Friday 11 January 2013

SWEET nya ALLAH..



Astagfirullahalazim...... Aku beristighfar panjang apabila melihat waktu di telefon bimbit ku...Ya Allah,6.49 pagi..Aku terkejut...

Aku masih belum menunaikan kewajipan ku sebagai seorang hamba kepadaNya..Allahu rabbi...Aku lewat dalam mengerjakan tanggungjawab ini..Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi,sebelum masuk waktu syuruk..Dengan keadaan yang tergesa-gesa,aku bergegas ke bilik air untuk mensucikan diri dan terus menunaikankan solat subuh..Walaupun,dah menyelesaikan solat subuh.rasa bersalah menyelubungi diri..serba serbi rasa tidak kena..Terasa rugi..rugi teramat rugi...

Macammana boleh tak tersedar,walaupun jam telah dikunci..azan yang berkumandang pun,tidak mampu mengejut aku dari  tidur..Allahu rabbi..Kalau hendak difikirkan semula,waktu aku melelapkan mata semalam tidaklah lewat mana..Meskipun,aku tidur lewat,aku pasti akan terjaga pada waktu yang telah selama ini menjadi rutin harian aku untuk bangun pagi...Aku bermonolog sendirian..Duduk dibucu tepi katil,sambil mendongakkan kepala melihat  langit..Air mata terus menitis,membasahi pipi.Alangkah ruginya aku pada hari ini..Lebih-lebih lagi,hari ini,hari Jumaat..Hari yang penuh barakah..Aku ketinggalan dan terlepas untuk merebut peluang di pagi hari jumaat.


Mata membengkak,airmata mengalir tanpa henti..tiada tanda langsung untuk air mata ini akan berhenti...Aku kelu..Buntu......

Lalu,aku pergi ke pusat taqwa..Tempat yang menjadikan aku tenang dari segala-galanya..Masa untuk aku bersendirian..Fikir dan muhasabah diri..
Dalam menangisi nasib diri,aku didatangi seorang ukhti..Mungkin dia melihat aku dalam keresahan..Terus ukhti ini menyapa aku dan memberikan aku tisu...Ukhti tersebut mengambil tempat untuk duduk di sebelah aku..Aku terdiam seribu bahasa..

Ukhti ini memulakan bicara..
“ukhti ada masalah ye...Dari tadi ana melihat ukhti,tidak berganjak langsung dari tempat ukhti..Lah tahzan (jangan bersedih).Sekiranya ukhti ada masalah.Ketahui lah bahawa setiap masalah itu adalah sebahagian dari rencah kehidupan untuk memantang diri dari semasa ke semasa.Ujian ini juga,adalah untuk satu peringatan untuk kita kenal diri kita dan mengetahui setakat mana tahap redha kita kepada ketentuan illahi..Ujian yang dikirimkan juga,adalah tanda ALLAH sayang pada hambaNya dan Allah sedang memberikan ukhti satu teguran untuk ukhti,kembali menganggungkan DiriNYA.Manusia ini mudah meyimpang dari niat asal kita diciptakan sebagai seorang khalifah...Sebab kita ini manusia...Nafsu dan syaitan musuh utama..Iman kadang kala turun naik.Kita bukan seperti para malaikat ..Kita bukan seperti para nabi yang maksum..Oleh itu,sekiranya ukhti ada merasakan diri ukhti melakukan kesilapan,belum terlambat untuk ukhti u-turn kembali ke jalan ALLAH bagi mencari redhaNya.Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang ingin bertaubat.

 Dalam satu hadis Khudsi dirawikan oleh Muslim. Hadis ini memberikan jawapan, siapakah kita yang sebenarnya di hadapan Allah?

Allah berkata;

Wahai manusia...
Kamu hanyalah sesuatu yang hina, kotor, keji, sesat dan sentiasa berada dalam kesesatan, melainkan orang-orang yang Aku beri  Hidayah.
Mintalah Hidayah dariKu dan Aku akan berikannya kepadamu.

Wahai manusia...
Kamu semua tiada apa melainkan sesuatu yang kebuluran, melainkan orang-orang yang Aku berikan makanan.

Wahai manusia...
Kamu ini tiada apa-apa melainkan hanyalah sesuatu yang telanjang, hina, keji, melainkan orang-orang yang Aku beri pakaian dan kemuliaan.

Wahai manusia...
Kamu semua bukanlah apa-apa melainkan suka melakukan dosa siang dan malam, maka minta ampunlah kepadaKu, dan Aku akan ampunkan kamu.

Sesungguhnya, semuanya adalah milikKu..

Dikisahkan suatu ketika, Saidina Umar berjumpa dengan seorang lelaki yang seang menangis tersedu-sedan. Tangisan tersebut amatlah dasyat hinggakan Saidina Umar (yang garang dan berhati waja- dikatakan batuknya sahaja boleh membuatkan beberapa pemuda jatuh pengsan) juga ikut menangis tersedu-sedu dek kerana kedasyatan tangisan pemuda tersebut. Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW lalu di kawasan tersebut dan nampak Saidina Umar menangis. Maka Rasulullah SAW bertanya kepada Saidina Umar sebab beliau menangis. Saidina Umar menjawab dia menangis kerana hatinya tersentuh dengan tangisan pemuda tersebut.Lalu, Rasulullah SAW pun bertanya kepada pemuda tersebut mengapa dia menangis. Pemuda tersebut pun mula bercerita. Katanya, dia bekerja sebagai pencuri kain kafan. Siang, dia akan mengenal pasti kematian, dan malamnya dia akan menggali kembali kubur mangsa dan mencuri kain kafan mangsa. Kain kafan tersebut akan dibasuh dan dijual kembali di pasar. pada hari yang seterusnya.Suatu hari, dia mencuri kain kafan seorang mangsa; iaitu seorang gadis muda yang baru meninggal dunia. Hatinya terpaut melihat kejelitaan wajah mayat gadis tersebut. Maka, nafsunya mula menguasai diri melihat kecantikan gadis itu lalu merogol mayat tersebut. Pada malam seterusnya, pemuda tersebut bermimpi didatangi oleh gadis tersebut dalam keadaan yang sangat marah kerana memalukannya. Oleh kerana penyesalan dan rasa takut tersebut pemuda itu berterusan menangis hingga Saidina Umar menjumpainya.Mendengar cerita tersebut, Rasulullah SAW menyuruh pemuda tersebut pulang dahulu kerana baginda hanya memberikan jawapan berdasarkan wahyu Allah. Hati pemuda tersebut bertambah-tambah takut setelah mendengar Rasulullah SAW menyuruhnya pulang tanpa berkata apa-apa. Berhari-hari pemuda tersebut menangis, dan terus menangis.Suatu hari, Rasulullah SAW mendapat wahyu dari Allah (berkenaan jawapan kepada dosa pemuda itu). Maka, Rasulullah SAW pun menyuruh seseorang pergi ke rumah pemuda itu untuk menyampaikan jawapan baginda. Sampai sahaja di rumah pemuda itu, dilihatnya keadaan pemuda tersebut tidak terurus kerana asyik menangis. Lalu, penyampai amanah Rasulullah SAW itu pun berkata; "Rasulullah SAW berkata, Allah telah mengampuni semua dosa-dosamu..". Mendengar kata-kata tersebut, pemuda tersebut rasa sangat terkejut, gembira lalu rebah dan terus meninggal dunia. Subhanallah!

Jelaslah, Allah itu Maha Pengampun. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakal kepada Allah, pasti Allah akan bantu.Pengharapan itu harus disandarkan kepada ALLAH.

Selesai bercerita,dia tersenyum manis dan memandang aku..Aku sendiri mengaku,walaupun perkara ini nmpak seperti remeh,tapi bagi aku,aku telah khianati sendiri amanah yang allah telah berikan pada ku.Aku memeluk ukhti tersebut.Dalam saat sebegini,aku sememangnya terasa kosong.Tiada lagi kekuatan.

Aku berasa senang dengan kehadiran ukhti ini.Pasti ini kiriman Allah untuk ku..Pengenalan yang tidak sampai setengah jam,menjadikan aku berasa senang dengan budi pekerti dirinya..Tidak lagi aku berasa kekok..Aku menceritakan apa yang aku alami hari  ini...Aku malu dengan diriku sendiri..Dalam benak fikiran,mungkin ukhti ini akn fikir yang bukan-bukan mengenai diriku.ironinya,dia tidak bergitu.Dia tidak terus menjatuhkan hukum atau mempersalahkan diri aku..Sebaliknya,dia mengucapkan kalimah alhamdullillah.Dia bergembira.Dia mengatakan ,aku ini dikira orang-orang yang beruntung kerana masih mempunyai hati..Barasa bersalah dengan dosa yang dilakukan..Bukan senang untuk kita mengakui kesilapan diri..

Ukhti ini berkata lagi,hendaklah kita menyerah diri kepada Allah seluruhnya, kerana solat adalah keperluan asasi kehidupan. Hendaklah kita bersolat dengan rendah diri dan tawadu'. Kita kena sedar siapa diri kita dihadapan Allah.

Solat yang baik bermula dengan wudhu' yang betul, sambil berwudhu' minta diampunkan semua dosa-dosa mata, mulut, tangan, kaki, kepala. Perbuatan kita, Hati kita sehari-hari juga mempengaruhi solat kita. Jika seharian asyik fikir buruk pada orang, sakitkan hati orang, cakap benda-benda yang tidak baik. Rasa diri besar, orang lain semuanya tak betul. Fikir, bagaimana kita hendak khusyu' dan ikhlas dalam solat kita?




Sesungguhnya, solat itu meliputi perbuatan, hati, jasad, rohani dan akal fikiran. Jika semuanya kotor, apa yang hendak diharapkan daripada solat tersebut?

Maka, hendaklah kita jaga tingkah laku, pemikiran dan kata-kata yang diucapkan dalam kehidupan seharian. Ingatlah! Lidah itu adalah senduk hati. Jika dalam periuk itu hidangannya lazat dan berbau harum, maka harumlah. Jika dalam periuk itu lauknya basi dan berulat, maka busuklah. Begitu juga dengan kita.
Jika bersih hati kita, maka percakapan kita juga adalah percakapan yang bermanfaat, dan baik. Jika hati kita rosak, busuk, hitam dan berulat, maka, apa yang boleh keluar dari mulut kita? Asyik mengumpat, mengata orang itu, ini.. macam-macam. Sebab itu, ada suatu bidalan mengatakan; "semakin bijak seseorang itu, semakin bijak dia menjaga percakapannya.".

Kata Imam Al-Ghazali;
Allah menguji kita hanya sedikit, tapi kita merungut, mengeluh dengan banyak.

Maka, solatlah! Solat dapat membersihkan hati, dibantu lagi dengan tadarus dan tadabbur Al-Quran, zikrullah. Sebelum solat, bayangkan seperti sedang berada di padang Mashyar, bayangkan itu adalah solat kita yang terakhir, bayangkan hari pembalasan sudah tiba. Solat dengan kesedaran hati, dengan kerukunan solat yang dijaga dengan sebaiknya serta dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Dari Surah Al-Ma'arij (70) ayat 19 hingga 23. Allah berfirman dengan maksudnya;
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya."

Dan Allah berfirman lagi dalam Surah Al-Haj (22) ayat 18;
"Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya."

Kembalilah.. kembalilah bersujud kepada Allah, sebagaimana makhluk-makhluk lain semuanya tetap bersujud kepada Allah.

Dan Allah berfirman lagi dalam ayat seterusnya;
"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak, Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka. Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka. Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!"[Al-Haj: 19-22]


Ukhti,ambillah iktibar dari apa yang telah Allah beri. Peringatan sudah diingatkan, Amaran sudah dikeluarkan, Contoh teladan telah banyak dihidangkan. Apa lagi yang di tunggu? Apa lagi yang kita mahu?

Ingatlah, hari pembalasan dan perhitungan itu pasti. Dan kedatangan hari kehancuran juga sudah sangat hampir. Berbahagialah bagi mereka yang sudah menyiapkan bekalan untuk dibawa ke hari mati. Dan bersiap sedialah orang-orang yang masih tiada sedarnya. Sesungguhnya, manusia itu bodoh dan tiada apa-apa. Melainkan orang-orang yang dijanjikan syurga dan tempat yang baik di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera." [Al-Haj-23]
siapakah mereka?

"Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji." [Al-Haj:24]

Allah SWT berfirman lagi;
"Wahai hamba-hambaKu, seandainya Ku-kumpulkan semua hamba-hambaKu dari zaman Adam hingga ke zaman akhirnya, manusia dan semua jin, yang mana dikatakan semuanya datang dengan hati penuh ketaqwaan, semua itu takkan menambahkan kekuasaan-Ku walau sedikitpun.
Dan wahai hamba-hambaKu, jika kamu semua datang berkumpul kepadaku dari zaman Adam hingga ke zaman akhirnya, semua manusia dan jin, datang dengan hati dan iman yang rosak, maka semua itu takkan menjejaskanKu walau sedikit pun."

Sesungguhnya, samada kita beriman atau tidak kepada Allah, sedikit pun tidak memberi apa-apa kelebihan atau kekurangan kepada Allah. Kita, kita adalah pihak yang rugi sekiranya kita mengabaikan suruhan Allah.Ukhti,jadikan hari ini satu pengajaran.satu titik mula.Allah sayang ukhti.Minta lah bantuan ALLAH dalam kita menjalani kehidupan seharian kita..Mulai dari situ,aku mula rasa lega..muhasabah balik,solat aku selama ini bagimana..sudah sempurna kah..atau masih bnyak kekurangan yang perlu aku tampal dan perbaiki.Jom upgrade diri.

p/s : Ukhti,ana uhibbuki fillah abadan abada... ^_^.semoga allah terus menerus merahmati dirimu.syukran atas nasihat yang diberikan..

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah,nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya.Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."(Surah At-Thalaq: 2-3)

Sungguh, jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat." [Al-An'am, 6: 77]

HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI
"Ya Allah!Sesungguhnya Engkau adalah Tuhanku.Tiada Tuhan yang berhak disembah, selain Engkau.Engkau telah menciptakan diriku.aku adalah hambaMu dan telah berjanji untuk mentaatiMu sebatas kemampuanku.Aku berlindung kepada Engkau dari keburukan hal yang telah ku lakukan.Aku mengakui semua nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku,Dan aku mengakui pula dosa-dosa yang telah ku lakukan.Oleh kerana itu,Ampunilah aku, Ya Allah...Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa, selain Engkau..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger