Sunday 10 February 2013

Awwaluddin Makrifatullah bahagian 1..



Apakah itu Awwaluddin Makrifatullah..???

Awwaluddin Makrifatullah bermaksud awal-awal agama itu adalah mengenal Allah SWT sedalam-dalamnya.Bila lahir seorang adam di bumi ini kalimah pertama yang di dengarnya adalah lafzul jalalah,kalimah suci ' ALLAH'.Sewaktu bapa mengazankan ditelinga anaknya itu,kalimah-kalimah azan dimulai dengan membesarkan Allah SWT.Kalimah Allah menjadi kalimah pertama yang dilaungkan.Disini terdapat dua perkara yang diambil sebagai pengajaran.Sekali lagi Allah SWT mengajar kita dengan hikmah.Pertama,kita diajar betapa pentingnya "seorang hamba itu mengenali siapa penciptanya seawal yang mungkin."Agar tumbuh benih-benih keimanan dalam diri yang lama kelamaan mekar menjadi pohonan takwa yang rendang.Kedua,laungan kalimah suci ini adalah simbolik kepada " kita agar mengutamakan Allah SWT dahulu dalam setiap hal yang kita buat."

Berhenti seketika dengan merehatkan minda...
Mari mendengar cerita....

Pada suatu hari,Rasullullah SAW bercerita kepada para sahabat tentang perihal tanda-tanda kiamat.Rasullullah SAW bersabda, " pada waktu munculnya dajal,waktu akan dirasakan sehari seperti setahun,sehari seperti sebulan,sehari seperti seperti seminggu dan sehari seperti sejam rasanya."Sahabat terus bertanya kepada Rasullullah SAW," bagaiman kami ingin bersolat ya Rasullullah..?"

Wahai rakan-rakan,apa yang boleh kita ambil pengajaran dari kisah ini...?

Lihatlah saudara,inilah sifat orang-orang yang sentiasa mendahulukan ALLAH SWT dalam segala hal.Bukan siapa dajal yang mereka risaukan,bukan pelik waktu yang mereka musykilkan,tetapi bagaimana cara untuk mereka terus menyembah ALLAH SWT yang mereka fikirkan...

Cuba bayangkan jika kita berada ditempat para sahabat pada masa tersebut,agaknya apakah persoalan kita kepada baginda..? renung-renungkan wahai teman...

kita teruskan dengan kisah yang kedua..

Begitu juga dengan Nabi Yaakub semasa menjelang wafat,baginda memanggil anak-anaknya lalu bertanya," apa yang akan kamu sembah setelah sepeninggalanku..?" ( surah al baqarah 133)
Bukan bagaimana kehidupan,makan pakai yang baginda utamakan,tetapi soal tuhan.Tuhan mana yang akan anak-anaknya sembah setelah kewafatannya nanti.Sedangkan pada masa tersebut,kematian sudah hampir tetapi baginda tetap risau akan soal akidah anak-anaknya kerana baginda tidak mahu keturunannya menyembah selain daripada ALLAH SWT.Begitulah hebatnya jiwa-jiwa para pencinta ALLAH SWT..

Bila disebut awal,pasti ia bererti yang paling penting...Saudara saudari setuju atau tidak jika saya sebutkan dalam sesebuah filem,nama pelakon yang paling awal ditulis atau disebut pastinya merupakan pemegang watak penting dalam filem tersebut,bukan? Jika kita tidak mengenali secara mendalam siapa pelakon utama tersebut,pastinya keyakinan dan tarikan kita terhadap seluruh filem itu sedikit terjejas kerana itulah pemilihan watak utama merupakan aspek penting sesebuah filem.Jadi tidak hairanlah mengapa para penerbit filem lebih gemar menggunakan pelakon-pelakon yang sama dalam setiap filem mereka...
 Mengapa...?
kerana penonton sudah betul-betul kenal dan meminati pelakon tersebut...

Begitu juga dalam aspek penulisan.Perenggan pendahuluan benar-benar perlu dititikberatkan.Unsur gramatis ayat serta unsur-unsur tarikan lain dalam pendahuluan membuatkan pembaca kenal apa isi yang ingin disampaikan penulis,lalu menarik minat untuk membaca dangan lebih lanjut..
Apa bezanya dengan agama..?

Kita dididik agar mengenal ALLAH SWT dahulu barulah mengenal sekalian makhluk dengan syariatNya.Sama sahaja bukan wahai temana-teman.Kita menonton filem kerana sudah kenal dan minat dengan pelakon utamanya,kita membaca karangan kerana sudah kenal perenggan pendahuluannya.Begitu juga dengan agama.Kita akan merasai manisnya beragama bila sudah mengenali dari awal siapa pemilik agama itu dan pemilik diri kita sendiri....

masih dalam kekeliruan dan kurang faham..?
Analoginya begini...

Ada seorang tukang gaji yang berkerja di rumah seorang kaya.Sewaktu beliau mula-mula tiba di rumah tuannya itu,tuannya sibuk memperkenalkan kepadanya apakah tugas-tugas yang perlu dilakukan.Padahal dia masih belum mengenali siapakah tuannya itu.Hanya sekadar mengetahui namanya sahaja.Mari kita fikir,bagaimana tukang gaji ini mampu berkerja dengan penuh gembira dirumah tuannya itu.Ya,tugasnya memasak.Tapi masakn bagaimana yang digemari oleh tuannya ..? Ya,tugasnya mengemas rumah.Tapi hiasan bagaimana mengikut cita rasa tuannya..?kerana itulah  pentingnya untuk pekerja mengenali tuannya dari awal dan hamba mengenali tuhan seawal mungkin.Bila pekerja sudah faham benar dengan sifat tuannya,malah mula menyayangi tuannya hinggakan gaji sudah lagi tidak menjadi matlamat utama.Majikan pula akan berasa kasih pada pekerjanya,malah langsung tidak berkira wang ringgit dengan pekerjanya.Hingga pada suatu tahap sanggup mewariskan kepada pekerja rumahnya itu... Mengapa.......? kerana pekerja itu mengenalinya...

kita terus kan lagi dengan kisah seorang ahli ibadat...
Pada zaman dahulu,terdapat seorang ahli ibadat berbangsa yahudi yang beribadat kepada Allah SWT siang dan malam tanpa henti.Allah SWT ingin mengujinya dengan mengirimkan malaikat seraya berkata kepadanya ,"Hai hamba ALLAH,tahukah engkau ibadatmu yang bersungguh-sungguhnya ini tidak menjamin balasan kurnia dan pahala yang banyak...?" lalu jawab lelaki ini,"aku tidak peduli semua itu kerana aku bukan beribadat kerana kurnia allah,aku beribadat kerana aku hamba allah dan aku kasihkan allah..." Malaikat membawa jawapan itu kepada Allah SWT,lalu Allah SWT mengampunkan dosa-dosa lelaki itu yang lalu dan mengangkat martabat lelaki itu disisiNya.....

Teman,teman,ini ada lagi satu contoh hamba yang beribadah kerana sudah mengenali tuhannya iaitu Rabiatul Adawiyah,apa kata hebat tokoh ulung ini...?
"Tuhanku,kalau aku beribadat kerana syurgamu,haramkan aku memasukinya dan jika aku beribadat kerana takutkan nerakamu,humbankanlah aku ke dalamnya...."

allah...allah...allah...ayuh kawan-kawan,kita refleksi diri kita semula...muhasabah  kembali,mana kita nak letak diri kita ini...tidak kah kita malu,dengan diri kita sendiri...selama kita hidup,allah mengurniakan pelbagai nikmat kapada kita...tapi kita...? tidak mahu kenal pencipta kita...siapa kita..Tanpa allah,kita bukan sesiapa...!!!
apakah kita sekarang benar-benar mengenali pencipta kita yang sebenarnya...adakah kita beribadat selama ini kerana mahukan syurga atau kerana allah....
audit kembali hati...bila nak mulakan...sekarang..!!!
." ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS"..apa maksudnya,jangan hanya berkata,tapi susuli dengan tindakan..ianya peringatan buat ini juga..

p/s : nntikan sambungan entri ini  dengan tajuk seterusnya iaitu " jangan datang di antara dua kasih..."

sebelum tamat mari kita menghayati lagu asma ul husna nyanyian sami yusuf...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger