Friday 3 May 2013

cari dan burulah cinta ALLAH dahulu sebelum cinta manusia.

Hari-hari yang aku lalui memang menarik.Setiap hari yang dilalui itu adalah merupakan sekolah bagi diri aku,ia juga pengalaman kerana setiap yang berjumpa dengan aku mengongsikan juga pengalaman masing-,masing dan tak kurang juga berkongsi permasalahan yang mereka alami.Namun,pengalaman mereka adalah setakuk lagi pengetahuan buat aku.Seronok..Aku belajar dari mereka sebenarnya buat mematangkan diri.Bila mendengar,aku cuba menganalisis baik serta buruknya.Tidak dinafikan,kadang-kadang aku juga turut berasa binggung,rimas,ketandusan idea.Bagaimana nak berikan solusi terbaik buat yang bertanya sedangkan diri ini juga,insan yang lemah tidak sempurna.Aku juga mempunyai pelbagai perkara yang perlu aku fikirkan.Walau bagaimanapun,perkara yang negatif aku cuba tolak tepi,aku akan membantu semampu daya.Aku juga insan yang hina,lagi lemah,hamba kepada Yang Esa,semoga apa yang lahir dari lidahku ini,moga ALLAH kurniakan kebenaran dalam setiap kata-kata dan moga ALLAH redha..

--------------------------------------------------------------------------------------------------




Telefon bimbitku berdering.Aku yang sedang khusyuk membaca buku motivasi terpana seketika.
" Siapa pula yang mesej ini.." ngomel hati aku sendirian.Dengan keadaan terpaksa aku turun dari katil,kaki ku atur untuk mengambil telefon bimbit yang berada di atas meja.Rupa-rupanya,kehadiran mesej dari adik kesayangan,teman seperjuangan.Agaknya kiriman mesej apa yang adik ku telah hantar pada diriku.Terasa teruja nak tahu.Dalam hati,mungkin ada program keagamaan yang dia  ingin aku turut sertai.Lama juga tidak pergi ke daurah dan konvensyen.Diri ini dahagakan ilmu dari para murobbi..Pasti kalau di ajak,aku tidak menolak untuk turut sama pergi.Begitu juga abah dan mama,pasti tiada halangan untuk memberikan izin anaknya menuntut ilmu.Namun sejak akhir-akhir ini,ramai rakan-rakan yang sibuk dengan agenda cuti masing-masing.Aku memahami.Diri ini tiada teman untuk diajak bersama buat peneman untuk menghadiri ke majlis ilmu.Tidak megapalah,bagi aku,mungkin kali ini tiada rezeki.Usah fikirkan hal yang tak jadi,tapi fkirkan inisentif yang bisa dipakai. sebagai ganti .Alhamdullillah,masjid pun dekat dengan rumah,dapat juga keluar bersolat jemaah dan mendengar tazkirah..Buku-buku yang aku beli,memberikan satu kegembiraan buat diri .Dengan membaca,aku juga bisa peroleh ilmu.Bukan hanya itu,youtube dan bermacam-macam lagi menjadikan diriku aku berinformasi.

Aku membaca mesej yang dikirimkan.

"Assalamualaikum kakakku,maaf sekiranya mesej ini menganggu.Bukan apa kak,hati sudah tidak tertahan.Adik sendiri terdesak memerlukan seorang rakan untuk adik lepaskan perasaan dan harap dapat berkongsi bersama.Mohon pencerahan dari akak.Cuma akak yang adik percaya dan faham adik." sender : adik

aku membalas

"Walaikummussalam wbt..InsyaALLAH,akak akan membantu sedaya mungkin.Nampak gaya seperti ada perkara berat yang membelenggu permikiran.Ceritakanlah,supaya kita sama-sama dapat leraikan kekusutan.


"akak,ini mengenai persoalan hati dan perasaan.Kenapa ye kak,adik tak boleh lupakan dia lah kak.Dah cuba  pun,susah juga.Kalau duduk je,mesti teringatkan dia.Pergi mana-mana pun teringatkan dia.Asyik dia...dia...dia...Arghhh..kenapalah kan asyik wajah dia sahaja yang muncul.Adik sendiri tak tahu nak buat apa lagi.Betul ke apa yang adik lakukan ini.Adik rasa,adik tidak patut meninggalkan dia..kenapa adik nak berubah,ada sahaja yang menghalang.Tolong adik kak..."
sender: adik

Aku tersenyum sendirian.Masalah perasaan dan hati memang satu perkara yang tidak boleh dibuat main.Parah kalau tidak diubati dengan segera.

Jujur,aku sendiri tidak terkecuali dari mengalami konflik ini suatu ketika dahulu.Tetapi,apa yang aku tahu,aku sudah bebaskan diri dengan meninggalkannya.Kerana apa..? kerana ALLAH semata-mata dan aku lebih sayangkan abah dan mama dan aku lebih sayangkan akhirat aku dan akhirat si dia..

Namun,aku mengakui ianya bukan mudah..Payah,susah.derita,perit,hidup bertemankan airmata untuk meninggalkan semuanya.Aku sendiri cuba cekal tapi kadang-kadang,aku tersungkur juga.Tapi setiapa kali tersungkur,Alhamdullillah,pasti ada suara-suara yang mengingatkan aku kembali untuk bangkit..Ianya satu yang normal.Lebih-lebih lagi,jiwa dan naluri wanita ini lembut,halus.Semuanya perlukan masa dan kecekalan serta niat yang lurus.

adikku sayang,mawar agama yang terbilang..

Buat mereka yang turut mengalami permasalahan yang sama,Sudi-sudikanlah  dirimu dik untuk membaca nasihat dari kakak ye..Kakak mengerti  apa yang sedang dirimu alami kerana diri kak sendiri pernah melaluinya.
Pastinya sekarang dirimu terasa kehilangan?dan kalian bersedih sekarang..?dan kalian merasakan hidup kalian semua tiada ertinya lagi tanpa kehadiran si dia...?
hrrmmm..kenapa cepat sangat patah semangat adik ku sayang?
adikku,janganlah terlalu bersedih kerana setiap perkara yang kita temui dan pernah bersama-sama kita,hujungnya akan pergi jua.Tidak perlu terlalu menangis apabila terpisah dengan seseorang biarpun dia amat kita sayang kerana pertemuan dan perpisahan tetap berlaku biar bagaimanapun kita cuba mengelaknya.Apa yang perlu dirimu tangisi.?Tindakan yang dirimu lakukan tepat dan benar hanya kerana ingin menggapai redha illahi.Yakinlah,sekarang apa yang diri kalian lalui  dan rasa adalah kerana kalian sedang diuji oleh Allah....

ALLAH berfirman di dalam surah al isra :32
" Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk."

kedua,

Dengar sini baik-baik adikku sayang....
Jodoh dan pertemuan adalah ketentuanNya.Itu adalah satu pesan yang sangat besar kerana secara fitrah setiap insan ingin berkeluarga.
Malah kontrak paling awal di dunia ialah kontrak perkahwinan.Namun sebagai hamba yang yakin bahawa peta hidup ini bukan kita sendiri yang pegang dan tentukan,kita sekadar berusaha tetapi hasilnya tetap Hak-NYA.Oleh itu,kalian tidak perlu rasa tertekan akan prihal jodoh.Sewajarnya kalian harus tertekan apabila  cinta pada Allah tidak bertambah.Tandanya tidak tebalnya cinta pada ALLAH bila kalian disalut bimbang di hati dan gusar di jiwa.,mahu memenuhi hasrat berkeluarga.
Cuba bertanya pada diri sendiri,siapa yang lebih tahu tentang diri kita,masa hadapan dan penamat hidup kita?Sesungguhnya tiada siapa yang tahu kecuali ALLAH.Sedarlah bahawa ALLAH amat sayang dan cinta pada setiap hambaNya.Mana mungkin ALLAH mahu menyulitkan hambaNya.Jadi mengapa perlu berasa bimbang dengan apa yang diri kalian sedang lakukan.Apa yang kalian lakukan adalah betul mengikut syariat dan ianya adalah tuntutan dari ALLAH agar segera meninggalkan maksiat.Bila tiba masanya,akan hadir orang yang tepat buat kalian dan menjadikan kalian halal sepenuhnya buat dirinya.Ini kerana Allah sudah menjanjikan setiap anak adam yang lahir ke dunia ini sudah disediakan jodoh,rezeki serta hari matinya.
Jika kalian berasa tertekan mengenai prihal jodoh,bermakna hubungan kalian dengan ALLAH hanya di bibir dan di minda,belum sampai ke hati dan mungkin belum cukup cinta pada-Nya lagi.Lantaran tanggungjawab dengan Allah belum sempurna lalu ditangguhkan hajat kalian sehingga kalian mencintai ALLAH sepenuhnya dahulu barulah mencintai 'suami.Jika kalian sudah berasa diri kalian lengkap dari segala segi,sepatutnya tiada masalah berjumpa dengan jodoh tapi penilaian ALLAH masih belum lemgkap lagi.Maknanya,serahkanlah harapan dan pergantungan hanya kepada ALLAH dan lakukanlah segala-gala keranaNya.Yakinlah bahawa DIA tidak pernah kejam dan tidak pernah menolak permohonan serta doa hambaNya.
ALLAH itu lebih dekat dari urat leher kita dan perhatian ALLAH pada kita tidak pernah teruputus walaupun sesaat.Sesungguhnya,Allah sayang kita berkali-kali ganda sayang.Namun,jika kita sendiri tidak menyemai sayang padaNya,kita tidak akan merasa cintaNya pada kita.
Nasihat akak buat adik yang tersayang,tiada jalan lain selain bersabar.Kesabaran itu lebih memberikan kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan lebih membeikan hal-hal  yang positif daripada negatif.Malah,kebiasaan melihat sesuatu dari sisi baik dan positif itu amat berharga daripada mendapatkan penghasilann jutaan ringgit setahun.
Selain itu,rasulullah bersabda,"perbanyaklah mengucapkan 'Ya dzal jalali wal ikram' iaitu nama Allah teragung kerana sudah dijanjikan sesiapa yang berzikir dengan nama tersebut dan menyakini keagunganNya,maka Allah akan mengabulkan permohonannya dan memberikan jalan keluar daripada semua masalah dan kemenangan serta kebahagiaan."
Ini janji Allah dalam surah Al-Anfal : 9
"(Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabb-mu.Lalu diperkenankannya bagimu." Dalam ayat yang lain iaitu di dalam surah Muhammad ayat 7 ,Allah menyakinkan akan hambaNya," Hai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong agama ( Allah) nescaya DIA akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu."
Yakinlah bahawa sesiapa yang taat kepada Allah,maka DIA akan mencintainya seperti yang diregaskan dalam surah Ali Imran ayat 31,'Maka ikutlah aku nescaya Allah akan mencintai kamu 'Oleh itu,cari dan burulah cinta ALLAH dahulu sebelum cinta manusia.

Buat adik-adik yang menanyakan pada akak mengenai pernikahan ...
ini jawapan dri akak..kata-kata ini akan terbaca dari kata-kata Imam Muda Syakir..
semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kata-kata ini..


Memang benar nikah itu harus dipercepatkan..
Tetapi kadang-kadang kita lupa..
Situasi dan keadaan kita buat masa sekarang masih belum sesuai !

Sesungguhnya nikah itu satu ibadah,
Bukan hanya menghalalkan status dua hati.

Jom selalu beringat,
Nikah itu satu amanah dari Allah.
Timbalah ilmu dari sekarang.
Belum mampu?Berpuasalah,dengan puasa yang benar.

Ada yang berkata,aku ingin berkahwin kerana ingin maramaikan umat Muhammad..
Aku tersenyum..Setiap dari kita mempunyai alasan tersendiri..Tapi ingat ye sayang,niat mu itu tidak salah malah ianya sungguh murni..tetapi biarlah berkahwin seiiring kita sudah cukup melakukan persediaan untuk ke alam rumah tangga..Ramai sekarang yang berkahwin,tetapi tiada persediaan yang cukup dan jahil agama.

 Kata Syeikh al-Qaradhawi dalam Fiqh Keutamaan,Nabi tak banggapun kalau umatnya ramai tapi tak berkualiti. Bagai buih-buih yang rapuh diterajang ombak.

Jodoh adalah rezeki...


Nak rezeki yang baik kenalah mendapatkan dengan cara yang menepati syariat Allah,
halal haramnya perlu dipelihara dan dijauhi...agar kita dapat keberkatan dan kenikmatan yang hakiki...

Begitu juga dengan soal jodoh...
nak jodoh yang baik ikutlah syariat yang telah Allah tetapkan..
Tertarik dengan kata-kata saudara Hilal Asyraf dalam bukunya yang berjudul "sebelum aku bernikah", usaha, pilih dan istiqamah....

Nak dapat jodoh yang baik, kenalah usaha, usaha baiki diri, akhlak, agama dan sebagainya, dan usaha mencari calon yang sesuai...bila dah jumpa dan yakin pilihlah "dia", bila dah pilih ISTIQAMAH!

Ada orang walaupun dah bertunang boleh putus, dah kahwin bole cerai, hanya kerana dia tak bahagia atau dia tak jumpa orang itu dalam mimpi dia...rasional ke?

Kebahagiaan bukan datang dari orang lain, nak bahagia kita dulu kena beri kebahagiaan, kadang-kadang Allah swt beri dah kebahagiaan itu cume kita je yang tak nampak, kenapa?

Kerana dia meminta lebih dari dia memberi, dan tidak ada rasa syukur dalam dirinya, orang yang bersyukur akan bahagia, akan tetapi orang yang bahagia tak semestinya bersyukur....

Hidup di dunia pasti ada pasang surutnya, naik turunnya, gembira sedihnya, itulah lumrah hidup di dunia, jadi nak bahagia walaupun dalam keadaan surut, turun dan sedih jadilah orang yang bersyukur dan bersabar...Wallahua'lam.

Istiqamah dalam bab jodoh pun ada apatah lagi dalam kehidupan dan ibadah kita yang utama, jom jadi orang yang tetap pendirian yang teguh semata-mata kerana Allah swt...InsyaAllah...

p/s : muhasabah Diri ya semua ^__^ redha Allah yg d cari :') Allah Allah Allah :') —


1 comment:

  1. Menahan diri dari panahan cinta yang salah semestinya sangat sukar. Perlu banyak-banyak mengingati Allah supaya dihindarkan dari usikan syaitan. InshaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger