Tuesday 1 January 2013

Fahami Wanita..sesungguhnya perasaan mereka itu sangat halus


Duhai Hawa, mengapa kite terlalu lemah? Saya selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga.

Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan. Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa. Sensitifnya terlebih kadang-kadang, penyanyang bukan main lagi sometimes. Peliknya kadang-kadang untuk memahami perasaan naluri diriku sendiri , hatiku kadang2 seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.

Benar umum sudah mengetahui, cinta
pada Allah itulah paling hakiki. Tetapi untuk mereliasasikan cinta itu tidak semudah seperti sebutan di lidah semata. Banyak halangan yang perlu ditempuhi dan cabaran yang selalu menarik-narik diri ini untuk beralih arah dari mencapai Ilahi. Benar, hakikatnya untuk mencapai cinta Ilahi ini, tidak cukup hanya dengan mentaati perintahNya semata-mata, dengan hanya menunaikan solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan dan juga membaca al-quran. Tetapi memerlukan pengorbanan yang lebih besar dari itu! Betapa ramai manusia hattakan orang-orang soleh sendiri gagal dari meraih cinta dari Allah saat kematian mereka kerana gagal melaksanakan perintah ini.

Itulah menahan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. Sukarnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah larang kerana nafsu kita sangat-sangat cenderung kepada perkara tersebut.

Umar pernah berkata :‘ Seorang yang memiliki kualiti taqwa adalah seperti seorang yang berjalan di atas jalan berduri dengan berhati-hati. Seperti mana dia sangat berhati-hati untuk memastikan pakaiannya tidak terkena duri tersebut seperti itu jugalah seorang yang bertaqwa itu harus berhati-hati dalam setiap perbuatan yang dilakukannya’

Ali ada cakap juga :’ Taqwa adalah takutkan Allah, berbuat seperti mana yang disuruh oleh Allah , puas dengan apa yang ada dan bersiap sedia untuk hari perlepasan(kematian)’

Indahnya hikmah kata-kata mereka.Kadang-kadang aku rasa marah pada diri sendiri. Kenapalah susah sangat nak tahan hawa nafsu? Terutama dalam perkara-perkara untuk menundukan pandangan. Mmg benarlah Allah ada sebut dalam qur’an dalam surah An-Nur:

(24:30)
Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty: that will make for greater purity for them: And God is well acquainted with all that they do.

(24:31)
And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty

Kerana pandangan itulah akar kepada banyak perkara-perkara maksiat yang lain juga yang berlaku sesama berlainan jantina.

Bagi aku, sometimes sikap double standard itu selalu ada apabila berhadapan dengan kawan yang bukan muslim. Namun rasanya tidak boleh sebegitu kerana dari situ kita dapat berlatih untuk membersihkan hati kita. Paling penting bukanlah menundukkan pandangan ie dengan menundukkan mata semata-mata, namun adalah menundukkan perasaan. Jika hawa dan adam berbual tanpa memandang sesama sendiri , namun jika gagal mengawal perasaan, banyak benda lain boleh jadi juga.

Selain dari itu, mungkin saja kita gagal dari menahan diri dari menonton rancangan televisyen yang mungkin mendedahkan aurat-aurat yang tidak patut kita nikmati. Bukan itu sahaja, mungkin sahaja kita memandang kawan sekelas kita dengan merasakan sesuatu di dalam hati. Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkahnya susah sebaenarnnya.

Kerana itu kita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh jalan menuju redha Allah penuh dengan duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan duniawi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

 
Aslih Nafsak Wad'u Ghairak - Blogger Templates - by Templates para novo blogger