Monday 11 February 2013

Coretan hati (2.0) Sejauh mana persiapan diri..?





Aku,dalam kembara ke arah rumah tangga ini,ada satu perkara yang sentiasa aku  fikirkan adalah " mampukah aku bertahan...?"

Mengapa persoalan itu timbul...?

Hal ini kerana rumah tangga seperti kehidupan.Kita tidak akan tahu bila waktu ia akan berakhir.Rumahtangga bukan seperti sesi sekolah menengah.Kita boleh jangka,dalam lima tahun kita akan tamat pengajian.Rumah tangga bukan seperti alam universiti semasa menerima ijazah.Kita boleh jangka dalam tiga hingga empat tahun,kita tamat pengajian ijazah.Namun rumah tangga ini,kita tidak tahu waktu itu berakhir.Penceraian ataupun kematian sahaja yang akan menamatkannya.

Siapa yang mahu berkahwin dengan matlamat bercerai..? pastinya semua tidak menginginkan hal ini terjadi dalam rumah tangga termasuk diriku.

Maka,kematian sahaja yang menamatkan sebuah rumah tangga.Bila pula kita akan mati..? Tidak tahu.Ya,jawapan tidak tahu itu menggambarkan tempoh kita berumah tangga.

Mampukah aku bertahan...?
Soalan itu muncul...

Aku menyedari hakikat rumahtangga tidak akan manis sentiasa...
Kita dengan realiti dunia yang tidak sentiasa manis.Hidup ini ibarat roda.Sebentar di atas dan sebentar di bawah.Rumah tangga juga tidak terkecuali dari menerima badai.
Rumahtangga bagi ku bukanlah sesuatu yang manis sentiasa.Itu realiti yang wajar kita ingati.

Pada hari ini,kita lihat jejaka ataupun dara yang kita kita cintai itu kacak,wangi,kemas,kelakar,sentiasa tersenyum dan nampak tidak mempunyai masalah.Dia sentiasa berbicara dengan kata-kata yang baik,kelihatan soleh serta solehah dan sebagainya.
Bagaimanapun,selepas rumahtangga,kita bersamanya dalam tempoh 24 jam.Tidur disebelahnya.Kita berkongsi masalah-masalah yang sebelum ini tidak kelihatan.Kita mendengar dia merungut dan mengeluh.Kita melihat wajahnya muram dan durja.Kita melihat kesedihannya,kelemahan-kelemahan dan keaibannya,dia tidak wangi,dia tidak cantik ataupun kacak dan sebagainya.Pada waktu tertentu,dia akan marah,bengang dan tertekan.Ada ketika dia terlupa membantu kita,mengotorkan rumah ataupun membuatkan kita rasa serabut dan lain-lain...Ya itu realiti.Akibat dari itu aku sentiasa terfikirkan reliti ini yang membuatkan aku tidak memandang ringan perkara bernama 'cinta'

Oleh sebab realiti yang sedemikian,aku mempunyai harapan supaya rumah tangga itu mampu menjadi saham akhirat.Selain itu,aku mahu bersama-sama orang yang aku cintai menembusi syurga ALLAH.Oleh yang demikian pada pandangan aku,penting untuk aku mempersiapkan diri.

Bagi lelaki,mereka perlu mempersiapkan diri menjadi individu yang mampu untuk memimpin isteri dan anak-anak.
Bagi perempuan,mereka perlu mempersiapkan diri menjadi individu yang mampu mendampingi dan melorongkan suami ke arah kebaikan dan mendidik anak-anak menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa.

Masa yang panjang bersama ranjau dan cabaran yang pasti mendatang,maka bagi aku yang mendalami dan memahami perkara ini,persiapan adalah perkara yang yang diperlukan..Persiapan disini bukan semata-mata persiapan duit menghadapi majlis perkahwinan.Lebih penting,persiapan bagi mengemudi bahtera bernama kehidupan.Aku menelaah buku-buku mengenai rumah tangga.Aku mula memahami dan mengerti.

Sebelum aku menjadi seorang isteri....

aku menyoal diri...
  
i) bagaimanakah hubunganku dengan allah?Apakah sudah diusahakan supaya meningkat ke tahap yang disifatkan baik..?

ii)Bagaimanakah kefahaman berkenaan islam..? Apakah sudah diusahakan supaya perkara asas-asas seperti ibadah dan pengurusan hidup secara islam difahami...?

iii)Bagaimanakah kawalan emosi? Apakah sudah diusahakan supaya menjadi individu yang paling kurang mampu berlapang Dada,bersabar, dan bertolak ansur..?

iv) Bagaimanakah perancangan  berkenaan kehidupan..? Apakah sudah diusahkan supaya mempunyai cita-cita dan wawasan yang jelas bersama strategi..

Aku yakin sekiranya ini yang disibukkan sejak aku muda,maka cinta adalah sesuatu yang indah dan membawa manfaat.Aku mampu menghasilkan pribadi-pribadi yang matang,yang berwawasan yang kuat dan mampu dipertanggungjawabkan.Rumah tangga yang diusahkan nanti adalah rumah tangga yang matang dan kuat.

Aku mencari solusi....

Aku perlu meletakkan Allah sebagai penyebab diri mencintai dan dicintai oleh seseorang lelaki.Bukan sebab-sebab lain.Sebab-sebab lain ini hanya bersifat sementara dan rapuh belaka..Hanya Allah yang abadi.Ia bukan sekadar teori di atas kertas.Perlu dibuktikan dengan perbuatan.Menurut perintah dan menjauhi larangan.

Jika aku berkahwin.Aku inginkan keluarga yang bahagia.Aku ingin anak-anakku dibesarkan dalam suasana ibu bapa yang berkasih sayang.Aku percaya semua manusia di dunia ini berkongsi impian yang sama terhadap perkahwinan mereka.
Bezanya,pertama,ada manusia mempunyai impian tetapi tiada doa dan usaha.Impian bertukar menjadi angan-angan.
Kedua,ada manusia mempunyai impian lalu dikerahkan segenap doa dan usaha.Impian menjadi suatu cita-cita yang seronok untuk direalisasikan.Bahagia tercipta sepanjang perjalanan dalam menggapai impian...

Aku inginkan yang Kedua.
Maka apakah doa dan usaha yang boleh aku lakukan...?

Doa.Melazimi zikir-zikir terpilih daripada Alquran dan as sunnah yang dikenali sebagai al mathurat.

Usaha.First thing first! senaraikan sasaran :

-Jadi peribadi muslimah yang terbaik.-
Mesti sekurang-sekurangnya buat semua yang wajib dan tinggal yang dilarang
.Mesti berusaha mengikis keaiban diri satu persatu.
Menambah amalan dan akhlak terpuji yang baharu setiap hari.

-Jadi pelajar yang terbaik-
Mesti sekurang-kurang lulus diploma dengan CGPA 3.5 ke atas.
Mesti menggilap potensi diri dan kepimpinan dengan persatuan.
Mesti sekurang-sekurangnya lulus ijazah dan Master 3.8 ke atas
.Mesti sambung Ph.D sebelum  umur 30 tahun dan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

-Jadi isteri yang terbaik-
Membaca sekurang-kurang 50 buah buku tentang rumah tangga sebelum bernikah.
Menghadiri sekurang-kurang 5 seminar membina Baitul Muslim sebelum bernikah.
Berkahwin pada usia muda sekitar usia  24-25 sebaik sahaja tamat ijazah pertama..

-Jadi ibu yang terbaik-
Mesti meletakkan tugas mendidik generasi pewaris sebagai prioriti.
Keluarga diutamakan meskipun berkerjaya di luar rumah apatah lagi jika berkerjaya dari rumah.

-Jadi pendakwah yang terbaik-
Mesti hasilkan sekurang-kurangnya satu karya buat umat setahun.
Mesti konsisten menyertai dan memimpin halaqoh bersama masyarakat terdekat.
Pelbagaikan medium dakwah seperti dakwah individu,penulisan,ucapan umum,media,blog,facebook dan sebagainya.

Ya,ini adalah salah satu usaha...Perkahwinan bukan mudah,bukan hanya mepersatukan dua hati.Tapi maksud perkahwinan lebih dari itu...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger