiria

‎{URGENT!! Amanat Shaikh Muhammad Ali as-Sobuni kpd rakyat Malaysia!}

Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, mnerangkn keadaan saudara kita di sana.. BESARNYE FITNAH SYI
AH LAKNATULLAH!!

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYATEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.

di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..
RENUNG2KANLAH...





Monday 17 December 2012

Tujuh Sifat Mereka Yang Merindui SYURGA



Assalamualaikum....

Lagu Opick,'PEWARIS SYURGA' :)
http://www.youtube.com/watch?v=OzeiwDQ3hS4
SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1 HINGGA 11.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman

2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;

3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya,
maka sesungguhnya mereka tidak tercela:

7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;

10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi--

11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


Jom usaha jadi hamba yng dirindui syurga :') ♥

Oleh: Jihad Umayrah Artworks - Lukisan Da'wah

3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI ?

QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” Surah al-Ankabut ayat 2-3 

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN ?

QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA (FRUST) ?

QURAN MENJAWAB: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah ali-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN ?

QURAN MENJAWAB: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” Surah ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

QURAN MENJAWAB: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?

QURAN MENJAWAB: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.....” Surah at-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

QURAN MENJAWAB: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.” Surah at-Taubah ayat 129

KITA BERKATA: BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN LAGI ??!!

QURAN MENJAWAB: “.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf ayat 12

Sunday 16 December 2012

Bahana Laman Sosial





Doa Solat Istikharah




<<< BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA >>> (pakat SHARE ramai2)

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ust
az dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:
Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

>Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
>Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
>Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
>Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
>Selepas memberi salam, bacalah doa berikut seperti gambar lukisan di sebelah (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Terjemahan Doa':
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua..Ingatlah:

“…..Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)

Wallah hu ‘alam

Sumber: http://www.darussyifa.org/modules.php?file=article&name=News&sid=10

doa sebelum tidur



♥ Sebelum tidur baca doa tidur.Bismillah 21x ,3 Qul n ayat Qursi juga jgn lupa mengucap 2 kalimah syahadah..kerana esok hari belum tahu lgi adakah Kita dapat

MELIHAT mentari dan menghirup udara yang segar ♥



selamat malam ♥

1


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:30)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger