Friday 14 June 2013

Kau Murabbi bukan selebriti....



Kata-kata "Sang Murabbi" KH Rahmat Abdullah

Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …

Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekadar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan …

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan sampingan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan…

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini …

Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian …

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan wang yang cukup-cukup dan peta yang tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berda’wah di desa sebelah …

Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …

Aku rindu zaman ketika anak usrah menangis karena tak bisa hadir di usrah…

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …

Ya Rabb …

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …

Ya Rabb …

Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Leaders are leaners-pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar.Begitu saya diingatkan berkali-kali.Malah,satu ungkapan yang sering menjadi pegangan saya saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin-when you stop learning.you stop leading.Ya,walaupun say bukan pemimpin dalam skala yang besar tetapi saya setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri.Hakikat ini mengingatkan saya perbualan bersama pak long-orang tua kampung saya pada minggu yang lalu.

"kau asyik mengajar sahaja,bila kau belajar...? "tanya pak dik pada suatu hari

saya diam.Saya tahu pak dik bukn bertanya sebenarnya,tetapi dia mengingatkan.

"Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu,betul-betul sudah engkau amalkan...?

Saya bertambah diam.Selain abah,pak dik adalah orang yang paling saya hormati,malah saya takuti ( kadang-kadang).Namun begitu,pak dik lah tempat saya " ziarah" apabila ada sesuatu keputusan,kemusykilan,atau kecelaruan berlaku dalam episod hidup saya.Sejak saya masih di sekolah rendah,hinggalah kini pak dik adalah " guru" saya.

" Sya hanya penyampai pak dik.Apa yang saya tulis dan ckap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil darpada pengalaman diri saya tetapi jua orang lain.Saya juga berharap apa yang saya sampaikan,dapat juga saya amalkan.

"Jangan hanya berharap,berusaha!"pintas pakdik.

" InsyaALLAH," Jawab saya pendek.

"Bagus tu.Jangan menulis "diri" sendiri.Ingat pesan ini, orang yang bijaksana,menulis tentang ilmu.Orang yang cerdik menulis tentang pristiwa.Orang yang pandai menulis tentang orang lain.Hanya orang yang bodoh menulis tentang dirinya sendiri."

Saya mengangguk perlahan.Dalam maknanya kata-kata pak dik kali ini.

"Pak dik lihat ada kecenderungan sesetengah penulis asyik menulis tentang dirinya sendiri.Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang " Aku"nya."

"Tapi pak dik tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain.Malah itu lebih real daripada apa yang dialami orang lain."

"Betul.Tak salah.Tetapi jangan keterlaluan."

"kenapa pak dik? "

"Sebab,kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi.Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan,bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri."

"kenapa pakdik...?"

Pak dik merenung tajam.Dia faham kali ini saya bukan menyoal tetapi mempersoalkannya.

" pak dik lihat,penulis atau pendakwah masa kini tidak syumul dari segi personalitinya.Tk payahlah pak dik nak huraikan lebih terperinci,muhasabahlah diri masing-masing."

"Maksud pak dik,golongan ini banyak kelemahan?Biasalah pak dik.Siapa yang sempurna..?Adakah hanya apabila semua sempurna baru kita boleh berdakwah...?"


"Tidak lah begitu.Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya lebih sempurna sedikit daripada golongan yang diserunya...?"

"kalau tidak..?"

"Masyarakat akan kecewa,apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani tidak seperti yang mereka harapkan."

"Pak dik sejak dulu kita diajar bertolenrasi dalam hal-hal yang begini.Pendakwah tidak sempurna seperti "bahan" dakwahnya.Begitu juga islam,dengan umat islam.Islam sentiasa hebat,tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak,bergantung sejauh mana mereka mengamalkan islam itu sendiri!"

"hujah lama,"balas pak dik.

" Tapi masih relevan,pak dik," sya seakan merayu.

"Kalau hujah itu diputar balik begini macam mana....Ya,kalau islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu.Jadi kalau begitu,di mana letaknya keupayaan islam dalam menjana kehebatan umatnya...?"

Sahih,saya terperangkap.Seperti biaa,hujah pak dik sekan bertambah gagah,kalau disanggah.Justeru,kerana itulah saya selalu " melawan"pak dik bukan guru-kau diam,aku cakap! Tetapi dia adalah guru yang demokratik-prnsipnya:mari sama-sama kita cari kebenaran.

"kau tidak pernh terbaca tulisan Dr Yusuf Al Qaradhawi tentang keluhan seorang intelektual barat yang baru memeluk islam? Apa keluhannya? "

"Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku islam sebelum aku mengenal muslim..."

'tahu pun.Jika intelektual itu kenal muslim,mungkin dia tidak tertarik pun untuk memeluk islam.Jadi dari segi tertib,siapa yang kita nak perkenalkan dahulu...?Muslim atau islam...?"

Islam pak dik,"saya akur.Tunduk....

" ya ,itulah maksud pak dik.Pendakwah atau penulis, mesti mengetengahkan prinsip dakwah,islam dan tarbiah,bukan input pribadi atau personalitinya.Bawa orang kepada Allah,bukan kepada diri,bawa orang kepada islam,bukan kepada produk atau kumpulan.”

“ terima kasih pak dik,selalu-selalu la ye ingatkan saya...”
Ingat pesanan pakdik ini,pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebrati..!”


(pesanan pak dik yang akhir itu sampai sekrang masih “menikam” saya!)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger