Wednesday 24 April 2013

hadirnya kesedihan...




kesedihan...
engkau sering datang tanpa aku undang
engkau menjelang tanpa ungkapan salam
engkau menerpa masuk tanpa dijemput
engkau hinggap lekap di pelbagai sudut

dengan wajah yang menyimbah resah
dengan lidah yang menempah gundah
dengan cara yang membawa lara
dengan bahasa yang menjelma duka
bagimu rupa yang bermacam warna
hingga aku sendiri lupa dalam membezakan nama

kesedihan....
pada awal mengenalimu,aku begitu terkedu
wajahmu nan suram seakan seluruh hidupku menjadi kelam
aku terdiam,tersungkur dan terbungkam
siangku bagaikan malam
cahaya bagaikan kelam
kau cuba palutkan rasa takut dan kalut dalam diriku
sehingga nafas ku menjadi semput dan susut
lantas dirimu merampas rasa ceria hidup yang selama ini aku hirup

kesedihan.....
tika ini,telah lama aku mengenalimu
apa tidak,sering dirimu hadir,lalu dan bertamu dalam hidupku
entah berapa waktuku kau ganggu
entah berapa medan dah kau kutentang
entah berapa lama kita berkawan tanpa sayang
datang dan pulangmu sama sahaja
hadir dan pergimu tiada bezanya..

kesedihan...
sejak dulu apa yang kutahu
setiap kali kulihat rupa sayumu
akan kupanggil syahdu nama TUHANku...
setiap kali kudengar telapak kakimu bergerak
kuseru TUHANku dengan sebak
setiap kali kurasa kau mula melangkah
jiwaku pun pasrah, pada ALLAH aku berserah

kesedihan..
kutahu
kau akan terus datang,sukar untuk aku halang
kutahu
kau akan terus bertamu,tanpa jemu

Namun,pabila kita berjumpa...
kau akan ku hambat dengan air mata munajat
kau  akan kulontar dengan esakan istighfar
kau akan kusiaga dengan tangisan doa
kau akan kugempur dengan rasa syukur

kesedihan...
hadirlah jika itu yang engkau mahu
moga jelmamu selalu menbangunkanku
bangun,pilu pada malam syahdu
untuk kubasahi pipiku dengan meratapi
" Ya Rabbi! kasihi hambaMU ini....



Tuesday 23 April 2013

Aku ini siapa...?

 


Merentas safar kehidupan.....
satu perjalanan
dari hari aku dilahirkan
sehingga waktu bertemu Tuhan

Pelbagai telah aku lalui..
 aku pernah cuba menuruni lurah yg dalam lagi kejam,
adakala aku melalui sungai permai lagi damai,
aku juga ada ziarah di desa lemah lagi lesu,
dan aku juga bertandang  di ladang lapang dan senang,
tidak ketinggalan pernah aku singgah di daerah susah dan payah,
pernah aku menjadi tetamu ditanah mewah dan indah,

pernah aku disapa manusia celaka lagi neraka,
pernah aku berjumpa insan mulia dan syurga,
pernah aku terserempak si bongkak penuh lagak,
pernah aku mengenali si jiwa murni penuh budi,
pernah aku bertegur si jujur yang luhur,
dan pernah aku ditarik si munafik yang berbolak balik..

Telah kurasa derita air mata....
telah kucuba gembira senyum tawa
namun...
tiada bekal yang lebih cekal
melainkan hidup dibawah lembayung tawakal
tiada pedoman melawan sukar dan gusar
melainkan keinsafan dan istighfar
tiada senjata menghambat pancaroba
melainkan munajat dan doa
akan kuterus kembara di sahara maya
menuju ke saat penamat sebuah riwayat
kunci suci ialah bertanya nurani :

ENGKAU SIAPA WAHAI DIRI?
HAMBA TUHAN atau HAMBA ABDI KEHIDUPAN ?





Sunday 21 April 2013

Aku malu kerana dipuji



Aku malu pada Tuhan dan diriku
mendengar pujian orang buat diriku
kerna kutahu,aku tidak layak untuk itu.....

Ya Allah...
KAU Maha Mengetahui tentang hambaMu ini
dosa dan noda pada anggota dan jiwa
dalam kesunyian malam,ku pohon keampunan
janganlah pujian orang itu hanya satu igauan
sedang daku di lembah kemurkaan
hulurkan untukku lautan keampunan
limpahkan daku hamparan keikhlasan
hingga pujian atau makian
tidak akan mengugat perasaan.

TUHANku...
Ampunlah daku bila aku dipuji
sedang diKAU mengerti
diriku ini belum cukup murni
siapalah daku dibandingkan dengan hamba-hambamu yang suci
para mujahid mahupun mujahidah yang cukup berbakti
sedangkan aku hanya di pinggiran budi,
belum cukup harta,atau air mata yang kucucuri
belum pun darahku tumpahi atau nyawa kukorbani
mereka sudah memuji
sedangkan baktiku belum pun terbukti
bahkan jauh antara langit dan bumi....

Maka tutupillah kelemahan diri ini
ketika dahi merapat ke bumi,aku tangisi
dalam kesunyian dinihari...aku ratapi..
aku amat malu pada-Mu ILAHI...
aku bimbangkan nifaq diri tersembunyi
bimbangkan puji membunuh kejujuran naluri..

Wahai ILAHI..
ampunkan daku kerana tak layak dipuji
ampunkan mereka kerana salah memuji..



Monday 8 April 2013

Sendiri Menyepi





Semakin aku ingin larii...
semakin kuat dia menghampiri...
semakin ingin cuba elak...
makin kuat dia memberontak...


aku tidak kuat lagi...
Tidak kuat lagi Ya Allah...
aku tidak mampu untuk melawannya sendiri....
Ya Allah..bantu diriku ya Allah...
jangan kau biarkan diriku menentukan nasibku sendiri...
walaupun sesaat ya Allah....


Friday 5 April 2013

Larangan Menipu





Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
 “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Sebab hadis ini ialah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. lalu berdekatan dengan selonggok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan? Orang itu menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya. Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku. (Muslim, al-Tirmizi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger