Tuesday 7 May 2013

rintihan derita bernama INSAN..



Insan itu tetap insan.Terdedah kepada kesusahan dan kesakitan.Terdedah kepada dukacita dan sengsara.Sehebat mana pun dia.Sebenar mana pun pangkatnya.Fitrah insan tidak kebal pada panahan sengsara dan duka.Mereka pasti jatuh.Jika tidak kena pada hartanya,menimpa pada tubuhnya.Jika tidak pada tubuhnya,menimpa pada maruahnya.Jika tidak pada maruahnya,pada perasaannya disebabkan pelbagai punca.Mungkin kehilangan orang yang dicintai atau dikhianati oleh orang yang disayangi.Segalanya mungkin.Itulah hakikat kehidupan kita dan itulah hakikat kehidupan setiap insan.

Apabila insan ditimpa derita,dikepung oleh sengsara,dihambat segala duka,dia akan berusaha mencari tempat bergantung.Mencari dahan untuk berpaut.Mencari teduhan untuk berlindung.Jiwa dan fikirannya melayang dan meraba,kepada siapa hendak aku mengadu?
siapakah yang boleh menolong daku?
Siapakah yang mampu untuk mengeluarkan aku dari kemudaratan ini?

JIWA HAMBAR

Bagi jiwa insan yang jiwa hambar, renggang daripada Tuhan,jiwa insan yang hambar dari kemanisan iman dan hubungan ruhi dengan ilahi,dia akan terus terbayang penolong itu adalah temannya yang ada kelebihan atau orang besar atau orang yang berharta atau orang yang berkebolehan yang dia rasa dapat membantunya.
Jika dia sakit,pertama yang terbayang dalam fikirannya adalah wajah para pengubatnya.Jika dia kesesakan harta,dia terbayang sumber-sumber yang dia boleh dapatkan wang.Jika dia ditindas,dia terbayang wajah mereka yang berkuasa yang dia rasa dapat membantunya.Demikianlah seterusnya.
Jiwa,jantung hatinya sentiasa tersangakut dalam alam makhluk.Bergantung pada yang lemah sepertinya kerana dia sangka teguh.Berpaut pada yang rapuh kerana dia sangka kukuh.

DENGAR SINI WAHAI INSAN BERNAMA HAMBA...

Apabila dirimu  mengharapkan pertolongan seratus peratus pada makhluk,tiada langsung untuk meletakkan sifat kebergantungan pada Allah secara hakiki,ingat lah...

lalu Allah pun membiarkan kamu bersama dunia kamu yang goyah dan harapan sentiasa terdedah kepada kehancuran. AWAS!
Adakah kamu terlupa betapa ramai pesakit yang gagal diubati..?
Adakah kamu terlupa betapa ramai yang dikhianati oleh orang yang dipercayai.?
Adakah kamu alpa bertapa ramai yang berkuasa gagal menyelamatkan diri sendiri.?
Bahkan adakah kamu lupa betapa ramai yang berharta,berkuasa dan ternama,Allah kepung hidup mereka dengan pelbagai sengsara.?
Pergantungan yang sangat lemah.

Ini ayat Firman ALLAH sebagai tanda peringatan Allah kepada hambanya yang menyeru dan bergantung kepada selain ALLAH  :

SURAH AL HAJJ : 73
" Wahai manusia,diberikan untuk kamu satu perumpamaan,maka dengarlah mengenainya;sesungguhnya mereka yang kamu seru selain daripada Allah itu,tidak sama sekali dapat mencipta seekor lalat pun walaupun mereka berpakat untuk memebuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu daripada mereka,mereka tidak dapat menyelamatkan kembali.(Maka) lemahnya yang meminta ( untuk ditunaikan hajatnya) dan lemahnya yang diminta ( untuk menunaikan hajatnya)"

Demikianlah perumpamaan yang allah berikan,gambaran kepada mereka yang bergantung dan menyeru selain Allah dalam mengharapkan pertolongan dengan ungkapan "lemahnya yang meminta dan lemahnya yang dipinta"




JIWA MUKMIN.

Namun bagi insan jiwanya yang bergantung dengan Allah,setiap kali ditimpa kesusahan,perkara yang pertama dan pantas menerpa ke jantung sanubarinya ialah pertolongan ALLAH,harapan dan pergantungan sepenuhnya kepada ALLAH; doa,sujud,solat,rintihan di kesunyian malam,istighfar dan seumpamanya yang membolehkan DIA mendengar rintihannya

.Teringatlah dia akan firman ALLAH yang mengambarkan keagungan kekuasaanNYA

"Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan tatkala dia berdoa kepadaNya serta Dia menghilangkan keburukan?" ( surah al Naml : 62)

Demi sesungguhnya,tiada siapa yang dapat menyahutnya melainkan Allah.Keyakinan dan keimanan ang mendalam inilah yang menjadikan doa insan yang bergantung denganNya itu pantas diterima.Allah mengeluarkan insan daripada kesusahan dengan pelbagai cara dan rupa yang dikehendakiNya.
Jarak antara bumi dan langit amat jauh.Masih tidak apat dihitung oleh manusia.Namun,jaraknya menjadi begitu dekat disebabkan doa yang mustajab daraipada hamba yang kesusahan.Dengan seruan " Ya Allah....Tolonglah daku!" Maka pantas ia sampai ke langit dan pertolongan Allah pun datang dengan cara dan kehendakNYA.

Tidak menolak IKHTIAR

Bukanlah  bererti insan yang bergantung  kepada Allah itu menolak pertolongan dari makhluk dan tidak berikhtiar dalam menyelesaikan masalah.Namun,segala ikhtiar dan usaha itu dilakukan dengan naugan jiwa dan roh yang sentiasa bergantung  dan menyeru Allah.Pertolongan makhluk hanya "sebab" yang berlaku atas kehidupan duniawi,hakikatnya daripada Allah S.W.T.

Al-Hafiz Ibnu Kathir ( meninggal 744H) dalam tafsirannya menyebutkan riwayat daripada
 Wahab bin Munabbih ( tabi'i,seorang yahudi yang telah menganut agama islam) pernah berkata :

" Aku pernah membaca dalam kitab terdahulu,bahawa Allah berfirman: " Demi kemulian-Ku,seandainya segala langit dan sesiapa yang ada padanya,bumi dan sesiapa yang ada padanya melakukan rencana jahat terhadap orang yang berpegang dengan-KU,sesungguhnya AKU akan jadikan untuknya di celahan itu jalan keluar.Sesiapa yang tidak berpegang dengan-KU,maka sesungguhnya AKU  boleh tenggealmkannya ke dalam bumi di bawah kakinya,AKU jadikan dia di awangan ( tiada pergantungan) dan AKU biarkan dia kepada dirinya." ( Ibn Kathir,Tafsir al-Quran al-'Azim,10/422.Saudi : Dar'Alam al Kutub)

Maksudnya,dalam pelbagai cara Allah boleh menolong hamba yang merintih kepadaNya dan juga dalam pelbagai cara Allah boleh menjatuhkan hamba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger