Wednesday 27 February 2013

Rahmat ALLAH itu Luas...



Pandanglah ke bawah....
untuk sedar nikmat yang melimpah...
pandanglah ke atas...
untuk insaf amalmu yang terbatas...
moga di situ nanti,takut dan harapmu bersemi...

kekdang mahmudah tidak dapat dicapai dengan amalan...
tapi harus ditempa oleh kerikil ujian...
sering kali kealpaan dan mazmumah diri...
diperingatkan oleh kesempitan rezeki....

sejauh mana kita mengasihi manusia...
dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada yang Esa...
hitung kesyukuranmu....
bukan kesukaranmu...

Kekadang tuhan menyempitkan...
agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan...
kekadang DIA melapangkan...
agar engkau tidak selalu dalam kesempitan...
kekadang Dia melepaskan kau daripada dua-duanya...
agar engkau tidak bergantung kepada sesuatu,
selain-Nya...

Belajarlah melalui alam...



Lihat kayu-kayan di hutan...
berebut lepaskan pucuk...
ingin dulu ke atas....
tanpa kasihan belas....

Lihat batu-batan di jalanan....
kaku,beku dan bungkam...
tanpa ada siapa ambil peduli...
apa yang terjadi....

Lihat binatang di rimba...
jadual hidupnya yang sama...
hanya kerana makan...
rela membunuh kawan...

Namun,kita adalah manusia....
dikurniakan hati dan pemikiran...
diukir penuh kesempurnaan...
demi kasih sayang Tuhan....

Kita bukan haiwan...
pun bukan batu jalanan...
atau kayu kayan di hutan....
hidup ini biarlah beerti...
ikutlah perintah illahi...

Tuesday 26 February 2013

Oh ibu...oh abah...anakmu merindui dirimu...



Bahagia seluruh semesta....
bermula dari sebuah keluarga yang bahagia...
dari titis susu ibu yang tersayang...
terbinalah sungai kasih yang panjang....

Tumbuh dari keringat abah..
kita perah pengorbanannya yang melimpah...
air matanya mengalir di darah kita...
membina semangat dan cita-cita...

Rentas seribu lautan...
kembaralah di serata benua...
takkan kau temui semurni cinta..
semurni cinta keluarga...


bila langkah remajamu ditusuk sembilu
kembara dewasamu diamuk nafsu...
kenanglah pesan ibu
ingatlah madah dari abah:
Kembalilah ke jalan Allah..


Jauh di Mata,Dekat Dirasa



Cetusan rindu itu memberitahu,
bahawa Engkau dekat di hati ini
denai rasaku bergetar lagi,
KeagunganMu menggamit kembali...

Telah terguris samudera kasih,
lalu rimbunlah serumpun noda,
Tika ingin kugenggam cinta,
Tersungkur diriku di rimba dosa...

Aduhai........pilunya kembara ini,
Terkaku aku keliru nan beribu,
meskipun cintaku hanya satu...
Namun langkahku sering terganggu....

Tuhan....
Mengapa tika KAU hampir,
diriku kian terpinggir....
Mengapa wangi cintaku
Semarak dikembang nan palsu....?

Tuesday 12 February 2013

Awwaluddin Makrifatullah.Bahagian ke-2



Seperti yang dijanji di bahagian entri yang pertama,saya akan menyambung entri yang kedua dengan tajuk " jangan datang di antara dua kekasih ..." Sebelum ini,pembacaan di entri pertama,kita berhenti dengan doa yang selalu meniti di bibir Rabiatul Adawiyyah.
Oleh itu,saya akan berbicara dengan lebih lanjut dengan kita menghayati kisah-kisah tokoh-tokoh yang lain,bagaimana mereka meletakkan kecintaan mereka yang tinggi kepada Allah SWT.

Pasti saudara dan saudari pernah mendengar kisah pengorbanan suci Nabi Allah Ibrahim a.s ,bukan...? Begitu berat cubaan yang menimpa diri baginda.Begitu berliku dugaan yang harus ditempuhi.Namun baginda tetap tabah dalam setiap dugaan yang menimpa dirinya.Mengapa..?
Mari kita jawab sama-sama,"kerana baginda sudah mengenali Allah SWT."Baginda yakin bahawa Allah SWT sekali-kali tidak akan menzalimi manusia.Kerana
 " Apa yang baik menimpa kamu adalah datang dari Allah dan apa yang buruk yang menimpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri..." (surah an-Nisa' : 79)

Nabi Ibrahim a.s adalah seorang hamnba yang begitu tinggi cintanya kepada Allah SWT.Hinggakan semasa baginda hampir dibakar oleh Raja Namrud,Jibrail datang menawarkan bantuan,lalu baginda berkata kepada Jibrail," siapakah yang berkuasa menyalakan api ini...?"
"Dialah satu-satunya yang mengetahui segalanya tentangku,aku tidak akan meminta pertolongan apa-apa darimu,jangan datang di antara dua kekasih! "Lalu Allah menyejukkan api itu untuk Nabi Ibrahim sebagai imbalan cinta dan keyaakinan baginda yang langsung tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT.

Teman-teman,
Dugaan terhadap Nabi Ibrahim a.s tidak terhenti di situ.Nabi Ibrahim a.s tidak mempunyai anak walaupun sudah lama menginginkannya.Bukan AlLah SWT tidak mendengar doa baginda,tetapi Allah ingin menguji cinta hambanya itu.Setelah sekian lama,baginda dikurniakan Nabi Ismail a.s menjadi putera baginda.Nabi Ibrahim a.s berasa teramat gembira dan bersyukur.

Rujuk surah As-Shaffat : 101
" Maka kami berikan dia berita gembira dengan anak yang amat sabar ( Ismail) "

Belum sempat baginda melihat anaknya itu membesar di depan mata,Allah SWT mewahyukan Nabi Ibrahim a.s untuk meninggalkan isterinya,yakni Siti Hajar serta anaknya,Nabi Ismail a.s di sebuah gurun yang tandus yang tidak berpenghuni.Demi cinta yang tinggi kepada Allah,Nabi Ibrahim a.s menurut perintah Allah tanpa ada sedikit pun bantahan atau sebarang keraguan.Sebaik meninggalkan keluarganya di sana,Baginda berdoa kepada Allah SWT....

Rujuk Surah Ibrahim : 37

" Ya Tuhan kami,sesungguhnya aku telah menmpatkan sebahagian dari keturunanku di lembah yang tiada tanam-tanaman,dekat dengan rumah Engkau hormati.Ya tuhan kami, ( demikian itu) agar mereka mendirikan solat,maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah rezeki kepada mereka dari buah-buahan,mudah-mudahan mereka bersyukur..."

Wahai teman-teman,lihatlah bagaimana hebat kesetiaan Nabi Allah,Ibrahim a.s meskipun dihujani ujian yang sedemikian hebat,baginda sedikit tidak pun merungut dan berputus asa dari rahmat Allah SWT.Lalu beberapa tahun selepas itu,sesudah Nabi Ismail a.s dewasa.Nabi Ibrahim a.s dipertemukan semula dengan keluarganya.Itulah detik paling membahagiakan dalam hidup baginda,Nabi Ibrahim a.s amat mencintai Nabi Ismail a.s dengan sepenuh jiwanya.Mereka diperintahkan agar membina Kaabah yang kita tawaf hari ini sebagai lambang cinta suci.

Belum pun sempat puas Nabi Ibrahim a.s bermesra dengan puteranya itu,satu lagi ujian datang menimpa,kali ini lebih berat.Maka ketika anak itu sampai pada umur sanggup berusaha bersamanya,( Ibrahim) berkata,
" Maka ketika anak itu sampai pada umur sanggup berusaha bersamanya,(Ibrahim) berkata," Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu.Maka fikirkanlah bagaimana penadapatmu," Ismail menjawab,(Ismail) " Wahai ayahku! lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu,Insya-ALLAH engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." ( surah As-Saffat : 102)

Berat hati Nabi Ibrahim a.s untuk melaksanakan satu perintah yang saya yakin tiada mana-mana bapa di dunia ini yang sanggup melakukannya.Namun,kerana cintanya pada Allah SWT,melebihi segalanya,Nabi Ibrahim a.s lakukan jua.Tatkala baginda membaringkan Nabi Ismail a.s,Allah memanggil baginda dengan panggilan  penuh kasih sayang dari yang Maha Pencipta..

"Serta Kami menyerunya,"Wahai Ibrahim,sesungguhnya engkau telah menbenarkan mimpi itu,demikianlah balasan bagi orang-orang yang yang berbuat baik.Sesungguhnya ini hanyalah satu ujian yang nyata..."
( Surah As-Saffat 104-106)

Subhanallah,demikianlah hebatnya cinta hamba kepada Tuhannya.Sebenarnya,simbolik kepada kisah ini adalah Allah SWT mengkehendaki Nabi Ibrahim a.s menyembelih cintanya yang berlebihan selain kepada Allah SWT.Lantaran terlalu kasih kepada Nabi Ismail a.s cinta baginda menjadi terlalu mekar kepada putera baginda itu.Jadi kerana itulah.Allah SWT mengarahkan Nabi Ibrahim a.s agar 'menyembelih' cinta itu kerana tiada cinta yang mampu menandingi cinta kepada Allah SWT.Lihatlah bagaimana Allah mendidik kita melalui ayat di atas,cintanya seorang ayah yang berlebihan terhadap anak kandung yang mampu menggugat cintanya kepada Allah SWT,diperintahkan agar cinta itu dikorbankan.Bagaimana pula dengan manusia yang cintanya tertumpu pada perhiasan dunia semata-mata hingga mengabaikan perintah Allah SWT..?Bagaimana pula dengan cinta sesama manusia sehingga meminggirkan batas larangan Allah SWT..? Mari kita renung dan pejam mata sebentar serta menghayati di mana kedudukan cinta kita di sisi Allah SWT.

Saudara saudari teman seperjalanan,anda masih bersama saya lagi,bukan..? Kalau terdapat cinta yang berlebihan terhadap sesuatu yang selain dari Allah SWT,Awas! Marilah kita meninggalkan sahaja cinta itu,agar Allah SWT gantikan kepada kita cinta yang lebih suci seperti mana Allah menggantikan kibas yang besar untuk Nabi Ibrahim.Tiada cinta yang tulus selain cinta dari Allah.Walaupun,kita mencintai seseorang,janganlah cinta ini kita utamakan.Cinta Allah,kita letakkan sebagai cinta keutamaan Utama.Kita sering leka,kita mengenali ornag kita sayang lebih dari kita mengenali ALLAH dan Rasul kita sendiri.Mulai dari saat ini,ubah persepsi,mari kita kenali pencipta kita dahulu..Mari kita kenali Rasul kita dahulu.Pasak di dalam diri,cinta Allah tidak pernah akan mengecewakan dan pesan buat diri juga,Cintailah sesorang yang membawa kita untuk lebih dekat mencintai Allah..

Setelah pelbagai ujian telah berjaya dilepasi Nabi Ibrahim a.s dengan cemerlang,tibalah masa untuk Allah memberikan sesuatu kepada baginda.

" Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengaan beberapa kalimat( perintah dan larangan),lalu Ibrahim menunaikannya,Allah berfirman,"Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam kepada seluruh manusia...."
(surah al-Baqarah :124)

Tidak cukup dengan itu,ALLAH SWT memuliakan lagi Nabi Ibrahim dengan mengisytiharkan...

"Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya.." ( surah an-Nisa :125)

Semoga kisah ini menjadi teladan kepada kita dan menambahkan lagi semangat kita untuk meneruskan perjalanan ini.Apakah hikmah di sebalik kisah ini..? Adakah tempat sebagai kekasih Allah SWT sudah pun penuh kerana telah ditempah Nabi Ibrahim dan  Rasullullah SAW..? Tidak saudara dan saudari,sesungguhnya kasih ALLAH SWT tidak berbelah bahagi kepada hamba-hambaNya yang mendambakan kasihNya kecualilah kepada orang-orang yang zalim.Firman Allah SWT,didalam surah Al-Baqarah ayat 124 yang pada akhir ayat Allah SWT sebutkan,

                "... dan janjiKu ini tidak mengenai orang-orang yang zalim.."

Monday 11 February 2013

Coretan hati (2.0) Sejauh mana persiapan diri..?





Aku,dalam kembara ke arah rumah tangga ini,ada satu perkara yang sentiasa aku  fikirkan adalah " mampukah aku bertahan...?"

Mengapa persoalan itu timbul...?

Hal ini kerana rumah tangga seperti kehidupan.Kita tidak akan tahu bila waktu ia akan berakhir.Rumahtangga bukan seperti sesi sekolah menengah.Kita boleh jangka,dalam lima tahun kita akan tamat pengajian.Rumah tangga bukan seperti alam universiti semasa menerima ijazah.Kita boleh jangka dalam tiga hingga empat tahun,kita tamat pengajian ijazah.Namun rumah tangga ini,kita tidak tahu waktu itu berakhir.Penceraian ataupun kematian sahaja yang akan menamatkannya.

Siapa yang mahu berkahwin dengan matlamat bercerai..? pastinya semua tidak menginginkan hal ini terjadi dalam rumah tangga termasuk diriku.

Maka,kematian sahaja yang menamatkan sebuah rumah tangga.Bila pula kita akan mati..? Tidak tahu.Ya,jawapan tidak tahu itu menggambarkan tempoh kita berumah tangga.

Mampukah aku bertahan...?
Soalan itu muncul...

Aku menyedari hakikat rumahtangga tidak akan manis sentiasa...
Kita dengan realiti dunia yang tidak sentiasa manis.Hidup ini ibarat roda.Sebentar di atas dan sebentar di bawah.Rumah tangga juga tidak terkecuali dari menerima badai.
Rumahtangga bagi ku bukanlah sesuatu yang manis sentiasa.Itu realiti yang wajar kita ingati.

Pada hari ini,kita lihat jejaka ataupun dara yang kita kita cintai itu kacak,wangi,kemas,kelakar,sentiasa tersenyum dan nampak tidak mempunyai masalah.Dia sentiasa berbicara dengan kata-kata yang baik,kelihatan soleh serta solehah dan sebagainya.
Bagaimanapun,selepas rumahtangga,kita bersamanya dalam tempoh 24 jam.Tidur disebelahnya.Kita berkongsi masalah-masalah yang sebelum ini tidak kelihatan.Kita mendengar dia merungut dan mengeluh.Kita melihat wajahnya muram dan durja.Kita melihat kesedihannya,kelemahan-kelemahan dan keaibannya,dia tidak wangi,dia tidak cantik ataupun kacak dan sebagainya.Pada waktu tertentu,dia akan marah,bengang dan tertekan.Ada ketika dia terlupa membantu kita,mengotorkan rumah ataupun membuatkan kita rasa serabut dan lain-lain...Ya itu realiti.Akibat dari itu aku sentiasa terfikirkan reliti ini yang membuatkan aku tidak memandang ringan perkara bernama 'cinta'

Oleh sebab realiti yang sedemikian,aku mempunyai harapan supaya rumah tangga itu mampu menjadi saham akhirat.Selain itu,aku mahu bersama-sama orang yang aku cintai menembusi syurga ALLAH.Oleh yang demikian pada pandangan aku,penting untuk aku mempersiapkan diri.

Bagi lelaki,mereka perlu mempersiapkan diri menjadi individu yang mampu untuk memimpin isteri dan anak-anak.
Bagi perempuan,mereka perlu mempersiapkan diri menjadi individu yang mampu mendampingi dan melorongkan suami ke arah kebaikan dan mendidik anak-anak menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa.

Masa yang panjang bersama ranjau dan cabaran yang pasti mendatang,maka bagi aku yang mendalami dan memahami perkara ini,persiapan adalah perkara yang yang diperlukan..Persiapan disini bukan semata-mata persiapan duit menghadapi majlis perkahwinan.Lebih penting,persiapan bagi mengemudi bahtera bernama kehidupan.Aku menelaah buku-buku mengenai rumah tangga.Aku mula memahami dan mengerti.

Sebelum aku menjadi seorang isteri....

aku menyoal diri...
  
i) bagaimanakah hubunganku dengan allah?Apakah sudah diusahakan supaya meningkat ke tahap yang disifatkan baik..?

ii)Bagaimanakah kefahaman berkenaan islam..? Apakah sudah diusahakan supaya perkara asas-asas seperti ibadah dan pengurusan hidup secara islam difahami...?

iii)Bagaimanakah kawalan emosi? Apakah sudah diusahakan supaya menjadi individu yang paling kurang mampu berlapang Dada,bersabar, dan bertolak ansur..?

iv) Bagaimanakah perancangan  berkenaan kehidupan..? Apakah sudah diusahkan supaya mempunyai cita-cita dan wawasan yang jelas bersama strategi..

Aku yakin sekiranya ini yang disibukkan sejak aku muda,maka cinta adalah sesuatu yang indah dan membawa manfaat.Aku mampu menghasilkan pribadi-pribadi yang matang,yang berwawasan yang kuat dan mampu dipertanggungjawabkan.Rumah tangga yang diusahkan nanti adalah rumah tangga yang matang dan kuat.

Aku mencari solusi....

Aku perlu meletakkan Allah sebagai penyebab diri mencintai dan dicintai oleh seseorang lelaki.Bukan sebab-sebab lain.Sebab-sebab lain ini hanya bersifat sementara dan rapuh belaka..Hanya Allah yang abadi.Ia bukan sekadar teori di atas kertas.Perlu dibuktikan dengan perbuatan.Menurut perintah dan menjauhi larangan.

Jika aku berkahwin.Aku inginkan keluarga yang bahagia.Aku ingin anak-anakku dibesarkan dalam suasana ibu bapa yang berkasih sayang.Aku percaya semua manusia di dunia ini berkongsi impian yang sama terhadap perkahwinan mereka.
Bezanya,pertama,ada manusia mempunyai impian tetapi tiada doa dan usaha.Impian bertukar menjadi angan-angan.
Kedua,ada manusia mempunyai impian lalu dikerahkan segenap doa dan usaha.Impian menjadi suatu cita-cita yang seronok untuk direalisasikan.Bahagia tercipta sepanjang perjalanan dalam menggapai impian...

Aku inginkan yang Kedua.
Maka apakah doa dan usaha yang boleh aku lakukan...?

Doa.Melazimi zikir-zikir terpilih daripada Alquran dan as sunnah yang dikenali sebagai al mathurat.

Usaha.First thing first! senaraikan sasaran :

-Jadi peribadi muslimah yang terbaik.-
Mesti sekurang-sekurangnya buat semua yang wajib dan tinggal yang dilarang
.Mesti berusaha mengikis keaiban diri satu persatu.
Menambah amalan dan akhlak terpuji yang baharu setiap hari.

-Jadi pelajar yang terbaik-
Mesti sekurang-kurang lulus diploma dengan CGPA 3.5 ke atas.
Mesti menggilap potensi diri dan kepimpinan dengan persatuan.
Mesti sekurang-sekurangnya lulus ijazah dan Master 3.8 ke atas
.Mesti sambung Ph.D sebelum  umur 30 tahun dan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

-Jadi isteri yang terbaik-
Membaca sekurang-kurang 50 buah buku tentang rumah tangga sebelum bernikah.
Menghadiri sekurang-kurang 5 seminar membina Baitul Muslim sebelum bernikah.
Berkahwin pada usia muda sekitar usia  24-25 sebaik sahaja tamat ijazah pertama..

-Jadi ibu yang terbaik-
Mesti meletakkan tugas mendidik generasi pewaris sebagai prioriti.
Keluarga diutamakan meskipun berkerjaya di luar rumah apatah lagi jika berkerjaya dari rumah.

-Jadi pendakwah yang terbaik-
Mesti hasilkan sekurang-kurangnya satu karya buat umat setahun.
Mesti konsisten menyertai dan memimpin halaqoh bersama masyarakat terdekat.
Pelbagaikan medium dakwah seperti dakwah individu,penulisan,ucapan umum,media,blog,facebook dan sebagainya.

Ya,ini adalah salah satu usaha...Perkahwinan bukan mudah,bukan hanya mepersatukan dua hati.Tapi maksud perkahwinan lebih dari itu...





Coretan hati ( 1.0) : Bersediakah aku ke alam itu..?



Sepanjang apa yang aku ingat, "memori berkenaan pernikahan" pertama aku adalah pada ketika aku berumur sekitar lima tahun.Main "masak-masak" dengan rakan lelaki di rumah lama.Pada waktu itu,aku menjadi isteri,dan seorang pelajar lelaki menjadi menjadi suami.Itu adalah apa yang aku ingat sewaktu zaman kanak-kanak berkenaan nikah,dan rumah tangga.Cuma mungkin ketika itu,aku tidak pernah mengetahui istilah-istilah yang dinyatakan.
Namun,bukan itu yang menjadi pencetus kepada kesedaran aku dalam isu ini.Faktor yang 'menolak' aku memulakan satu kembara yang panjang,menyelam dalam isu cinta dan pembinaan rumahtangga ini adalah apabila pada suatu hari aku membaca novel islami mengenai baitul muslim.Dari situ kembara diriku bermula.

Faham sebelum bercinta.

Berlainan dengan ramai remaja pada hari ini yang bercinta dahulu sebelum memahami.Pada aku Allah aturkan bagi mendapat kefahaman dahulu sebelum mencintai.Aku kira semua orang sepatutnya begitu.

Menjemput kefahaman terlebih dahulu,berbanding menerjah ke alam itu secara melulu.
Sepanjang umur saya 16 dan 17 tahun,aku sering mengkaji persoalan berkenaan :

Apa itu cinta..?
Bagaimana patut bercinta..?
Mengapa perlu mencari pasangan yang ciri-cirinya yang telah islam tetapkan..?
Mengapa penting membentuk diri sebelum pernikahan..?
Anak-anak nanti perlu diacukan bagaimana ..? dan apa kaitannya dengan diri kita..?
Apakah hubungan antara rumah tangga yang kita bina dengan islam dan umat...?

Itu antara persoalan-persoalan yang aku cuba selesaikan ketika umurku masih dalam belasan tahun.Golongan veteran menjadi sasaran.Diriku menanyakan pelbagai persoalan dan cuba mengambil sebanyak mungkin pengalaman dari mereka.Tidak cukup dengan itu,aku mula memberanikan diri bertanya dan bersembang dengan abah dan mama aku sendiri.Kadangkala,aku sengaja menembak soalan seperti,"Abah,macam mana boleh berkahwin dengan mama...?"

Semua itu adalah untuk aku memahami jawapan untuk 'bagaimana' dan 'mengapa' dalam isu percintaan dan rumahtangga.Memahami cinta yang sebenar.Realistik.Bukan dalam bentuk yang digambar-gemburkan seperti didalam novel,atau kata-kata 'sempurna' yang biasa didengari.Hal ini kerana aku pada usia itu mula menyedari yang hidup ku di atas dunia,bukan dalam syurga.

Akhirnya,dalam kembara mencari kesedaran,aku mula melihat betapa besarnya perkara ini.Pada ketika usia ku mencecah sekitar umur 19 tahun,aku memahami perkara ini,yakni cinta,pernikahan dan rumah tangga,tidak boleh dilaksanakan sambil lewa.Tidak boleh dilalui sambil lewa.
Hal ini kerana pada ketika itu,aku mula melihat hubungan dua manusia,lelaki dan perempuan yang mahu bersatu menjadi keluarga adalah asas kepada pembinaan ummah itu sendiri.
Aku pada usia itu memandang,sekiranya aku merosakkan perjalanan cinta,mengisinya dengan perkara Allah murka,membinanya sambil lewa tanpa ada kesungguhan,aku sebenarnya sudah menyumbang kepada kerapuhan ummah!!!

Ya.Aku pada usia itu melihat sedemikian rupa.
Dengan kesedaran sedemikian,aku mula merancang masa hadapan aku.
Perjalanan cintaku.
Rumah tanggaku.

Salahkah aku dalam merancang masa hadapanku sendiri...?

Sedar bermaksud,sebelum ini kita lena,lalai ataupun alpa.Maka kita 'tersedar'.Terjaga.Mula sensitif dan peka.Sebab itu,kesedaran adalah penting.Namun,apakah kita hari ini sedar.Ramai yang sekadar seronok dan teruja dalam menerjah cinta,pernikahan dan rumahtangga.Sibuknya hanya dalam isu hubungan lelaki dan perempuan.Bagaimana cinta sebelum kahwin halal atau tidak...?istikarah bagaimana..?Bagaimana perhubungan antara tunag dengan tunang dan sebagainya.Walau bagaimanapun,tiada yang menyedari perkara ini hakikatnya lebih besar daripada semua itu.

PEMBINAAN UMMAH!!!

Mereka yang tidak menyedari,dia menyibukkan diri dengan perkara-perkara kecil.Bagi yang menyedari,dia akan menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang besar.
Cinta bukan kerana wajah.Cinta bukan kerana harta.Cinta bukan kerana dunia.Cinta ini mesti ku bawa hingga ke syurgaNya.Cinta ini haruslah memberikan manfaat kepada AgamaNya.

Pada diriku,cinta yang buta adalah yang hanya dipandu perasaan.Manakala cinta yang celik adalah yang dipandu keimanan.Apabila dipandu dengan keimanan,maka matlamat cinta bukan semata-mata perkahwinan.Bahkan,matlamatnya adalah rumahtangga yang dihiasi keredhaan Tuhan.Hal ini kerana cinta yang sebenarnya adalah membawa ke syurga.Ini kerana,sekiranya benar cinta,maka pastikan kita memberikan kepada diri kita masa,dan mempersiapkan diri kita dengan perancangan.Jangan sesekali kita terburu-buru dan tergesa-gesa.Semuanya perlu dipertimbangkan.Ini supaya kita tidak tertipu dengan perasaan kita.Cinta ini bukan sekadar rasa-rasa ataupun cuba-cuba.Mustahil sekiranya mahu ke syurga,cukup dengan sekadar rasa-rasa!Masa itu penting.Jangan berang apabila ada yang memberikan teguran kita ini masih muda.Walaupun nasihat itu bukan setiap masa relevan,kita sendiri perlu bijak menilai diri."Apakah aku telah memberikan diri ini satu jangka masa bagi berusaha mencapai kematangan...?"

Perancangan itu perlu ada.Sekiranya benar cinta itu mahu ke syurga,semestinya bukan semborono sahaja.

Ikuti entri yang seterusnya membincangkan mengenai hal ini dengan lebih mendalam iaitu " SEJAUH MANA PERSIAPAN DIRI DALAM MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA"




Halaqoh Cinta Kita


Bersama-sama adik-adik seusrah


Tanganku laju menulis setiap bait-bait ayat cinta di atas sekeping kertas buat adik-adik usrah yang amat ku sayangi.Bait-bait ayatku ini adalah untuk menaikkan motivasi adik-adik kesayangan dan juga tidak ketinggalan pesanan buat diri.Tangan ku menarikan pena,mencipta madah buat bidadari,mencurahkan idea yang ada di dalam kotak minda.
" Perjuangan seorang Dai'e"adalah tajuk puisi..Catatan ini adalah hadiah buat adik-adik yang tersayang sebelum mereka pulang untuk bercuti.Sekurang-kurangnya,usaha kecil ini,allah pandang dan masuk ke dalam saham akhirat ku kelak..Peringatan ikhlas buat srikandi islam untuk sentiasa kekal  dan cekal dalam urusan mereka berdakwah kepada orang ramai  dalam kehidupan seharian..Sedang aku menulis,kekhusyukkan ku melayang seketika..Teringat usrah yangku hadiri malam tadi...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedang aku menyiapkan tugasan,satu mesej masuk ke dalam peti masuk telefon bimbitku..

" Assalamualaikum,wahai mawar berduri,penyeri agama..Ana berharap dirimu sihat disamping mendapat lindungan dari illahi.Sudah lama kita tidak bertemu,dan bertanya khabar antara ahli-ahli usrah.Rasa rindu sudah menguasai hati.Bagaimana dengan ukhti? Sudah semestinya merasai hal yang sama.Oleh itu,niat ana mengirimkan mesej ini,kerana untuk memberitahu,InsyaALLAH,ana ingin mengadakan usrah dengan adik-adik kesayangan pada hari ini.Jika ukhti tidak keberatan untuk ikut sama,sudi-sudilah datang ke pusat taqwa untuk turut menyampaikan peringatan.Tiada tajuk khusus yang ana tetapkan.Ianya hanya sekadar perkongsian kalamullah.Kita akan baca dan dan menghayati maknanya bersama-sama.InsyaALLAH..."
-Ukhti Aisy-

"Aduh,ku melihat jam di dinding.Kalau mahu memberikan usrah malam ini,aku harus fikirkan tajuk dan mencari isi.Sedangkan masa yang ada,tidak mencukupi untuk aku melakukan sebarang persediaan.Ayat apa yang aku mahu sampaikan pada adik-adik usrah hari ini...?"aku bermonolog sendirian sedang akal fikiran ku ligat mencari penyelesaian..

seusai menunaikan solat menghrib,aku termenung sendirian..Masih dalam kebingungan..Aku mula mempersiapkan diri untuk ke usrah tanpa ada sebarang persediaan.Aku menyarungkan tudung dan meletakkan telengkung ke dalam beg serta bersama buku cacatan." Ya,allah,aku bertawakal kepadaMu,permudahkanlah segala urusan hambaMu ini ",doakan sebelum aku keluar dari rumah.Semoga urusan ku berjalan lancar hendaknya.

Selepas menunai solat isyak berjemaah,adik-adik berkumpul seperti biasa di perkarangan pusat taqwa.Semua nya bagaikan tidak sabar untuk mendengarkan isi-isi usrah yang bakal disampaikan.Buku cacatan beserta sebatang pen,dikeluarkan oleh mereka semua untuk mencatat ilmu-ilmu yang kakak naqibah mereka akan sampaikan.Syahdu rasa hati,melihat hati mawar-mawar agama yang tulus setia dengan menghadiri usrah walaupun pelbagai rintangan terpaksa dilalui terutama dari segi masa sebagai seorang pelajar.Hati mereka sudah bertaut untuk mendengar ilmu-ilmu allah..Aku tersenyum sendirian.Moga allah memberkati usaha dan pengorbanan dari mereka.
Sahabat handai membuka perjumpaan usrah dengan ummul kitab al fatihah dan meneruskan  usrah dengan  menyampaikan isi.Seterusnya,giliran aku untuk menyampaikan butir bicara.Aku bangun dan mata ku memandang semua adik-adik usrah dengan pandangan harapan..Tiada sebarang teks yang aku sediakan.Tiba-tiba mulutku menuturkan kata :

Disinilah...
Aku menyahut Kalam-Mu Ya Allah.....

adik-adikku sayang,rujuk surah An Nisa ayat 63,

Maksudnya
"Dan berilah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka
perkataan yang berbekas pada jiwa mereka"(surah An -Nisa)

Tajuk yang kak ingin sampaikan adalah mengenai "Halaqoh cinta kita..."


 Hati itu fitrahnya putih nan bersih,
kan hitam ternoda lantaran dosa,
kikislah aibnya agar kembali jernih,
pertahankan kesucian dalam halaqah cinta...

Moga halaqoh ini menusuk jiwa.
Memandu islah diri sentiasa.


Halaqoh beerti bulatan.Segelintir masyarakat memanggilnya dengan nama lain usrah yang bermaksud keluarga.Kalimah usrah lebih menusuk kerana menyebabkan pendengarnya merasai keakraban yang mendalam malah kadang-kadang terasa lebih akrab daripada hubungan keluarga.Ada juga yang memberikan nama halaqoh ini dengan nama smart group,study circle dan sebagainya.Walaupun namanya pelbagai,maksudnya tetap sama,iaitu ikatan hati-hati individu muslim yang beriman kepada allah dan berusaha tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran agama islam.
Halaqoh sebagaimana diunjukkan oleh rasulullah saw dirumah Al Arqam bin abi Al-Aqram berfungsi sebagai tulang belakang gerakan dakwah baginda dalam menyampaikan wahyu.Baginda berjaya membentuk halaqoh  yang telah mendidik hati para anggota menjadi manusia yang taat kepada Allah,berhubung langsung dengan Al-quran,berqudwahkan utusan allah dalam kehidupan seharian,berfikiran dan bertindak selari dengan petunjuk tuhan,bermulazamah dengan al-quran dan al sunnah rasul junjungan,ikhlas dalam amalan dan sebagainya.Inilah tujuan halaqoh yang cuba dihidupkan balik oleh mata-mata perjuangan baginda hingga ke akhir zaman...

Halaqoh ini adalah halaqoh cinta kita...
jika sepasang kekasih berdating di taman,
kita tak sabar-sabar berdating dalam halaqoh..

Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah..
kita berhibur dengan madah kalamullah..

jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas ransangan nafsu,
kita berkasih atas landasan ukhuwufillah,bebas dari dorongan nafsu semata...

jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan pencipta kita..

jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati...
kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,saling nasihat menasihati agar makin berkualiti..

Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini allah yang punya...

jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,keluarga dan maruah demi cinta,
kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung Nya,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya






Aku lebih rela menjadi Fatimah.



Aku bersama keluarga pulang kerumah selepas kami menziarahi seorang bayi.Didalam kereta,aku melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap.Hatiku terdetik dan aku terus berfikir apa yang telah aku dengar melalui perbualan di kalangan orang-orang tua.Adakah ini realiti..? Ramai pasangan masa kini,suami sanggup memadukan isteri..Hatiku bimbang memikirkan nasib ku nanti apabila menjejakkan kaki ke alam baru,alam yang penuh cubaan yang datang bertalu-talu..Adakah aku juga akan mengalami nasib yang sama seperti mereka..? Apakah kasihku yang setia akan dibahagi-bahagikan oleh suami..?persoalan demi persoalan menerjah diriku..
 Selepas menunai kan solat Maghrib,aku meneruskan pembacaan buku yang baru ku pinjam dari perpustakaan.Tajuknya " Buatmu Hawa".Aku bertekad untuk melengkapi diri dengan ilmu sebelum aku bergelar seorang isteri,pendamping seorang suami..Hatiku tenang.Persoalan terjawab.Islam memberikan hak juga kepada seorang isteri yang tidak rela untuk dimadukan.Baru ku fahami,untuk mengelakkan hal ini terus berlaku,islam memberikan kebenaran pada seorang isteri untuk meletakkan syarat taklik supaya tidak dimadukan.Aku tersenyum riang.Islam ini adil.Islam tidak kejam..Islam meraikan  keadaan kedua-dua belah pihak.
Bukan bermaksud,aku mengharamkan poligami.Bukan bermakna aku tidak mempercayai kesetiaan seorang suami..Bukan  juga bermakna aku tidak menghormati wanita yang dimadukan.Mereka antara wanita yaang cekal.Syarat taklik ini sebagai jaminan buat diriku supaya kasih ku tidak dibahagikan.Aku mengaku,diriku perempuan yang mempunyai sifat cemburu.Kasihku tulus buat yang suamiku yang satu.Aku lebih rela menjadi Fatimah bukannya Aisyah.Aku memahami perasaan wanita yang dimadukan.Puisi khas buat mereka.Semoga dirimu redha akan ketentuan Tuhan......

Bibirmu terkunci,
senyuman terpaksa,
demi maruah seorang suami,
kau diamkan segalanya..

Tangismu hiba malam gelita,
Batinmu mengadu pada Yang Esa,
Kau tidak mahu mengaibkan sesiapa,
Agar orang yang melihat tiada apa-apa.

Meskipun rahsiamu kemas tersimpan,
Allah tidak rela engkau menangis sendirian,
Kisah keluarga nabi,Allah dedahkan,
sebagai tauladan sepanjang zaman.

Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit menguruskan kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.

Terima kasih buat mu Nabi
Atas kebaikan cara,kemulian tujuan,
Atas kelembutan dan keadilan,
Wujudkah lelaki kini sebaik nabi?

Aku belajar dari kepahitan mereka,
Bukan memilih kepahitan untuk belajar,
Terima kasih tuhanku tidak memaksa,
menjaga agamaku daripada tercalar.

Pernikahan bukan medan percaturan,
poligami bukan cuba-cubaan,
tanpa keperluan ia bukan pilihan,
hanya ruksah ketika tiada jalan.

Syarat taklik akan ku pateri,
kerana tiada lelaki sebaik nabi,
dan aku tidak akan sebaik Aisyah,
Aku lebih rela menjadi Fatimah.

Sunday 10 February 2013

Warkah dari seorang Teman


Selesai menunaikan solat isyak,hati tergerak untuk membuka email.Mungkin ada khabar dari sahabat-sahabat yang sudah lama tidak berhubung.Tepat jangkaanku,ada email yang ku terima dari seorang sahabat yang lama ku rindui.Gembira hati tidak terkata.Bagaimana lah keadaan sahabat karibku ini.Sihat kah dia disana bersama suami...?Hati merindui tidak terperi.Masing-masing sibuk dengan menelaah pelajaran ditambah sahabatku mempunyai tanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga yang baru dibina.Oleh sebabkan hal ini,ianya membataskan kami untuk bertanyakan khabar.Pernah terdetik untuk ku melakukan panggilan antarabangsa ke Mesir tapi pasti memakan kos yang tinggi.Jadinya,hanya email sahaja menjadi perantara antara kami berdua.

Aku larikan tetikus ke arah email yang  yang dikirimkan oleh sahabat..Klik!!!..Aku membaca dengan penuh penghayatan warkah dari seorang teman...
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wahai mujahidah agama,
Apa khabar dirimu disana,? Adakah dirimu sihat disamping keluarga tercinta...?
Setiap hari aku merindui dirimu.Kadang kala,teringat kenangan manis kita bersama dalam kita berukhwah dulu.Ukhti coretkan lah pada ana perkembangan ukhti yang terkini untuk merawat rindu dihati.Bagaimana rakan-rakan kita yang lain..?Pasti ana banyak ketinggalan dalam mengetahui berita-berita dari kalian..Alangkah terasa ruginya diri ini.Titipkan salam ana pada akhrowat ye.Maafkan ana lama tidak mengirimkan khabar pada ukhti.Ukhti pasti memahami yang hidup ana sudah berkeluarga ditambah pula ana perlu mengimbangi dengan pembelajaran ana disini.Masa yang ada ana harus manfaatkan dengan sebaiknya.

Ukhti,
Ana ingin berkongsi berita gembira.Pasti ukhti tidak menduga.
Bahtera rumahtangga yang ana bina bersama suami tercinta,alhamdullillah,semakin hari semakin bahagia.Ana melayari saat-saat  bahagia bersama tersayang.Walaupun,dibebani dengan amanah untuk menutut ilmu,kami berdua sama-sama menjadi pendorong.Alhamdullillah,syukur pada illahi,kami berdua memahami kondisi masing-masing.Syukur dipanjat kan buat illahi,diri ana dikurniakan seorang suami yang cuba untuk mencontohi sifat nabi dalam melayani ana sebagai seorang isteri.Setiap hari diri ana rasa dihargai.Senyuman tidak pernah lekang di bibir ana.Manakan tidak,terasa diri ini dilayani sebagai seorang puteri.Beberapa bulan yang lalu,ana disahkan mengandung anak sulung.Namun,khabar gembira yang kami terima tidak lama.Ana mengalami keguguran.Sedih rasa hati bila anak yang dikandung menyahut seruan illahi.Mungkin ALLAH lebih menyayangi bayi ana.Suami ana juga turut berasa sedih namun dia cuba untuk kelihatan cekal.Mujurlah,kata-kata seorang suami memujuk rasa hati..Suamiku cuba untuk menyabarkan diriku ini.Menginggatkan diriku, ini adalah dugaan dari illahi.Suami berkata,"kita merancang,Allah menentukan.Mungkin Dia nak bagi ulama yang lebih berkualiti setelah kita ditarbiah dengan sabar.Kita baru lima bulan berkahwin.Orang lain lagi hebat diuji,ada yang berpuluh-puluh tahun kahwin,baru dapat anak.Sayangku,muliakan dirimu dengan sabar,"Allah menyayangi hamba-hambanya sebab itulah dugaan dikirimkan tanpa dipinta.Kerana ALLAH mengetahui kemampuan kita berdua.Aku dan suami redha dengan pemergian cahaya mata pertama.Terasa damai nasihat itu mengalir di relung hati seorang isteri.

Setelah menjalani bulan-bulan pernikahan,kerinduanku untuk memiliki zuriat amat ketara.Doa Rasullullah SAW sentiasa basah dibibirku dan juga di bibir suami.Itu hanyalah ikhtiar seoarang hamba.Lambat atau cepat,Allah SWT lebih tahu hikmahnya.Yang penting,terus positif,berharap dan berbaik sangka dengan Allah SWT.Hati akan bahagia menghadapi apa jua kehendakNya.

Hidupku ceria semula.Setiap hari aku berdoa menanti saat itu.Suatu hari aku disahkan oleh doktor untuk mangandung kali kedua.Saat rumahtanggaku bercahaya dengan seorang ulama yangku rindui,pewaris ayahnya,pewaris rasulNya.Alhamdullillah.Ukhti,doakan ye kesejahteraan diri ana dan juga kandungan yang ana kandung.InsyaALLAH,akan ana jaga amanah allah ini sebaik-baiknya.Ana dan suami tidak sabar untuk menantikan saat kelahiran ulama ini...
Sudah tiba masanya ana akhiri kalam.Moga ukhwah kita selama ini akan selamanya terjalin dibawah lindungan Illahi.Diri ana amat merindui dirimu,wahai teman.Sekiranya diizinkan Tuhan,kita pasti akan dipertemukan.

wassalam dari sahabat mu...

Aku terus menbalas email..Tanganku bagaikan menari-nari di atas papan komputer riba...

Walaikummusalam wahai bidadari..Alhamdullillah,allah masih menyayangi diri.Masih dipinjamkan nyawa untuk menjalani hari yang penuh onak duri...
wahai teman yang aku rindui,
Air mata menitis apabila diriku habis membaca warkah dari mu teman.Hatiku terusik dengan ketabahan hati mu menerima dugaan.Syukur kerana dikurniakan suami yang cukup memahami.Setiap saat diingatkan hidup ini untuk illahi..Akan ku turut susuli langkah mu teman.Aku juga menyimpan harapan.Agar turut dikurniakan suami yang cuba untuk mencontohi nabi dalam kehidupan seharian.Badai rumahtangga tidak terduga.Ada pasang surutnya.Diriku memahami,kalau tiada asas agama yang kukuh dalam rumahtangga,pastinya bahtera tidak akan kekal lama..Ucapan terima kasih ku ucapkan atas coretan yang banyak memberikan saranan buat diriku yang juga bakal menempuh gerbang perkahwinan.Maka,akan ku nasihati diriku setelah aku bergelar seorang isteri kepada sang suami,jika nanti aku diuji dengan kamatian anak tercinta (nauzubillah),bersabarlah dan hiburkan hati dengan janji Allah SWT.

Ana pernah terbaca sebuah hadis.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a dalam Musnad Ahmad yang dinisbatkan kepada rasulullah saw," tidaklah kedua orang tua muslim yang wafat tiga orang anaknya yang belum dewasa kecuali allah memasukkan keduanya dan juga anaknya ke dalam syurga berkat kasih sayangnya kepada mereka."( rujuk fathul Bari,3/245)

Anak-anak itu harta yang tidak ternilai.Setiap pasangan menginginkannya.Ia saham akhirat yang paling menguntungkan jika bijak dididik dengan iman.Akhlak akan menyuburkan alam dengan warna-warna kerahmatan.Doanya akan menjadi teman kesepian di alam barzakh.Masya -ALLAH,indahnya memiliki cahaya mata.Moga keinginanku ini seiiring dengan kesedianku mendidiknya.Indahnya mengenangkan janji ALLAH SWT untuk menghimpunkan anak-anak soleh dan ibu bapanya lagi di syurga.

Jangan ukhti lupa ye,untuk kirimkan berita bila lahirnya ulama ini nanti...aku akan menunggu saat bahagia ini bersama..Oh ye,akan ku titipkan salam ukhti buat teman-teman kita lain..Jaga dirimu dan kandungan..Ana akan mendoakan yang terbaik buat dirimu dan suami..salam sayang dan rinduku dari sahabat mu di Malaysia buat sahabat yang tinggal di Mesir,negara yang penuh dengan peradaban dunia...

Wassalam...


Awwaluddin Makrifatullah bahagian 1..



Apakah itu Awwaluddin Makrifatullah..???

Awwaluddin Makrifatullah bermaksud awal-awal agama itu adalah mengenal Allah SWT sedalam-dalamnya.Bila lahir seorang adam di bumi ini kalimah pertama yang di dengarnya adalah lafzul jalalah,kalimah suci ' ALLAH'.Sewaktu bapa mengazankan ditelinga anaknya itu,kalimah-kalimah azan dimulai dengan membesarkan Allah SWT.Kalimah Allah menjadi kalimah pertama yang dilaungkan.Disini terdapat dua perkara yang diambil sebagai pengajaran.Sekali lagi Allah SWT mengajar kita dengan hikmah.Pertama,kita diajar betapa pentingnya "seorang hamba itu mengenali siapa penciptanya seawal yang mungkin."Agar tumbuh benih-benih keimanan dalam diri yang lama kelamaan mekar menjadi pohonan takwa yang rendang.Kedua,laungan kalimah suci ini adalah simbolik kepada " kita agar mengutamakan Allah SWT dahulu dalam setiap hal yang kita buat."

Berhenti seketika dengan merehatkan minda...
Mari mendengar cerita....

Pada suatu hari,Rasullullah SAW bercerita kepada para sahabat tentang perihal tanda-tanda kiamat.Rasullullah SAW bersabda, " pada waktu munculnya dajal,waktu akan dirasakan sehari seperti setahun,sehari seperti sebulan,sehari seperti seperti seminggu dan sehari seperti sejam rasanya."Sahabat terus bertanya kepada Rasullullah SAW," bagaiman kami ingin bersolat ya Rasullullah..?"

Wahai rakan-rakan,apa yang boleh kita ambil pengajaran dari kisah ini...?

Lihatlah saudara,inilah sifat orang-orang yang sentiasa mendahulukan ALLAH SWT dalam segala hal.Bukan siapa dajal yang mereka risaukan,bukan pelik waktu yang mereka musykilkan,tetapi bagaimana cara untuk mereka terus menyembah ALLAH SWT yang mereka fikirkan...

Cuba bayangkan jika kita berada ditempat para sahabat pada masa tersebut,agaknya apakah persoalan kita kepada baginda..? renung-renungkan wahai teman...

kita teruskan dengan kisah yang kedua..

Begitu juga dengan Nabi Yaakub semasa menjelang wafat,baginda memanggil anak-anaknya lalu bertanya," apa yang akan kamu sembah setelah sepeninggalanku..?" ( surah al baqarah 133)
Bukan bagaimana kehidupan,makan pakai yang baginda utamakan,tetapi soal tuhan.Tuhan mana yang akan anak-anaknya sembah setelah kewafatannya nanti.Sedangkan pada masa tersebut,kematian sudah hampir tetapi baginda tetap risau akan soal akidah anak-anaknya kerana baginda tidak mahu keturunannya menyembah selain daripada ALLAH SWT.Begitulah hebatnya jiwa-jiwa para pencinta ALLAH SWT..

Bila disebut awal,pasti ia bererti yang paling penting...Saudara saudari setuju atau tidak jika saya sebutkan dalam sesebuah filem,nama pelakon yang paling awal ditulis atau disebut pastinya merupakan pemegang watak penting dalam filem tersebut,bukan? Jika kita tidak mengenali secara mendalam siapa pelakon utama tersebut,pastinya keyakinan dan tarikan kita terhadap seluruh filem itu sedikit terjejas kerana itulah pemilihan watak utama merupakan aspek penting sesebuah filem.Jadi tidak hairanlah mengapa para penerbit filem lebih gemar menggunakan pelakon-pelakon yang sama dalam setiap filem mereka...
 Mengapa...?
kerana penonton sudah betul-betul kenal dan meminati pelakon tersebut...

Begitu juga dalam aspek penulisan.Perenggan pendahuluan benar-benar perlu dititikberatkan.Unsur gramatis ayat serta unsur-unsur tarikan lain dalam pendahuluan membuatkan pembaca kenal apa isi yang ingin disampaikan penulis,lalu menarik minat untuk membaca dangan lebih lanjut..
Apa bezanya dengan agama..?

Kita dididik agar mengenal ALLAH SWT dahulu barulah mengenal sekalian makhluk dengan syariatNya.Sama sahaja bukan wahai temana-teman.Kita menonton filem kerana sudah kenal dan minat dengan pelakon utamanya,kita membaca karangan kerana sudah kenal perenggan pendahuluannya.Begitu juga dengan agama.Kita akan merasai manisnya beragama bila sudah mengenali dari awal siapa pemilik agama itu dan pemilik diri kita sendiri....

masih dalam kekeliruan dan kurang faham..?
Analoginya begini...

Ada seorang tukang gaji yang berkerja di rumah seorang kaya.Sewaktu beliau mula-mula tiba di rumah tuannya itu,tuannya sibuk memperkenalkan kepadanya apakah tugas-tugas yang perlu dilakukan.Padahal dia masih belum mengenali siapakah tuannya itu.Hanya sekadar mengetahui namanya sahaja.Mari kita fikir,bagaimana tukang gaji ini mampu berkerja dengan penuh gembira dirumah tuannya itu.Ya,tugasnya memasak.Tapi masakn bagaimana yang digemari oleh tuannya ..? Ya,tugasnya mengemas rumah.Tapi hiasan bagaimana mengikut cita rasa tuannya..?kerana itulah  pentingnya untuk pekerja mengenali tuannya dari awal dan hamba mengenali tuhan seawal mungkin.Bila pekerja sudah faham benar dengan sifat tuannya,malah mula menyayangi tuannya hinggakan gaji sudah lagi tidak menjadi matlamat utama.Majikan pula akan berasa kasih pada pekerjanya,malah langsung tidak berkira wang ringgit dengan pekerjanya.Hingga pada suatu tahap sanggup mewariskan kepada pekerja rumahnya itu... Mengapa.......? kerana pekerja itu mengenalinya...

kita terus kan lagi dengan kisah seorang ahli ibadat...
Pada zaman dahulu,terdapat seorang ahli ibadat berbangsa yahudi yang beribadat kepada Allah SWT siang dan malam tanpa henti.Allah SWT ingin mengujinya dengan mengirimkan malaikat seraya berkata kepadanya ,"Hai hamba ALLAH,tahukah engkau ibadatmu yang bersungguh-sungguhnya ini tidak menjamin balasan kurnia dan pahala yang banyak...?" lalu jawab lelaki ini,"aku tidak peduli semua itu kerana aku bukan beribadat kerana kurnia allah,aku beribadat kerana aku hamba allah dan aku kasihkan allah..." Malaikat membawa jawapan itu kepada Allah SWT,lalu Allah SWT mengampunkan dosa-dosa lelaki itu yang lalu dan mengangkat martabat lelaki itu disisiNya.....

Teman,teman,ini ada lagi satu contoh hamba yang beribadah kerana sudah mengenali tuhannya iaitu Rabiatul Adawiyah,apa kata hebat tokoh ulung ini...?
"Tuhanku,kalau aku beribadat kerana syurgamu,haramkan aku memasukinya dan jika aku beribadat kerana takutkan nerakamu,humbankanlah aku ke dalamnya...."

allah...allah...allah...ayuh kawan-kawan,kita refleksi diri kita semula...muhasabah  kembali,mana kita nak letak diri kita ini...tidak kah kita malu,dengan diri kita sendiri...selama kita hidup,allah mengurniakan pelbagai nikmat kapada kita...tapi kita...? tidak mahu kenal pencipta kita...siapa kita..Tanpa allah,kita bukan sesiapa...!!!
apakah kita sekarang benar-benar mengenali pencipta kita yang sebenarnya...adakah kita beribadat selama ini kerana mahukan syurga atau kerana allah....
audit kembali hati...bila nak mulakan...sekarang..!!!
." ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS"..apa maksudnya,jangan hanya berkata,tapi susuli dengan tindakan..ianya peringatan buat ini juga..

p/s : nntikan sambungan entri ini  dengan tajuk seterusnya iaitu " jangan datang di antara dua kasih..."

sebelum tamat mari kita menghayati lagu asma ul husna nyanyian sami yusuf...





make me strong



I know I’m waiting..
Waiting for something..
Something to happen to me..
But this waiting comes with,
Trials and challenges

Nothing in life is free..
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

Duhai Pencari..




Duhai pencari....
Tanyakan pada hati,
Apa yang sebenarnya kau cari,
Tanyakan juga padanya,
Di mana carianmu itu tersembunyi,

Walau belum ditemu,masih lagi mencari,
Walau jauh berbatu,lagi mendaki,

Buat dirimu duhai pencari,
Yakinlah pada apa yang kau cari.
Sandarkan citamu pada daya,
labuhkan layarmu pada cinta,
Apa yang kau cari itu,pasti akan kau jumpa,
Yang  tak kelihatan itu,tak semestinya sedang bersembunyi,
Yang tak kelihatan itu,tak semestinya tidak menanti,
Kerana mencari yang tidak nampak itulah sebenarnya pencarian,
mencari yang nampak itu sebenarnya hanyalah ujian,

Selangkah dirimu mencari,seribu langkah sedang kau hampiri,
janganlah berhenti pada helah dan dunia,
kerana yang kau cari itu abadi,
yang kau lihat itu adalah fana,

jangan kau gentar pada sunyi,
kerana sunyi itu mengajarmu rindu pada yang dicari,
jangan kau peduli pada caci,
kerana caci itu menguatkan cintamu pada yang dicari.

wahai pencari,teruskan mencari kerana yang dicari itu sedang menantimu,
dalam keadaan reda dan meredai....

Wednesday 6 February 2013

Dengarlah Wahai Temanku Sayang..




Temanku,
ALLAH menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu yang berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil SifatNya,
Kelalaian dibalas dengan kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang untuk membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
'Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian'
(surah al-tin :4)

Sedarlah temanku,
kita musafir di dunia,
Kita akan pulang KepadaNya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
"Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang yang berilmu beberapa darjat"
(surah al mujadilah :11)

Temanku,
Renunglah sebiji cawan,
Jika tidak dituangkan air,
Molekul udara akan memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi dengan iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlukan pengisian,
Dengan agama dan ilmu,
Agar hidup dekat dengan Nya
Barulah hatimu tenang dan bahagia..

Katahuilah temanku,
kemuliaan manusia bukan pada luaran,
tetapi pada hati yang takutkan tuhan,
Oleh itu tekadlah keyakinan,
Kau ummat pilihan,

You are the best ummah (Ali Imran: 110)
'Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi ALLAH adalah orang yang paling bertaqwa'
(Al-Hujurat :13)

Jelaskan visi perjalanan,
'Ya Tuhan Kami,berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.'( Al-Baqarah : 201)

Jadikan ilmu sebagai bekalan,
'Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan'( Surah Al-Alaq 1-2)

Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
'Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat pada langit,bumi dan gunung-ganang,maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinyadan dipikullah amanat itu oleh manusia.Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak mahu melaksanakannya)' (Al-Azhab: 72)

Ketinggian seseorang kerana iman,
'Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman' (Ali-Imran)

Lantaran carilah reda Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha tanpa istiqomah dan bermalas-malas atau berusaha penuh yakin,
asas kejayaan,
'Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri' ( Ar-Ra'd :11)
Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan oleh ALLAH dan rasulNya kepada mereka dan berkata :cukuplah Allah bagi kami,Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia Nya dan demikian pula rasulNya,sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada ALLAH (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)'
(At-Tawbah : 59)

Temanku,
kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu disisiNya,
Jika kau reda,sabar dan terus berusaha,
Tapi,kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dariNya,
Malah kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mampu mara berlari kencang,
mencipta taufan,
Berjuanglah temanku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimuliakan,
jika tidak di dunia,
nun di syurga.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger