Sunday 19 May 2013

Selagi belum ''AKAD"...



Suatu ketika dahulu..
Dalam Ketaatan Aku Diuji..
Diuji Dengan Secebis Cinta Dari Insani..
Aku Mula Mabuk, Seolah Tidak Sedar Diri..
Lantas Datang Seorang Sahabat:
Ini rahmat dari allah,allah masih menyayangi aku dan dia,
syukur..
kata-kata sahabat aku menyedarkan hati..
"Beginikah srikandi Yang cintakan nabi?"
"Beginikah Insan Yg Kata Cinta Pada Rabb Nya?"

Aku tersentak!!
Aku Menangis..
Aku Menangis semahunya..
Dimana Diri Aku Yang Dahulu..
Dimana diri yangg sentiasa Ingat Allah Selalu?
lalu aku memilih untuk meninggalkan semuanya...
aku lebih memilih cinta illahi..
aku mula yakin dengan jodoh yang Allah telah tetapkan sejak aku azali lagi..
tidak mahu lagi mencemarkan fitrah cinta yang suci..
setiap hari,aku menimba ilmu ke arah persediaan..

Aku Memohon taubat dari Yg Esa..
Tidak Akan Ku Ulangi Dosa yang Sama.
Ya Allah,diriku mohon bimbIng lah hati dan jiwa ku..
aku tidak mahu jatuh ke lembah itu lagi....

buat sahabat
Terima Kasih Sahabat, Kerna Menegurku..
terima kasih ya ALLAH atas teguran dariMu dengan mengirimkan sahabatku..
Allah sayang aku dan Si dia..
ALLAH selamatkan kami dari terus leka dibuai cinta dan diburu terus dari membuat dosa

Cinta Yang Benar, Akan Membawa Kita Semakin Dekat Dengan Allah

jap..jap..nak pesan sikit ini...ikhlas dari hati..
pesanan ini juga buat diri ana..

cinta sebelum nikah tu, macam menguyah sebalang gula-gula getah. kunyah la banyak mana pun, makin lama makin tawar. sebab manisnya cuma di luar. cuma selapis.
cinta sesudah nikah pula, macam makan sepinggan buah melaka. makin banyak kita makan, makin terasa manisnya. sebab manisnya di dalam, walau luarnya tawar.
manis cinta sebelum bernikah, hanyalah tipu daya untuk mengisi ruang kosong yang sementara. manis cinta sesudah bernikah, inshaAllah mengisi sebahagian jiwa untuk di dunia, dan pastinya di akhirat sana

buat pasangan pengantin,
Semasa memilih pasangan tentukan agama baik dan sempurna dan boleh jadi imam. Solat istikharah mesti buat. Jangan sibuk dgn majlis perkahwinan tapi fokus pada hidup selepas kahwin apa tujuan perkahwinan, fokus hidup selepas berkahwin.. Semoga semua wanita berniat menjadi wanita solehah untuk mendapat suami soleh. Jika tidak menutup aurat dan jaga solat agaknya ada lelaki soleh ingin memperisterikan kita? Jom audit bagi wanita yang berdoa mendapat jodoh yang baik.



Izinkan Aku



Allahku,
Izinkan lidahku,
Pertama, menyebut nama-Mu,
Sebelum mataku terlena,
Pertama, mengungkap nama-Mu,
Setelahku terjaga semula.

Allahku,
Izinkan kakiku,
Berlari menyahut panggilan-Mu,
Tatkala azan-Mu berkumandang,
Tetap merangkak datang,
saatku kesakitan,
Kerana aku tidak rela,
Hidup dalam kerugian.

Duhai Allahku,
Izinkan bibirku,
Basah membaca Quran-Mu,
Biar berulang,
Isinya segar sepanjang zaman,
Aku tak rela,
Hidup dalam kebosanan,
Bila hati jemu dengan kebenaran.

Duhai Allahku,
Bantulah aku memiliki, 
Hati yang berperasaan,
Hati yang merasai, 
Pentingnya...
Mengekspresikan cinta,
Kepada Tuhan.

nukilan hati :ustazah fatimah Syarha

Saturday 11 May 2013

Menghitung hari..syukur padaMu ,Ya ALLAH


Waktu berlari dengan pantas.Detik,jam,hari,minggu,bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar.Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita atau menunggu sambutan tahunan.Sama ada ia disambut atau ditentang,tiada siapa yang dapat menghalang perjalanannya.Ia terus datang dan pergi.Berlari tanpa henti.Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar,waktu terus beredar.Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup.Waktu terus datang tanpa diundang,dan ianya akan berlalu tanpa dihalang.

Waktu adalah makhluk Tuhan yang paling ajaib.Berulang kali dalam al quran yang suci,Allah bersumpah dengannya; Demi Masa! Demi waktu Fajar!Demi waktu malam! Demi waktu dhuha! Demi waktu subuh dan seterusnya.Ciptaan yang maha ajaib.Tiada raja,tiada penguasa yang mampu menghalang waktu dari beredar.Kita adalah makhluk Allah yang dipenjara dalam ikatan waktu.Tidak mampu keluar dari sistemnya walaupun sedikit,melainkan dengan izin Allah jua.Allah mahu,nilaian dan kadar waktu kita akan berbeza atas kurniaan keberkatan daripada pencipta waktu iaitu Allah Yang Maha Agung!

Aku menulis entri ini,kerana umur ku sudah mencecah 20tahun.Alhamdullillah,syukur,Allah Maha Pemurah terus sudi meminjamkan nikmat nyawa ini kepada ku.Alhamdullillah.Banyak tanggungjawab pada agama yang masih belum ku laksanakan.Moga nikmat usia yang ALLAH berikan ini,akan ku gunakan sebaik mungkin untuk menjadi hambanya yang bertaqwa.Perjalanan ku masih panjang.Aku meniti hari.Terima kasih ya Allah atas kurniaanmu.Aku bersyukur dengan rahmat dan hadiah yang Engkau berikan ini.Bimbinglah ku menujui arus kehidupan ini dengan taufik dan hidayahmu.Pandanglah aku serta perlihara lah aku dengan kasih sayangMu,ya Allah.
Buat teman-teman yang memberikan ucapan serta kiriman doa buat diri ana,ana ucapkan ribuan terima kasih .Semoga ALLAH  membalas jasa baik kalian dengan merahmati kalian jua.



Tidak lupa juga...alhamdullillah...Sekarang ini telah masuk bulan Rejab..

Ahlan wa sahlan Ya Rejab...
1 Rejab bersamaan Sabtu 11 Mei 2013


Adalah malam 1 Rejab..
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.
Jadi perbanyakkan doa,mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita,memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.Perbanyakkan istighfar dan minta ampun kepada Allah.




Semoga ALLAH memberikan kekuatan taufik dan hidayat untuk menerima LAMARAN MUJAHADAH siapkan diri 2bulan untuk menghadapi RAMADHAN pula ..

... InsyaALLAH... Mohon maaf salah silap semua.. Semoga ALLAH sampaikan kita padaa bulan yg mulia itu dengan penuh persiapan ilmu dan nafsu yg sedikit sebyk sudah berjaya ditundukkan




Friday 10 May 2013

warkah ikhlas buat bakal zaujku..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..selawat serta salam buat junjungan mulia kekasih teristimewa.....

Assalamaalaikum dan salam sejahtera buat bakal suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang jarang kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh keluarga yang disayangi. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ... "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua ibu dan ayah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ... ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa.

Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul, " Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh. “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) Calon Suamiku yang dirahmati, " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku.

Kau membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Ketahuilah, Benar?! aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini. Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini.

Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam~

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu ~ pertemuan... menghadiahkan kita kasih sayang... jika cinta satu pasti bertemu... ia tidak ternilai... kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi... kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita... jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi... biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah..setiap masa dan ketika aku sentiasa mendoakanmu agar dirimu sentiasa dirahmati..perpisahan ini hanyalah sementara sebelum dirimu menjadikan aku halal sepenuhnya buatmu..Semoga Allah meredhai hubungan ini..Kita sedang meniti hari dengan melakukan persediaan untuk ke gerbang perkahwinan..Jagalah hubungan dengan Allah.Sepertimana diriku menjaga diri dengan berpandukan batasan syariat,aku yakin dirimu jua begitu..aku menantikan mu  dengan penuh kesabaran...agar jarak yang memisahkan ini membuatkan kita betul-betul melakukan persediaan dalam membina mahligai kita bersama kelak dengan berpandukan syariat agama dan sama-sama menjadi ibu bapa yang terbaik untuk bakal mujahid dan mujahidah islam kita nanti..


Tuesday 7 May 2013

Memburu Khusyuk Di Dalam Solat




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Solat bukan hanya terletak di fikiran sahaja. Tetapi solat juga terletak pada perasaan.
Jom sama – sama mencari KHUSYUK di dalam solat.

Pengertian khusyuk :

1.    Khusyuk ialah menghadirkan sepenuh ingatan di dalam solat.
2.    Khusyuk ialah tetapkan hati di dalam solat.
3.    Khusyuk ialah tetapkan seluruh pancaindera di dalam solat.
4.    Khusyuk ialah memperlahankan bacaan (membaca dengan tenang) di dalam solat.
5.    Khusyuk ialah jiwa dan roh kepada solat.
6.    Kyusyuk ialah tenang, tenteram, perlahan, penuh penghayatan, serta ketundukan yang disertai perasaan takut kepada Allah SWT dan merasai selalu diawasi-Nya semasa solat.
7.    Khusyuk ialah akur, tunduk atau patuh semasa solat.
8.    Khusyuk ialah menghadirkan hati kepada Allah SWT di dalam solat.
9.    Khusyuk ialah tunduknya hati, fikiran, emosi dan seluruh pancaindera semasa solat (ingat pada Allah SWT).

Tips untuk mendapat khusyuk :

1 Menjaga makan dan minum. Ini kerana khusyuk itu berkaitan dengan hati. Oleh itu, hati meski dipelihara kesuciannya. Dan hati juga akan dibawa ketika solat. Jadi, makan dan minumlah daripada sumber yang halal lagi baik. Jangan solat dalam keadaan lapar dan haus. Makan dan minumlah dalam kuantiti yang sederhana dan bukan berlebih – lebihan.
2.Mengambil wudhuk dengan tenang dan sempurna. Iaitu mengerjakan wudhuk sesuai dengan ketentuan – ketentuan yang telah digariskan oleh syariat serta hayati.
3. Membersihkan diri (bersugi). Bersugi dan bersiwak, dalam konteks sekarang bererti menggosok gigi sebelum mengerjakan solat.
4. Selesaikan dahulu hadas kecil dan hadas besar sebelum solat.
5. Memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan kemas, selesa dan wangi. Jika seseorang ingin mendirikan solat dengan pakaian yang kotor serta tidak selesa, maka ia akan menjejaskan, serta menyulitkan solatnya.
6. Solat dalam suasana yang selesa dan bersih. Pastikan tempat solat suci daripada benda – benda atau perkara – perkara yang dapat menganggu ketika mendirikannya. Cuba dan usaha menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan mengkhayalkan pemikiran semasa solat. Jauhi juga menghadap apa – apa gambar atau tulisan yang menarik perhatian untuk dilihat dan dibaca. Jauhi juga daripada solat di tempat yang bising dan hingar – bingar.
7. Ilmu. Adalah lebih baik jika amal itu disertai dengan ilmu.
8. Mengurangkan pergerakan anggota – anggota seperti tangan, kaki dan tumpukan mata ke tempat sujud.
9. Panaskan badan sebelum solat dengan membaca surah – surah atau isti’azah dalam hati ketika terasa minda tidak fokus kepada solat.
10.  Meletakkan sutrah penghadang di hadapan tempat solat agar tiada orang yang lalu – lalang di hadapan ketika sedang mendirikan solat.
11.  Mendirikan solat pada awal waktu supaya tidak gopoh ketika masa hampir luput.
12.  Mendirikan solat secara berjemaah (bagi lelaki). Wanita digalakkan solat berjemaah.
13.  Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun sekurang – kurangnya iqamat sahaja.
14.  Menjaga mata daripada melihat perkara yang terlarang oleh Islam.
15.  Fokus mata ke tempat sujud, dada ke arah kiblat, hati pada Allah SWT.

Langkah menuju khusyuk :

1.    Mencari pengertian (faham). Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan (rukun fi’li) di dalam solat. Apabila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah al-Fatihah misalnya, makna setiap kalimatnya perlu diketahui satu persatu.
2.    Pemusatan fikiran (fokus). Menghindarkan gangguan hal – hal lain sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat. Mungkin telah memahami makna bacaan, tetapi oleh sebab tidak fokus, seseorang yang membacanya hanya umpama orang mengigau di dalam tidur.
3.    Membesarkan Tuhan (rasa haibah). Apabila orang yang kenal Allah SWT mengucapkan kalimah, “Allahuakhbar” misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar) malah hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah SWT yang telah mencipta alam semesta, akhirat dan segala makhluk. Pada ketika itulah terpancarnya rasa – rasa yang seni dan indah dalam fikiran dan jiwa yang tidak mungkin terjadi di luar solat.
4.    Kagum dan takut akan keagungan Tuhan (rasa khauf). Rasa takut dan kagum kepada Allah SWT ini tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara – perkara yang lain. Kita takut kepada ikan piranha kerana keganasannya, tetapi kita takut kepada Allah SWT kerana kehebatan-Nya.
5.    Mengharap kepada Tuhan (rasa raja’). Ia adalah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah SWT. Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah SWT. Padahal dalam realitinya, Allah SWT lebih suka mengampunkan dosa berbanding mengyeksa hamba-Nya yang berdosa.
6.    Rasa malu dan hina diri (rasa haya’). Untuk merasa hina dan malu, carilah maksud yang tersirat di sebalik perbuatan rukuk dan sujud. Dengan rukuk kita menyamaratakan posisi mulut, perut dan dubur persis haiwan berkaki empat! Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada di atas (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud). Manakala dubur yang sentiasa disorokkan di bawah, ketika sujud telah dijongketkan ke atas sebagai cara meleburkan kesombongan dan kebesaran diri!

Impak solat yang khusyuk :
Solat yang khusyuk akan;
1.    Mengingatkan jati diri sebagai hamba Allah SWT (rasa kehambaan).
2.    Membina rasa bertuhan (bergantung dan berharap) kepada Allah SWT.
3.    Bertaubat atas dosa – dosa.
4.    Menyuburkan hati dengan iman dan tauhid.


dari: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/memburu-khusyuk-di-dalam-solat/#ixzz2Jqp6CSnE

rintihan derita bernama INSAN..



Insan itu tetap insan.Terdedah kepada kesusahan dan kesakitan.Terdedah kepada dukacita dan sengsara.Sehebat mana pun dia.Sebenar mana pun pangkatnya.Fitrah insan tidak kebal pada panahan sengsara dan duka.Mereka pasti jatuh.Jika tidak kena pada hartanya,menimpa pada tubuhnya.Jika tidak pada tubuhnya,menimpa pada maruahnya.Jika tidak pada maruahnya,pada perasaannya disebabkan pelbagai punca.Mungkin kehilangan orang yang dicintai atau dikhianati oleh orang yang disayangi.Segalanya mungkin.Itulah hakikat kehidupan kita dan itulah hakikat kehidupan setiap insan.

Apabila insan ditimpa derita,dikepung oleh sengsara,dihambat segala duka,dia akan berusaha mencari tempat bergantung.Mencari dahan untuk berpaut.Mencari teduhan untuk berlindung.Jiwa dan fikirannya melayang dan meraba,kepada siapa hendak aku mengadu?
siapakah yang boleh menolong daku?
Siapakah yang mampu untuk mengeluarkan aku dari kemudaratan ini?

JIWA HAMBAR

Bagi jiwa insan yang jiwa hambar, renggang daripada Tuhan,jiwa insan yang hambar dari kemanisan iman dan hubungan ruhi dengan ilahi,dia akan terus terbayang penolong itu adalah temannya yang ada kelebihan atau orang besar atau orang yang berharta atau orang yang berkebolehan yang dia rasa dapat membantunya.
Jika dia sakit,pertama yang terbayang dalam fikirannya adalah wajah para pengubatnya.Jika dia kesesakan harta,dia terbayang sumber-sumber yang dia boleh dapatkan wang.Jika dia ditindas,dia terbayang wajah mereka yang berkuasa yang dia rasa dapat membantunya.Demikianlah seterusnya.
Jiwa,jantung hatinya sentiasa tersangakut dalam alam makhluk.Bergantung pada yang lemah sepertinya kerana dia sangka teguh.Berpaut pada yang rapuh kerana dia sangka kukuh.

DENGAR SINI WAHAI INSAN BERNAMA HAMBA...

Apabila dirimu  mengharapkan pertolongan seratus peratus pada makhluk,tiada langsung untuk meletakkan sifat kebergantungan pada Allah secara hakiki,ingat lah...

lalu Allah pun membiarkan kamu bersama dunia kamu yang goyah dan harapan sentiasa terdedah kepada kehancuran. AWAS!
Adakah kamu terlupa betapa ramai pesakit yang gagal diubati..?
Adakah kamu terlupa betapa ramai yang dikhianati oleh orang yang dipercayai.?
Adakah kamu alpa bertapa ramai yang berkuasa gagal menyelamatkan diri sendiri.?
Bahkan adakah kamu lupa betapa ramai yang berharta,berkuasa dan ternama,Allah kepung hidup mereka dengan pelbagai sengsara.?
Pergantungan yang sangat lemah.

Ini ayat Firman ALLAH sebagai tanda peringatan Allah kepada hambanya yang menyeru dan bergantung kepada selain ALLAH  :

SURAH AL HAJJ : 73
" Wahai manusia,diberikan untuk kamu satu perumpamaan,maka dengarlah mengenainya;sesungguhnya mereka yang kamu seru selain daripada Allah itu,tidak sama sekali dapat mencipta seekor lalat pun walaupun mereka berpakat untuk memebuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu daripada mereka,mereka tidak dapat menyelamatkan kembali.(Maka) lemahnya yang meminta ( untuk ditunaikan hajatnya) dan lemahnya yang diminta ( untuk menunaikan hajatnya)"

Demikianlah perumpamaan yang allah berikan,gambaran kepada mereka yang bergantung dan menyeru selain Allah dalam mengharapkan pertolongan dengan ungkapan "lemahnya yang meminta dan lemahnya yang dipinta"




JIWA MUKMIN.

Namun bagi insan jiwanya yang bergantung dengan Allah,setiap kali ditimpa kesusahan,perkara yang pertama dan pantas menerpa ke jantung sanubarinya ialah pertolongan ALLAH,harapan dan pergantungan sepenuhnya kepada ALLAH; doa,sujud,solat,rintihan di kesunyian malam,istighfar dan seumpamanya yang membolehkan DIA mendengar rintihannya

.Teringatlah dia akan firman ALLAH yang mengambarkan keagungan kekuasaanNYA

"Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan tatkala dia berdoa kepadaNya serta Dia menghilangkan keburukan?" ( surah al Naml : 62)

Demi sesungguhnya,tiada siapa yang dapat menyahutnya melainkan Allah.Keyakinan dan keimanan ang mendalam inilah yang menjadikan doa insan yang bergantung denganNya itu pantas diterima.Allah mengeluarkan insan daripada kesusahan dengan pelbagai cara dan rupa yang dikehendakiNya.
Jarak antara bumi dan langit amat jauh.Masih tidak apat dihitung oleh manusia.Namun,jaraknya menjadi begitu dekat disebabkan doa yang mustajab daraipada hamba yang kesusahan.Dengan seruan " Ya Allah....Tolonglah daku!" Maka pantas ia sampai ke langit dan pertolongan Allah pun datang dengan cara dan kehendakNYA.

Tidak menolak IKHTIAR

Bukanlah  bererti insan yang bergantung  kepada Allah itu menolak pertolongan dari makhluk dan tidak berikhtiar dalam menyelesaikan masalah.Namun,segala ikhtiar dan usaha itu dilakukan dengan naugan jiwa dan roh yang sentiasa bergantung  dan menyeru Allah.Pertolongan makhluk hanya "sebab" yang berlaku atas kehidupan duniawi,hakikatnya daripada Allah S.W.T.

Al-Hafiz Ibnu Kathir ( meninggal 744H) dalam tafsirannya menyebutkan riwayat daripada
 Wahab bin Munabbih ( tabi'i,seorang yahudi yang telah menganut agama islam) pernah berkata :

" Aku pernah membaca dalam kitab terdahulu,bahawa Allah berfirman: " Demi kemulian-Ku,seandainya segala langit dan sesiapa yang ada padanya,bumi dan sesiapa yang ada padanya melakukan rencana jahat terhadap orang yang berpegang dengan-KU,sesungguhnya AKU akan jadikan untuknya di celahan itu jalan keluar.Sesiapa yang tidak berpegang dengan-KU,maka sesungguhnya AKU  boleh tenggealmkannya ke dalam bumi di bawah kakinya,AKU jadikan dia di awangan ( tiada pergantungan) dan AKU biarkan dia kepada dirinya." ( Ibn Kathir,Tafsir al-Quran al-'Azim,10/422.Saudi : Dar'Alam al Kutub)

Maksudnya,dalam pelbagai cara Allah boleh menolong hamba yang merintih kepadaNya dan juga dalam pelbagai cara Allah boleh menjatuhkan hamba

Monday 6 May 2013

Pesta Buku datang lagi!!

Alhamdullillah,segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam,bertarikh 4 Mei,aku ditemani adik kesayangan,berserta rakan-rakan sempat untuk menjejak kaki ke Putra World Trade Center untuk turut sama-sama menghadiri serta menjayakan Hari Pesta Buku.Kalau sekiranya,tahun lepas,diriku ditemani oleh rakan-rakan semasa aku bersekolah menengah,tetapi kali ini,aku bertandang ke Putra World Trade Center dengan ditemani rakan-rakan yang aku kenali semasa kecil lagi.Kami sama-sama membesar.Alhamdullillah,kami masih bersama hingga kini walaupun,kami bukan lagi tinggal di kawasan perumahan yang sama serta masing-masing telah memilih haluan sendiri.

Tepat pukul 6.00 pagi lagi,kami telah bersiap sedia untuk ke Putra World Trade Center.Seusai menunaikan solat Subuh,aku terus ke dapur.Apa tidak nya,semalam sempat juga untuk berbual dengan adik-adik usrah yang telah pergi ke Pesta Buku terlebih dahulu lalu mereka menitipkan beberapa pesanan.

rayyan: kak akan ke pergi ke pesta buku?
saya: haah,akak akan pergi keesokkan hari bersama rakan-rakan akak.Yan mahu ikut sama?
rayyan:owh ye ke.Eh takpe kak,yan dah pergi pada hari rabu yang lalu.
saya: banyak beli buku..mesti seronok.
rayyan: bolehlah.nak habiskan baucer buku sebenarnya.kak,ini yan nak pesan sedikit.Kalau akak mahu ke sana,sebelum akak bertolak,akak makesure akak bersarapan dahulu dan bawa sekali bekal,kalau boleh..sebab kan kak,kat sana makanan semua mahal dan banyak kedai yang tutup.
saya: owh ..lah ye ke..
rayyan : iye kak.Masa tu yan pergi dengan rakan-rakan,balik rumah dengan keadaan lapar.Kat sana burger dijual dengan harga RM 4 dan harga air pun mencecah harga Rm 3.Mahal kak.Baik akak bawa bekal sebab esok pasti ramai.
saya : owh..baik..Terima kasih ye yan.Nasihat yang berguna.Alhamdullillah,ada juga yang prihatin untuk memberitahu perkara ini.
Rayyan : takde apelah akak.Kena sampaikan sebab tak mahu perkara ini berulang lagi.Kasihan pada yang lain sekiranya mereka tidak tahu.

Sememangnya dari semalam lagi,aku bercadang untuk membawa bekal.Ini semua kerana sejak dari minggu lepas,perut aku memulas.Tidak tahu apa puncanya.Akhirnya,bila dapatkan rawatan doktor,rupa-rupnya,diriku aku keracunanan makanan.Oh ye,aku teringat,minggu sebelum nya,aku ada membeli makanan di pasar malam.Mungkin itu puncanya.Mulai dari itu,aku lebih berjaga-jaga dari sudut memilih makanan serta kedai makan yang ingin dimasuki.Tidak salahkan kalau aku cerewet dalam bab ini..? hehe
Sudah 2 kali,keracunan makanan ini.Pilihan yang terbaik,adalah masak sendiri dirumah dan bawa bekal.Itu lebih terjamin kebersihannya.Alhamdullillah,semua yang berlaku ada hikmahnya.Walaupun,aku sendiri tak berapa mahir dalam memasak ( masih dalam mencuba dan sedang belajar-belajar) aku bulatkan tekad untuk mahirkan kemahiran ini.Dikurniakan seorang mama yang penyabar,aku tidak kekok untuk menuntut ilmu dari mamaku.InsyaALLAH,aku sendiri menyimpan harapan bila kahwin nanti,aku akan pastikan suami serta anak-anak ku akan makan hasil masakan dari air tangan ku sendiri.Bak kata orang tua-tua,perut suami harus dijaga,baru disayangi sentiasa.kan..kan...hehe..^_^

Aku tidak membuang masa.Lalu aku memberikan perhatian penuh untuk memasak Bi hoon pada pagi tersebut untuk bersarapan dan dibuat bekal.Alhamdullillah,kerja aku dipermudahkan dengan hadirnya mama untuk membantu aku di dapur.Kerja-kerja memasak berlangsung dengan lancar dan cepat selesainya.Seterusnya,bila sudah menyiapkan bekal serta bersarapan,aku mula bersiap-siap.Aku memilih Jubah Cotton berwarna ungu..Warna yang menjadi kegemaranku.Ianya di sedondonkan dengan pemakaian tudung berwarna merah jambu.Alhamdullillah.Aku sendiri berasa selesa dengan pemakaian ku pada pagi tu.Bersederhana.Walaupun ada yang mengatakan jubah yang aku beli,agak besar,namun bagi diriku sendiri,biarlah besar.Aku lebih memilih apa yang telah ditetapkan oleh syariat.Pertama,ianya longgar,tidak mengikut bentuk tubuh.Kedua,ianya tidak jarang.

Ramai yang pergi ke pesta buku.Boleh dikatakan PWTC penuh dan sesak dengan manusia yang dahagakan ilmu.Ada yang bawa keluarga untuk bersama-sama mencari bahan ilmiah.Bagus.Ternyata.bila membaca sebenarnya,kita lebih berpegetahuan Rakyat Malaysia suka membaca.Satu perkembangan yang positif.Bila tiba di sana,kebetulan,dipentas utama,ada perbincangan mengenai buku " Risalah Hati Raja Sehari" dan buku ' Wanita Dambaan syurga".Terpandang wajah pengarang yang aku minati.Hati ku berbunga riang.

"Fatimah syarha lah.Jom kita duduk disini buat sementara waktu untuk dengar perbincangan ini ye." kata aku dengan riangnya.

" Siapa tu Fatimah Syarha..?tanya kawanku bernama Eiya.Eiya menunjukkan wajah tanda tanya.

" Owh,lah..Eiya tak kenal ke..?" balas ku
Eiya hanya menggeleng kan kepala.Aku tersenyum.

" Fatimah syarha ini seorang pengarang novel..Boleh kata dia terkenal lah juga.Bagi sesiapa yang meminati penuliasan novel yang ke arah islamik,mereka pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan karya dari kak ha dan suaminya Dr Farhan Hadi.Dia juga seorang ustazah,pakar motivasi serta seorang graduan master yang pakar dalam bidang Fiqh.Tambahan lagi,Kak ha mempunyai dua puteri yang comel.Nama anaknya yang pertama Al haura Maqsurah dan anaknya yang kedua bernama Al Qasiroh Thorfina.Buku-buku yang dikarangnya,lebih kepada fiqh cinta,fiqh kekeluargaan serta fiqh wanita."jawabku.

"Fiqh? apa tu..?tanya sahabat karib ku lagi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aku cuba mencari-cari jawapan terbaik untuk menjawab persoalan dari kawan.Dia seperti berkeinginan ingin tahu.Aku nampak ada sinar untuk aku melaksanakan dakwah kepada sahabat baikku.

"Owh Fiqh..Fiqh itu adalah salah satu bidang dalam agama ini..Pernah dengar tak,ada orang yang ambil jurusan syariah,usuluddin,pembacaan Alquran secara bersanad dan lain-lain lagi.Ha,fiqh tu samalah macam tu.Fiqh ini ada kaitan dalam menentukan hukum -hakam dalam agama ini.Tapi mereka tak lah menentukan hukum secara semborono tetapi mereka menentukan hukum masih juga berpandukan Al quran dan Sunnah serta tidak menolak qias,ijmak dan ijtihad.Fiqh itu sebenarnya adalah beerti kefahaman.Yakni kefahaman terhadap sesuatu perkara. Misalnya di dalam disiplin ilmu Islam ada disebut,Fiqh Mu’amalat (Kefahaman terhadap isu-isu sosial dan ekonomi), Fiqh Mar’ah (Kefahaman terhadap isu-isu wanita), Fiqh Zakat (Kefahaman terhadap ibadah zakat dan isu-isu sekitarnya) dan pelbagai lagi. Dengan kata lain, jika seseorang itu benar-benar memahami sesuatu disiplin ilmu itu, maka dia digelar sebagai fuqaha atau faqih dalam ilmunya. Nabi s.a.w pernah mendoakan kepada Ibnu Abbas dengan doa berikut: “Ya Allah kurniakan kefahaman kepada Ibnu Abbas di dalam urusan agamanya..” (Riwayat Bukhari dalam Fath al-Bari). Lalu beliau menjadi seorang antara sahabat Nabi s.a.w yang sangat faqih di dalam hukum-hakam Islam.Faqih juga digelar sebagai pakar. Seorang saintis yang pakar dalam ilmu kimia boleh digelar sebagai faqih terhadap ilmu Sainsnya. Begitu juga di dalam bidang-bidang lain. Setiap orang yang pakar di dalam urusan dan bidang ilmu masing-masing layak digelar faqih.Jika di dalam konteks ilmu Islam, fiqh lebih cenderung difahami oleh masyarakat sebagai menyelesaikan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan hukum-hakam agama dan yang berkaitan dengan urusan hidup dan sosial. Sehinggalah daripada itu timbul fatwa terhadap sesuatu perkara." jawabku.

Eiya hanya menganggukkan kepala dari tadi.Mudah-mudahan anggukkan dia dari tadi,menandakan dia faham apa yang cuba aku terangkan.Aku mengukirkan senyuman.

" murni seperti minat dengan bidang fiqh ini..? tanya eiya kepadaku
Diriku yang dari tadi sedang khusyuk mendengar perbincangan di pentas utama terpana dengan soalan yang ditanyakan..Aku mengukirkan senyuman buat dirinya.

"Alhamdullillah.Dari hari ke hari,murni semakin mendalami perkara-perkara mengenai agama ini.Bidang Fiqh ini juga tidak ketinggalan.Murni amat meminatinya.Pada mulanya agak pening juga untuk belajar.Tapi,Allah mempermudahkan urusan.Murni dikurniakan sahabat-sahabat dan para murobbi yang sentiasa mencintai ilmu .Murni banyak belajar dari mereka.Sekiranya ada perkara yang memnjadi kebinggungan,murni sendiri tidak teragak-agak untuk bertanya.Iyalah,ilmu murni tak lah meluas mana.Kalau belajar sendirian,bimbang sesat.Sebab murni pernah dengar orang kata,walauapapun,kita perlukan guru.Kalau belajar sorang-sorang,syaitan lah gurunya.Murni sendiri baru belajar,banyak perkara yang murni tidak tahu.Harus rujuk para ulama dan juga bermusyawarah dengan mereka yang berilmu untuk memantapkan lagi kefahaman.Membaca Kitab-kitab serta menghadiri daurah,usrah serta konvesyen juga salah cara untuk murni belajar.Nanti kalau kita berkelapangan,murni akan bawa eiya untuk menghadiri konvensyen,atau mana-mana daurah agama.Disana nanti,boleh lah kita timba ilmu sebanyak mungkin..Mahu?"tanya aku

"InsyaALLAH,boleh juga.,"jawab eiya
" Alhamdullillah,"balasku dengan hati riang.Aku melihat potensi dalam dirinya.Sekiranya dari sedikit demi sedikit,aku dedahkan sahabat ku ini dengan pendedahan sebegini,potensi tinggi untuk membentuk dirinya sebagai seorang mujahidah islam.Aku bersangka baik.Semoga Allah mempermudahkan urusan.Ameen..


Aku sendiri berkesempatan untuk membeli novel islamik karya Usatazah fatimah Syarha serta suaminya.Dua buah novel yang menjadi pengubat rindu.Lama sudah kak ha dan suami tidak menerbitkan novel.Penantian yang sungguh lama.Bila dapat membeli kedua-dua novel ini,ianya merupakan satu kepuasan.Aku menyukai corak penyampaian yang cuba diketengahkan oleh kedua-dua pengarang yang aku minati ini.Mereka menyamapaikan dakwah dalam bentuk penceritaan membuatkan para remaja lebih senang untuk memahami apa yang ingin disampaikan dan gaya penulisannya ringan dan santai.Pendekatan dakwah yang menarik.Sehingga ke hari ini,aku masih mengumpul koleksi air tangan kedua-duan pengarang ini.Aku tidak akan melepaskan peluang sekiranya da novel terbaru keluar.Aku sendiri akan pastikan yang diriku akan cuba untuk dapatkannya.Setiap nukilan dari kak ha dan suami bukan calang-calang novel.Novel yang diterbitkan disaratkan dengan ilmu fiqh.Sumber-sumber yang dijadikan rujukan juga adalah dari sumber yang shahih serta dari Ulama yang menjadi idola ku,Prof dr Syeikh Yusof Al Qaradhawi.Aku juga tidak jemu-jemu membaca karya-karya dari Prof dr Syeikh Yusof Al Qaradhawi serta ulama-ulama yang lain seperti Ibn Qayyim Al Jauziyah,Hassan Al Banna.

Agak terkilan sedikit,apabila ada beberapa buku yang aku sasarkan untuk beli di PWTC,aku tidak menjumpainya.Dengan keadaan sesak,penuh dengan limpahan manusia,ianya menyukarkan pergerakan diriku.Tidak mengapa,Aku sendiri tidak pernah berputus asa.Tidak jumpa di pesta buku,pastinya ada kaedah lain yang boleh aku gunapakai.Apalagi,beli secara online lah.hehe..

Buku yang menjadi sasaran ku seterusnya adalah buku dari Ibn Qayyim Al Jauziah iaitu,Panduan Cinta dan Rindu mengikut Al quran dan As sunnah.Buku ini telah dicadangkan sendiri oleh Ustazah Fatimah Syarha untuk aku membelinya.Selain tu,aku juga mencari Novel Mawar Berhunus duri karya Kak ha serta Buku Fiqh terkini Wanita Dambaan Syurga karya Ustaz Rohidzir serta Kitab Astagfirullah,ampunanmu ku harapkan Ya Allah karya Prof Syeikh Yusof Al Qaradhawi.

Nanti entri saya yang seterusnya mengenai " Bedah buku "NOVEL Risalah hati Raja sehari".. ^_^

Cincin Pertunangan ?

Sambil berjalan-jalan mencari buku yang menarik untuk dibeli,aku disapa oleh sahabat-sahabat dari para pelajar UITM.Rakan-rakan seperjuangan dalam menuntut ilmu,turut hadir ke pesta buku.Tak sangka dalam ramai-ramai orang,kami berjumpa.Takdir.Kami bersembang seketika dalam menanyakan khabar masing-masing.Dalam kami bersembang,rakan sekelas ku bertanya.

"Eh,dah pakai cincin di jari manis..Murni dah bertunang ke..? Sampai hati tidak jemput kami,"tanya sahabatku bernama Syida.
Aku hanya tergelak kecil.Tidak sangka tajam juga penglihatan rakan sekelasku ini.Aku tidak terkejut,kerana sahabat baikku,Eiya juga menanyakan hal yang sama semasa kami mula-mula jumpa.Aku sudah menjangka soalan ini akan ditanya juga.

"Mana ada lah Syida.Ini bukan cincin pertunangan.Cincin ini adik murni yang paling kecil berikan pada murni.Sebelum ini,adik murni ada bagi juga cincin untuk murni pakai.Tetapi,entah bagaimana,cincin itu hilang semasa murni tanggalkannya semasa ingin mengambil wudhuk di tempat kerja murni dahulu.Ini cincin yang kedua.Sebagai ganti.Untuk murni menghargai cincin pemberian adik murni ini,murni pakailah.lagipun,ianya murah.Kenapa syida? ianya nampak mahal dan seperti cincin pertunangan ke..? tanya ku

"Eh,betul ke ini,ke kau ingin berahsia dengan kami yang engkau sudah disunting orang?"tanya Syida,tidak puas hati.

"lah,tiada alasan untuk murni berahsia dengan kawan-kawan murni.Lebih-lebih lagi kalau ianya benda baik.Betul.Murni tidak untung taw kalau murni menipu kalian.Dapat dosa lagi ada," jawabku dengan tenang.

Syida hanya ketawa.

"iyalah.Aku sendiri kenal engkau siapa.Aku percaya.Kau takkan mahu tipu kami.Eh murni,lelaki yang sorang tu siapa.."?tanya syida.

"Owh,tu adik kedua murni.Tinggikan dia.Adik murni yang selalu menemani murni kemana sahaja murni pergi.Murni selesa keluar berjalan-jalan sekiranya adik murni yang Fahmi ini yang temankan.Murni rasa lebih selamat.Sekurang-kurangnya,rasa diri ini di protect oleh seorang syabab.Dialah hero murni.Sentiasa menjaga kebajikan diri murni sebagai kak longnya." jawabku sambil melontarkan pandangan ke arah adik ku yang sedang leka mencari buku.

" Nanti dah kahwin,suami murni pula  lah yang akan temankan murni ke mana-mana sahaja,dan menjaga murni pula...Aku ada bau nasi minyak ini...tak lama je lagi.." syida berseloroh.Kami yang semua berada di situ,ketawa dengan kata-katanya.

Aku tersenyum dengan telatah syida.
"Itulah yang diriku harapkan.Kata-kta itu satu doa.Mudah-mudahan..," monolog hati kecil ku.

                             

Selepas selesai membeli buku yang ingin di dapatkanTepat jam 12.30pm,kami berehat.Menikmati makan tenggahari.Bi hoon yang aku dan mama masak pagi tadi,alhamdullillah, habis.Perut juga sudah kenyang.Kami terus mencari surau untuk menunaikan solat Fardhu Zohor.Tanpa membuang masa,selesai sahaja menunaikan kewajipan,kami bercadang untuk pulang dan akan singgah di KL sentral.Di kl sentral,aku sempat membelikan hadiah hari jadi buat eiya untuk meraikan hari jadinya yang ke 20 tahun yang berlangsung 11 April yang lalu..hehe..Akhir sekali,kami pulang ke rumah masing-masing,dengan hati yang gembira.








Friday 3 May 2013

cari dan burulah cinta ALLAH dahulu sebelum cinta manusia.

Hari-hari yang aku lalui memang menarik.Setiap hari yang dilalui itu adalah merupakan sekolah bagi diri aku,ia juga pengalaman kerana setiap yang berjumpa dengan aku mengongsikan juga pengalaman masing-,masing dan tak kurang juga berkongsi permasalahan yang mereka alami.Namun,pengalaman mereka adalah setakuk lagi pengetahuan buat aku.Seronok..Aku belajar dari mereka sebenarnya buat mematangkan diri.Bila mendengar,aku cuba menganalisis baik serta buruknya.Tidak dinafikan,kadang-kadang aku juga turut berasa binggung,rimas,ketandusan idea.Bagaimana nak berikan solusi terbaik buat yang bertanya sedangkan diri ini juga,insan yang lemah tidak sempurna.Aku juga mempunyai pelbagai perkara yang perlu aku fikirkan.Walau bagaimanapun,perkara yang negatif aku cuba tolak tepi,aku akan membantu semampu daya.Aku juga insan yang hina,lagi lemah,hamba kepada Yang Esa,semoga apa yang lahir dari lidahku ini,moga ALLAH kurniakan kebenaran dalam setiap kata-kata dan moga ALLAH redha..

--------------------------------------------------------------------------------------------------




Telefon bimbitku berdering.Aku yang sedang khusyuk membaca buku motivasi terpana seketika.
" Siapa pula yang mesej ini.." ngomel hati aku sendirian.Dengan keadaan terpaksa aku turun dari katil,kaki ku atur untuk mengambil telefon bimbit yang berada di atas meja.Rupa-rupanya,kehadiran mesej dari adik kesayangan,teman seperjuangan.Agaknya kiriman mesej apa yang adik ku telah hantar pada diriku.Terasa teruja nak tahu.Dalam hati,mungkin ada program keagamaan yang dia  ingin aku turut sertai.Lama juga tidak pergi ke daurah dan konvensyen.Diri ini dahagakan ilmu dari para murobbi..Pasti kalau di ajak,aku tidak menolak untuk turut sama pergi.Begitu juga abah dan mama,pasti tiada halangan untuk memberikan izin anaknya menuntut ilmu.Namun sejak akhir-akhir ini,ramai rakan-rakan yang sibuk dengan agenda cuti masing-masing.Aku memahami.Diri ini tiada teman untuk diajak bersama buat peneman untuk menghadiri ke majlis ilmu.Tidak megapalah,bagi aku,mungkin kali ini tiada rezeki.Usah fikirkan hal yang tak jadi,tapi fkirkan inisentif yang bisa dipakai. sebagai ganti .Alhamdullillah,masjid pun dekat dengan rumah,dapat juga keluar bersolat jemaah dan mendengar tazkirah..Buku-buku yang aku beli,memberikan satu kegembiraan buat diri .Dengan membaca,aku juga bisa peroleh ilmu.Bukan hanya itu,youtube dan bermacam-macam lagi menjadikan diriku aku berinformasi.

Aku membaca mesej yang dikirimkan.

"Assalamualaikum kakakku,maaf sekiranya mesej ini menganggu.Bukan apa kak,hati sudah tidak tertahan.Adik sendiri terdesak memerlukan seorang rakan untuk adik lepaskan perasaan dan harap dapat berkongsi bersama.Mohon pencerahan dari akak.Cuma akak yang adik percaya dan faham adik." sender : adik

aku membalas

"Walaikummussalam wbt..InsyaALLAH,akak akan membantu sedaya mungkin.Nampak gaya seperti ada perkara berat yang membelenggu permikiran.Ceritakanlah,supaya kita sama-sama dapat leraikan kekusutan.


"akak,ini mengenai persoalan hati dan perasaan.Kenapa ye kak,adik tak boleh lupakan dia lah kak.Dah cuba  pun,susah juga.Kalau duduk je,mesti teringatkan dia.Pergi mana-mana pun teringatkan dia.Asyik dia...dia...dia...Arghhh..kenapalah kan asyik wajah dia sahaja yang muncul.Adik sendiri tak tahu nak buat apa lagi.Betul ke apa yang adik lakukan ini.Adik rasa,adik tidak patut meninggalkan dia..kenapa adik nak berubah,ada sahaja yang menghalang.Tolong adik kak..."
sender: adik

Aku tersenyum sendirian.Masalah perasaan dan hati memang satu perkara yang tidak boleh dibuat main.Parah kalau tidak diubati dengan segera.

Jujur,aku sendiri tidak terkecuali dari mengalami konflik ini suatu ketika dahulu.Tetapi,apa yang aku tahu,aku sudah bebaskan diri dengan meninggalkannya.Kerana apa..? kerana ALLAH semata-mata dan aku lebih sayangkan abah dan mama dan aku lebih sayangkan akhirat aku dan akhirat si dia..

Namun,aku mengakui ianya bukan mudah..Payah,susah.derita,perit,hidup bertemankan airmata untuk meninggalkan semuanya.Aku sendiri cuba cekal tapi kadang-kadang,aku tersungkur juga.Tapi setiapa kali tersungkur,Alhamdullillah,pasti ada suara-suara yang mengingatkan aku kembali untuk bangkit..Ianya satu yang normal.Lebih-lebih lagi,jiwa dan naluri wanita ini lembut,halus.Semuanya perlukan masa dan kecekalan serta niat yang lurus.

adikku sayang,mawar agama yang terbilang..

Buat mereka yang turut mengalami permasalahan yang sama,Sudi-sudikanlah  dirimu dik untuk membaca nasihat dari kakak ye..Kakak mengerti  apa yang sedang dirimu alami kerana diri kak sendiri pernah melaluinya.
Pastinya sekarang dirimu terasa kehilangan?dan kalian bersedih sekarang..?dan kalian merasakan hidup kalian semua tiada ertinya lagi tanpa kehadiran si dia...?
hrrmmm..kenapa cepat sangat patah semangat adik ku sayang?
adikku,janganlah terlalu bersedih kerana setiap perkara yang kita temui dan pernah bersama-sama kita,hujungnya akan pergi jua.Tidak perlu terlalu menangis apabila terpisah dengan seseorang biarpun dia amat kita sayang kerana pertemuan dan perpisahan tetap berlaku biar bagaimanapun kita cuba mengelaknya.Apa yang perlu dirimu tangisi.?Tindakan yang dirimu lakukan tepat dan benar hanya kerana ingin menggapai redha illahi.Yakinlah,sekarang apa yang diri kalian lalui  dan rasa adalah kerana kalian sedang diuji oleh Allah....

ALLAH berfirman di dalam surah al isra :32
" Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk."

kedua,

Dengar sini baik-baik adikku sayang....
Jodoh dan pertemuan adalah ketentuanNya.Itu adalah satu pesan yang sangat besar kerana secara fitrah setiap insan ingin berkeluarga.
Malah kontrak paling awal di dunia ialah kontrak perkahwinan.Namun sebagai hamba yang yakin bahawa peta hidup ini bukan kita sendiri yang pegang dan tentukan,kita sekadar berusaha tetapi hasilnya tetap Hak-NYA.Oleh itu,kalian tidak perlu rasa tertekan akan prihal jodoh.Sewajarnya kalian harus tertekan apabila  cinta pada Allah tidak bertambah.Tandanya tidak tebalnya cinta pada ALLAH bila kalian disalut bimbang di hati dan gusar di jiwa.,mahu memenuhi hasrat berkeluarga.
Cuba bertanya pada diri sendiri,siapa yang lebih tahu tentang diri kita,masa hadapan dan penamat hidup kita?Sesungguhnya tiada siapa yang tahu kecuali ALLAH.Sedarlah bahawa ALLAH amat sayang dan cinta pada setiap hambaNya.Mana mungkin ALLAH mahu menyulitkan hambaNya.Jadi mengapa perlu berasa bimbang dengan apa yang diri kalian sedang lakukan.Apa yang kalian lakukan adalah betul mengikut syariat dan ianya adalah tuntutan dari ALLAH agar segera meninggalkan maksiat.Bila tiba masanya,akan hadir orang yang tepat buat kalian dan menjadikan kalian halal sepenuhnya buat dirinya.Ini kerana Allah sudah menjanjikan setiap anak adam yang lahir ke dunia ini sudah disediakan jodoh,rezeki serta hari matinya.
Jika kalian berasa tertekan mengenai prihal jodoh,bermakna hubungan kalian dengan ALLAH hanya di bibir dan di minda,belum sampai ke hati dan mungkin belum cukup cinta pada-Nya lagi.Lantaran tanggungjawab dengan Allah belum sempurna lalu ditangguhkan hajat kalian sehingga kalian mencintai ALLAH sepenuhnya dahulu barulah mencintai 'suami.Jika kalian sudah berasa diri kalian lengkap dari segala segi,sepatutnya tiada masalah berjumpa dengan jodoh tapi penilaian ALLAH masih belum lemgkap lagi.Maknanya,serahkanlah harapan dan pergantungan hanya kepada ALLAH dan lakukanlah segala-gala keranaNya.Yakinlah bahawa DIA tidak pernah kejam dan tidak pernah menolak permohonan serta doa hambaNya.
ALLAH itu lebih dekat dari urat leher kita dan perhatian ALLAH pada kita tidak pernah teruputus walaupun sesaat.Sesungguhnya,Allah sayang kita berkali-kali ganda sayang.Namun,jika kita sendiri tidak menyemai sayang padaNya,kita tidak akan merasa cintaNya pada kita.
Nasihat akak buat adik yang tersayang,tiada jalan lain selain bersabar.Kesabaran itu lebih memberikan kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan lebih membeikan hal-hal  yang positif daripada negatif.Malah,kebiasaan melihat sesuatu dari sisi baik dan positif itu amat berharga daripada mendapatkan penghasilann jutaan ringgit setahun.
Selain itu,rasulullah bersabda,"perbanyaklah mengucapkan 'Ya dzal jalali wal ikram' iaitu nama Allah teragung kerana sudah dijanjikan sesiapa yang berzikir dengan nama tersebut dan menyakini keagunganNya,maka Allah akan mengabulkan permohonannya dan memberikan jalan keluar daripada semua masalah dan kemenangan serta kebahagiaan."
Ini janji Allah dalam surah Al-Anfal : 9
"(Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabb-mu.Lalu diperkenankannya bagimu." Dalam ayat yang lain iaitu di dalam surah Muhammad ayat 7 ,Allah menyakinkan akan hambaNya," Hai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong agama ( Allah) nescaya DIA akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu."
Yakinlah bahawa sesiapa yang taat kepada Allah,maka DIA akan mencintainya seperti yang diregaskan dalam surah Ali Imran ayat 31,'Maka ikutlah aku nescaya Allah akan mencintai kamu 'Oleh itu,cari dan burulah cinta ALLAH dahulu sebelum cinta manusia.

Buat adik-adik yang menanyakan pada akak mengenai pernikahan ...
ini jawapan dri akak..kata-kata ini akan terbaca dari kata-kata Imam Muda Syakir..
semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kata-kata ini..


Memang benar nikah itu harus dipercepatkan..
Tetapi kadang-kadang kita lupa..
Situasi dan keadaan kita buat masa sekarang masih belum sesuai !

Sesungguhnya nikah itu satu ibadah,
Bukan hanya menghalalkan status dua hati.

Jom selalu beringat,
Nikah itu satu amanah dari Allah.
Timbalah ilmu dari sekarang.
Belum mampu?Berpuasalah,dengan puasa yang benar.

Ada yang berkata,aku ingin berkahwin kerana ingin maramaikan umat Muhammad..
Aku tersenyum..Setiap dari kita mempunyai alasan tersendiri..Tapi ingat ye sayang,niat mu itu tidak salah malah ianya sungguh murni..tetapi biarlah berkahwin seiiring kita sudah cukup melakukan persediaan untuk ke alam rumah tangga..Ramai sekarang yang berkahwin,tetapi tiada persediaan yang cukup dan jahil agama.

 Kata Syeikh al-Qaradhawi dalam Fiqh Keutamaan,Nabi tak banggapun kalau umatnya ramai tapi tak berkualiti. Bagai buih-buih yang rapuh diterajang ombak.

Jodoh adalah rezeki...


Nak rezeki yang baik kenalah mendapatkan dengan cara yang menepati syariat Allah,
halal haramnya perlu dipelihara dan dijauhi...agar kita dapat keberkatan dan kenikmatan yang hakiki...

Begitu juga dengan soal jodoh...
nak jodoh yang baik ikutlah syariat yang telah Allah tetapkan..
Tertarik dengan kata-kata saudara Hilal Asyraf dalam bukunya yang berjudul "sebelum aku bernikah", usaha, pilih dan istiqamah....

Nak dapat jodoh yang baik, kenalah usaha, usaha baiki diri, akhlak, agama dan sebagainya, dan usaha mencari calon yang sesuai...bila dah jumpa dan yakin pilihlah "dia", bila dah pilih ISTIQAMAH!

Ada orang walaupun dah bertunang boleh putus, dah kahwin bole cerai, hanya kerana dia tak bahagia atau dia tak jumpa orang itu dalam mimpi dia...rasional ke?

Kebahagiaan bukan datang dari orang lain, nak bahagia kita dulu kena beri kebahagiaan, kadang-kadang Allah swt beri dah kebahagiaan itu cume kita je yang tak nampak, kenapa?

Kerana dia meminta lebih dari dia memberi, dan tidak ada rasa syukur dalam dirinya, orang yang bersyukur akan bahagia, akan tetapi orang yang bahagia tak semestinya bersyukur....

Hidup di dunia pasti ada pasang surutnya, naik turunnya, gembira sedihnya, itulah lumrah hidup di dunia, jadi nak bahagia walaupun dalam keadaan surut, turun dan sedih jadilah orang yang bersyukur dan bersabar...Wallahua'lam.

Istiqamah dalam bab jodoh pun ada apatah lagi dalam kehidupan dan ibadah kita yang utama, jom jadi orang yang tetap pendirian yang teguh semata-mata kerana Allah swt...InsyaAllah...

p/s : muhasabah Diri ya semua ^__^ redha Allah yg d cari :') Allah Allah Allah :') —


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger